Bab 24

Thriller Series 1109

MEREKA berhenti selepas berjalan beberapa meter.Suasana sudah berubah 100 peratus.Bukan lagi dunia yang mereka kunjungi sebelum ini.Suasana terang-benderang kini membiru.Kelam sekali.Langit ditutup dengan warna merah darah.Bau hanyir darah menyesak dada dari setiap arah.Hidung ditekup dengan tangan.

"Macam mana ni bang?"soal Ganesh.

Mereka menjadi tidak keruan.Bagaimana mereka mahu mencari jalan keluar jika suasana sudah berubah?Pasti mereka tidak akan menjumpai jalan pulang.

"Mereka nak sesatkan kita.Bertenang,ALLAH ada."ujar Abang Zul dengan tenang.

Para pemuda itu terdiam.

"Berdiri rapat-rapat."arah Abang Zul menolak lembut tubuh Xiao mendekati Fazziq.

Pemuda itu berdiri agak jauh dari teman-temannya.Abang Zul mula menyambung perjalanan tetapi dengan hati-hati.Keadaan yang suram seperti itu,mereka tidak akan nampak apa yang berada di hadapan dan di sisi mereka.Mulut dan hati haruslah basah dengan ayat-ayat suci al-Quran.Hanya ALLAH yang dapat membantu mereka pada ketika itu.

"Tunggu."ujar Abang Zul secara tiba-tiba.

Suasana sunyi sepi.Bulu roma Abang Zul tegak berdiri.Itu satu petanda.Ada sesuatu di hadapan yang sedang memerhatikan mereka.Pasti dengan niat jahat.

"Allahuakbar!"laung Abang Zul.

Bunyi daun kering bergeser dengan tanah mulai muncul dari arah hadapan.Kabus tebal yang muncul semakin membataskan penglihatan.Lama-kelamaan ianya berkumpul di satu tempat di hadapan mereka.Di sebalik kabus,kelihatan hujung kain putih terjuntai hampir-hampir mencium tanah.

Ada sepasang kaki tetapi tidak jejak ke bumi.Tubuh lima sekawan itu sudah meremang.Apa yang mereka sedang saksikan sesungguhnya bukan dari video Youtube atau mana-mana laman sesawang yang ada di internet.Ini live dan mereka sedang menyaksikannya dengan mata kepala sendiri.

"Baca ayat Kursi.Jangan berhenti."pesan Abang Zul mengingatkan mereka.

Ganesh dan Xiao sekadar menundukkan wajah dan beristighfar dengan cara mereka sendiri.Berdoa supaya menemui jalan keluar dari situ.

Fazziq tidak tentu arah.Lidahnya tiba-tiba kelu.Otaknya buntu.Dahinya berpeluh-peluh.Beg yang tersandang ke bahu terlurut lalu jatuh ke bawah.

"Ziq"panggil Isyraf.

Dia tergamam melihat Fazziq.Rakannya itu sedang memegang kepala sambil menangis teresak-esak.

Abang Zul yang menyedari hal itu cepat-cepat mendapatkan Fazziq dan menghembus muka Fazziq sebanyak tiga kali selepas membaca ayat Kursi.Mungkin Fazziq akan menjadi seperti Zarul jika tidak dibawa pulang secepat mungkin.

"Fazziq..."Satu suara memanggil Fazziq.

Ganesh dan Xiao mendekati Aniq dan Isyraf dengan berhimpit dengan mereka.Terasa seperti makhluk puaka itu berdiri di sebelah mereka sahaja.

"Teruskan bacaan!"tegas Abang Zul.

Dia pula sibuk menyelamatkan Fazziq dari dirasuk.Jika pemuda ini berjaya dirasuk,maka keadaan menjadi lebih teruk.

Aniq dan Isyraf menyambung bacaan walaupun adakalanya tidak tentu hala.Kabus mula menipis.Tidak sampai seminit,ia ghaib entah ke mana.Apa yang tinggal hanyalah satu figura tinggi lampai yang memayungi mereka.Ia tidak mahu melepaskan manusia-manusia itu pulang.Kakinya tergantung jauh dari bumi.Hanya kain putih yang mambaluti tubuhnya.

"Ya ALLAH."ucap Aniq dan Isyraf sambil mengundur beberapa langkah ke belakang.

Ganesh dan Xiao juga begitu.Tubuh Fazziq semakin dibanjiri peluh.Sekejap tersengih sekejap termenung.

"Aku tak nak balik!"tempik Fazziq.Dia menggeleng-geleng.

"Ini tempat kau.Duduk sini!"bentak Abang Zul.Keras sahaja suaranya.

Yang lain terperanjat dengan kemarahan lelaki itu.Nampaknya dia sedang berkomunikasi dengan makhluk yang telah merasuk Fazziq.

"Aku tak nak duduk sinilah bodoh!"jerit Fazziq melawan.Matanya terjegil-jegil.Merah umpama biji saga.

"Dunia kau di sini.Jangan diganggu anak cucu Adam!"

"Aku peduli apa!"

Abang Zul bingkas bangun dan meletakkan kedua-dua belah tangan ke telinga dan melaungkan azan sekuat-kuat hatinya.Suasana hening serta-merta.

Apabila keadaan Fazziq kelihatan kembali normal,Abang Zul tanpa berlengah terus mengajak mereka bergerak pantas.

"Kita gerak!"

Mereka berenam berlari laju menuju ke kawasan yang dipenuhi kereta tidak berpenghuni.Anehnya kenderaan-kenderaan itu masih di situ walaupun kawasan sekitarnya berbeza.Pintunya masih terbuka luas.Namun apa yang menarik perhatian mereka ialah cermin kereta-kereta itu basah bagaikan disimbah dengan darah segar.

"Teruskan!"arah Abang Zul terus maju ke hadapan.

Mungkin selepas ini suasana akan terus berubah.Jika ia berlaku maka mereka akan terkandas di situ dan peluang untuk menjumpai jalan keluar cukup tipis.

HAJI Hamid mengatur duduk di beranda.Di sebelahnya Zarul duduk dengan sopan.Dia sudah sedar dari pengsan sejak 30 minit yang lepas.Macam-macam yang mereka bualkan di situ.Sambil berbual sambil meneguk kopi o panas.

"Apa yang kamu rasa bila tengkuk kamu merah?"

"Panas dengan pedih."

"Kamu ada usik apa-apa tak masa kat sana?"

"Tak ada tuan aji.Masuk-masuk aje terus kena.Terjadi dalam sekelip mata."

Haji Hamid mengukir senyuman tawar.Cawan berisi air kopi suam diangkat dan minuman itu diteguk dengan penuh selera.Air kopi buatan isterinya memang nombor satu.

Zarul sekadar memandang ke pinggan berisi kuih bahulu tanpa berminat untuk menikmatinya.Seluruh badannya terasa sakit.Kepalanya juga berdenyut dan kerongkongnya pedih.Balik nanti,akan dia manfaatkan masa cuti ini dengan berehat sepenuhnya.Dia juga sedia maklum akan Abang Zul dan lima rakannya.

"Nanti saya buatkan air bacaan Yasin yang baru.Guna air tu untuk minum."pesan Haji Hamid.

"Baik tuan aji."balas Zarul.

Apa khabar agaknya mereka di sana?Fikir Zarul akan rakan-rakannya.

SUARA wanita menjerit memenuhi alam ghaib.Halus dan tajam sekali bunyinya.Seperti jangkaan Abang Zul,semuanya berubah sekali lagi.Kereta-kereta yang tersadai ghaib dalam sekelip mata.Kedudukan mereka dikepung oleh asap putih.Kini hanya asap putih yang berterbangan ke sekitar dan memaksa mereka berhenti bergerak.

Ganesh berpaling ke belakangnya.Mereka sudah diselubungi asap putih.Pandangan mereka terbatas dan mereka tidak nampak langsung apa yang sedang berada di sekeliling mereka.Situasi ini lebih teruk dari jerebu.Ganesh kehilangan kata-kata.Hatinya kuat mengatakan mereka mungkin tidak dapat keluar dari situ buat selama-lamanya.

Seingat mereka,situasi seperti ini pernah berlaku dalam filem yang berlatarbelakangkan Segi Tiga Bermuda.Dunia menjadi seperti kosong.Tiada apa-apa yang kelihatan kecuali asap putih.Cermin mata yang dipakai oleh Ganesh juga sudah tiada fungsinya lagi.Semuanya kabur.

Abang Zul berundur untuk bersama-sama lima pemuda di belakang.Bulu romanya merinding hebat dan bacaan ayat suci kadangkala tidak konsisten.Jeritan puaka itu hampir-hampir membuatnya hilang kewarasan.Jiwa jadi tidak menentu.Dia melawan habis-habisan dan tidak membenarkan puaka itu menguasai diri.

Rasa tauhid kepada ALLAH semakin meninggi.Fazziq mengelap peluh yang mula merenik keluar dari liang romanya.Suhu tubuhnya berubah-ubah dalam masa yang singkat.Urat matanya sakit,terasa mencucuk-cucuk dan kepalanya juga berasa sakit.

"Bertahan Ziq.Berzikir banyak-banyak!"sempat Abang Zul menitipkan pesan buat Fazziq.

Dia tahu Fazziq sedang dipengaruh oleh makhluk itu dan mungkin dia akan dirasuk selepas Zarul.

"ALLAH..."Mulut Fazziq terkumat-kamit.Dia menyentuh dada.Jantungnya berdegup pantas sekali.

Ganesh mendekati Fazziq dan menenangkan rakannya itu.Walaupun dia selalu berasa bengang dengan perangai Fazziq namun lelaki ini tetap rakannya.Dalam kesempitan Fazziq yang selalu prihatin.Dia bersyukur kerana bertemu dengan mereka berlima dan duduk di bawah satu bumbung di Kuching,Sarawak ini.

"Lawan Ziq,jangan mudah mengalah."ujar Ganesh memberi semangat.

Fazziq sudah terduduk di tanah.Tubuhnya lencun dengan peluh.Dia menggeleng-geleng untuk mengurangkan rasa sakit di kepalanya.

"Bismillah.."ucap Abang Zul merapati dan membisikkan ayat-ayat suci al-Quran ke telinga Fazziq.

Manakala Aniq,Isyraf dan Xiao pula aktif memandang ke sekitar.Asap putih yang meliputi membuatkan mereka seolah-olah buta.Apa yang berada di hadapan,belakang,kiri kanan sudah tidak kelihatan lagi.Entah apa yang sedang menunggu mereka di luar sana.

"Kita dah pulangkan tapi kenapa keadaan makin teruk?"tanya Ganesh.Tangannya masih memegang tubuh Fazziq yang kian lesu.

Abang Zul merenung Ganesh buat beberapa saat.Dia sendiri pun berasa pelik dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini.Sejarah hitam dua tahun lepas akan berulang sekali lagikah?

"Sebab dah terlambat?"soal Fazziq dengan nafas tercungap-cungap.Peluhnya semakin laju mengalir.

Mata Fazziq tiba-tiba bertukar putih.Dia menoleh kasar Ganesh yang sedang memegangnya.Lelaki itu terdorong ke belakang.

"Fazziq..."Rakan-rakannya terlopong.

Abang Zul menjauhi Fazziq.Khuatir jika Fazziq akan menyakitinya dan lima yang lain.Kepalanya tiba-tiba buntu,dia tidak tahu mengapa jadi begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience