ANGIN yang menderu di hujung telinga mengejutkan Fazziq.Angin itu terasa begitu dingin menyentuh cuping telinganya.Dia tahu apabila kedinginan itu tiba-tiba datang menemani,pasti ada sesuatu yang turut menemaninya di situ kerana itulah yang berlaku pada setiap tengah malam.Beberapa ketika selepas itu akan ada satu suara yang menjerit lantang sehingga jantungnya berdegup laju.
"Argh!"
Fazziq menarik selimut dan berselubung di dalamnya.Dia tidak bergerak-gerak dan cuba menyembunyikan diri daripada makhluk yang sedang bertempik itu.
"Argh!"
Ya,jam sudah menunjukkan pukul 12.05 tengah malam.Waktu yang membuatkan makhluk itu semakin ganas.
"Fazziq..."
Fazziq menggigil di dalam gebar.Mulutnya menggeletar dan bacaan ayat-ayat sucinya tunggang-langgang.Dia memohon perlindungan daripada-Nya.Dia sudah tidak sanggup lagi diganggu pada setiap tengah malam.
Gangguan makhluk ini semakin teruk dari sehari ke sehari.Membuatkannya takut untuk melelapkan mata dan takut untuk bersendirian.Hidupnya sudah tidak seindah dulu.Semuanya hancur musnah.
Tiada siapa yang bersalah melainkan dirinya sendiri.Gara-gara ketamakan,hidupnya sudah tidak aman lagi.Kini nyawa rakan-rakannya turut terancam sekali.
Ini semua salahnya.
Share this novel