Bab 19

Thriller Series 1109

HAJI Hamid termenung di atas kerusi.Berat sungguh berita yang dibawa Zul.Adakah peristiwa dua tahun lepas akan berulang semula?Zul memang degil kerana masih mahu menjadi perantara walaupun sudah dipesan jangan.Sekarang diri sendiri yang mendapat susah.

"Siapa budak yang pengsan hari tu?"

"Zarul,Bang Aji."

"Dia macam mana sekarang?"

"Saya nampak leher dia merah balik.Sakit agaknya."

Haji Hamid mengangguk perlahan.Jika melarat,Zarul perlu dirawat.

"Patung tu ada kau bawa?"

Abang Zul menggeleng.Dia tertinggal patung di rumah para pemuda itu.Dia sebenarnya agak cuak apabila melihat ia dikeluarkan dari poket seluar Fazziq.

"Pastikan patung tu dikembalikan ke tempat yang serupa.Jangan lama-lama kat sana,bahaya.Lagi-lagi buat Zarul."

FAZZIQ mematungkan diri di atas kerusi.Dia tidak berani bersuara.Perasaannya bercampur-baur dan dia tahu mereka bengang dengan tindakannya itu.Seperti tadi,dia lebih banyak menundukkan wajah.

"Kan aku dah cakap,si Fazziq ni memang ada bawa balik barang dari sana!"marah Ganesh.Nalurinya memang tepat selalu.Tidak habis-habis menyusahkan orang!

Yang lain sekadar membisu.Mahu marah lebih-lebih pun sudah tiada gunanya.Benda dah terjadi dan mereka tidak boleh berpatah balik.Patung itu berdiri tegak di atas meja dengan wajah menghadap ke arah Fazziq.

"Ha,kenapa diam?Cakaplah Fazziq!"sergah Ganesh yang sudah naik angin.

Dia memandang Fazziq seolah-olah mahu membaham lelaki itu.Marah betul dia.Mana tidaknya,hanya kerana tindakan Fazziq,mereka semua turut terkena tempiasnya.

"Sorry,"ujar Fazziq separuh berbisik.

Di antara dengar dengan tidak.Dia benar-benar berasa bersalah dan malu dengan perangainya.Jiwanya merusuh dan berperang.

"It's too late,Man!"bentak Ganesh.Semakin membuak rasa marahnya.

Selama ini Fazziq sering mengejeknya penakut dan sekarang dek kerana Fazziq,bahana yang menimpa!

"Guys,sudahlah tu.Benda dah jadi pun kan?"ujar Isyraf cuba meleraikan ketegangan itu.

Bertekak pun tiada gunanya.Bukannya dapat menyelesaikan masalah ini.Nanti tidak pasal-pasal pula Ganesh memusuhi Fazziq.

Ganesh mendengus.Dia mengalih pandangan daripada Fazziq.

"Kita kena hantar patung ni balik sana esok."ujar Isyraf sambil mengeluh.

Dia sebenarnya bukan rajin sangat pun mahu kembali ke situ selepas apa yang mereka lalui tempoh hari.Boleh tahan menakutkan.

Pintu utama yang tiba-tiba terbuka mengejutkan mereka.Ketika itu azan Maghrib baru berkumandang dari surau berdekatan.Angin dingin dari luar menerobos masuk dan menampar-nampar kulit mereka.Suasana suram di luar menyapa pandangan.Terlihat jelas dedaun pokok bergoyang-goyang ditiup angin senja.

"Kau tak kunci pintu ke tadi?"soal Xiao kepada Isyraf.

"Aku dah kunci."balas Isyraf dengan muka cuak.Memang jelas di ingatannya bagaimana dia mengunci pintu dengan kemas.

Angin yang tiba-tiba kencang membuatkan daun pintu terbuka tertutup.Bingin menghentam dinding.Isyraf dan Xiao bergegas menutup pintu dan menguncinya.Pintu bergoncang-goncang bagaikan mahu tercabut sahaja.

"Allahuakbar,Allahuakbar!"Azan masih lagi berkumandang dan angin juga bertambah kuat.Tiada tanda-tanda akan berhenti.

Patung yang terletak di atas meja jatuh dan bergolek ke lantai.Fazziq berlari untuk mendapatkan patung itu tetapi akhirnya dia yang terhempas ke dinding.Matanya berpinar dan dia terjelepok di atas lantai.Kejadian itu membuat keadaan menjadi semakin huru-hara.Ganesh dan Aniq meluru ke arah Fazziq.

"Kau okey tak,Ziq?"soal Ganesh penuh bimbang.

Fazziq memegang kepalanya selepas terhentak ke dinding.Berdenyut-denyut sehingga dia tidak mampu membuka mata.Hanya Zarul yang tercegat berdiri sambil memegang patung.

"Rul,bagi aku patung tu."ujar Ganesh sambil menghulurkan tangan.

Dia mahu Zarul menyerahkan patung berpuaka itu kepadanya.Zarul pun nampak lain macam sahaja.

"Aku belum puas kat sini.Jangan kembalikan aku!"tempik Zarul hingga ke puncak suaranya.

Rakan-rakan yang lain pula terkebil-kebil.

"Bawa mengucap Rul."ujar Isyraf dengan kedua-dua belah tangan yang masih menahan pintu.

Angin yang mengganas di luar menyebabkan pintu bergoncang kuat.Entah bila angin itu akan berhenti dan menderu seperti biasa.

Ganesh berjalan mendekati Zarul dan dia merancang untuk merampas patung itu dari tangan Zarul.Perangai pelik rakannya semakin menjadi-jadi selepas patung itu berada di dalam genggamannya.Dia akan menyimpan patung itu di satu tempat tersorok sehingga pagi esok.Sebelum itu dia harus mengambilnya dari Zarul.

"Tak boleh ke aku duduk dengan kau orang?Enam lelaki satu iblis"

Meremang bulu roma mereka.Zarul seolah-olah kerasukan sekali lagi.Abang Zul sudah pulang.Jika dia ada,tidaklah mereka kelam-kabut begini.

"Nak call Abang Zul tak?"tanya Xiao.

Mereka tidak pasti apa yang akan dilakukan Zarul jika berterusan begini.Bila sudah kerasukan,sukar untuk ditenangkan.

Fazziq pula tersandar ke dinding dengan kepala yang masih sakit.Terasa lebam otot mukanya.Tetapi dalam pada itu,dia ingin menebus rasa bersalahnya dengan mendail nombor telefon Abang Zul bagi pihak rakan-rakannya.Beberapa kali dia telefon tetapi sekali pun Abang Zul tidak menjawabnya.

"Dia tak jawab call."ujar Fazziq perlahan.

"Try kau pulak yang call dia,Niq."arah Ganesh.

Telefon bimbitnya ada di dalam bilik dan dia tidak dapat ke sana kerana Zarul yang sedang terpacak di hadapan biliknya.

Aniq berlari-lari anak ke biliknya dan mencapai telefon bimbit yang berada di atas katil.Dia menghubungi Abang Zul namun seperti Fazziq,lelaki itu tidak menjawab panggilan telefon.Entah apa masalah Abang Zul.

"Dia tak jawab jugaklah,bro."bisik Aniq setelah kembali ke ruang tamu.

Hilai tawa Zarul yang bergema memenuhi rumah sewa mengejutkan mereka.Semua terdiam dan berdebar menanti tindakan Zarul yang seterusnya

"Takut ke?"tanya Zarul diiringi senyuman mengejek.Seronok melihat lima sekawan itu tidak tentu arah.

"Jangan takut.Mari berkawan dengan aku."ujarnya lagi dengan mata terbeliak.Sungguh menakutkan.Kadangkala senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Apa kita nak buat ni?"tanya Xiao sambil menggigil.

Pintu yang bergoncang disebabkan angin sudah tidak menjadi fokus utama lagi.Ada benda lain yang lebih membimbangkan.

Waktu solat Maghrib pula semakin kehabisan.Tidak lama lagi waktu Isyak pula yang menyusul.Fazziq,Aniq dan Isyraf belum menunaikan solat kerana hal ini.Tanpa berfikir panjang,Isyraf meluru ke tengah rumah dan melaungkan azan sekuat-kuat hatinya.Zarul mendengus penuh kemarahan.Matanya merah berurat.

"Kau orang okey tak ni?"tanya Zarul tiba-tiba.

Semua merenung Zarul tidak berkelip.Wajah Zarul kelihatan normal dan tidak seaneh tadi.Dia memandang rakan-rakannya dengan kening yang berkerut.Di tangannya ada patung yang diambil Fazziq dari dunia sana.Dia melempar patung itu ke lantai.

"Apa dah jadi?"tanya Zarul cemas.

Seingatnya dia berada di ruangan itu untuk menyapa Abang Zul.Bagaimana pula patung itu boleh berada dalam genggamannya?Matanya beralih ke arah Isyraf dan Xiao pula.Kedua-duanya berada di pintu utama sambil memegang daun pintu.

Isyraf dan Xiao baru perasan yang angin kencang sudah reda.Malah seperti tidak pernah berlaku.Mereka mula menjauhi pintu.

"Kau kenapa ni Ziq?"soal Zarul hairan.

Dilihatnya Fazziq sedang tersandar di dinding dengan muka berkerut.

Fazziq menggeleng-geleng.Kepalanya berdenyut-denyut dengan rasa sakit tidak kurang sedikit pun.Mungkin belakang kepalanya akan lebam selepas ini.Tengkuknya juga sudah terkehel.Mahu menggerakkan kepala pun sakit.

Aniq berjalan mendapatkan Fazziq dan memeriksa keadaan rakannya itu.Jika teruk,elok dibawa ke hospital secepat mungkin kerana bimbang ada kecederaan dalaman yang serius.Dia menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri bagaimana kuatnya Fazziq terhentak ke dinding.Fazziq pula berkali-kali menegaskan yang dia okey.

Ganesh mengutip patung yang berada di atas lantai dan cepat-cepat memasukkannya ke dalam kotak kayu kecil.Kemudian,ia dimasukkan ke dalam laci kabinet televisyen dan dikunci dengan kemas.Esok dia akan membuka kunci dan patung itu akan dikembalikan ke dunia asalnya.Risau juga dia sekiranya Zarul akan kerasukan sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience