Bab 2

Thriller Series 1109

ANIQ dan Isyraf bergegas ke pintu utama tatkala bunyi enjin kereta diberhentikan di hadapan rumah sewa mereka.Abang Zul sudah sampai.Dia melangkah masuk ke dalam sambil diiringi Aniq dan Isyraf.

"Geng,nilah Abang Zul."ujar Isyraf memulakan sesi pengenalan.

Abang Zul bersalaman dengan Zarul,Ganesh,Aiman dan Xiao.Seketika kemudian,dia melabuhkan punggung di atas kerusi.

Ganesh merenung wajah Abang Zul dengan penuh minat.Usianya dalam lingkungan 30-an,berketinggian dalam 174 cm,berkulit sawo matang dan berambut pendek lurus.Wajahnya pula sentiasa manis dengan senyuman dan terdapat satu lesung pipit di pipi sebelah kanannya.Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan apabila mata Abang Zul bertemu dengan matanya.

"Semua dari semenanjung ya?"soal Abang Zul membuka butir bicaranya.Dia memandang wajah empat pemuda itu seorang demi seorang.

Mereka berempat mengangguk sebagai jawapan kepada pertanyaan Abang Zul.

"Sekejap nak buat air untuk Abang Zul."ujar Xiao lalu bingkas bangun.

Dia bersedia ke dapur untuk membancuh air minuman untuk tetamu.

"Tak apa,Abang dah minum kat rumah tadi."beritahu Abang Zul menolak secara baik.

Lagipun dia ke situ bukan untuk minum atau makan,dia ke situ atas urusan perbincangan.Ada beberapa perkara yang ingin dia sampaikan kepada enam sekawan itu.

Xiao tersenyum dan kembali melabuhkan punggungnya di kerusi.Fokus sepenuhnya kepada Abang Zul.

"Sebelum tu,boleh abang tahu kalau ada sesiapa yang lemah semangat ke,ada sakit jantung ke?"tanya Abang Zul bersungguh-sungguh.

Faktor kesihatan dan keselamatan yang paling diutamakan.Dia tidak mahu ada orang yang akan ditimpa kesusahan ketika menjalani aktiviti paranormal ini kelak.

"Rasanya tak ada.Kau orang?"soal Isyraf kepada rakan-rakan yang berasal dari semenanjung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience