Bab 36

Thriller Series 1109

ABANG Zul memarkir kereta di halaman rumah Haji Hamid.Kedatangannya disambut oleh Haji Hamid dan Hajah Sapiah.Pasangan suami isteri itu berdiri di beranda ketika Abang Zul sampai.Lelaki itu menunaikan janjinya untuk bertandang ke situ.Dari semalam dia tertanya-tanya apa yang ingin disampaikan oleh Haji Hamid.

"Kak Piah,apa khabar?"tanya Abang Zul sekadar berbasa-basi.

"Sihat alhamdulillah.Hah,jemputlah masuk."pelawa Hajah Sapiah mesra.

Abang Zul menggeleng sambil tersenyum lebar.

"Eh tak apalah kak.Dekat sini aje.Lagipun nak ajak Bang Aji minum kopi lepas ni."

"Tak apalah kalau macam tu.Akak masuk dulu ya."ujar Hajah Sapiah lalu masuk ke dalam.Tidak mahu mengganggu perbualan dua lelaki itu.

Selepas ketiadaan Hajah Sapiah,Abang Zul mula bertanya Haji Hamid tentang apa yang telah mengganggunya.

"Aku dengar dengusan,tepukan di bahu dengan hembusan nafas semalam."cerita Haji Hamid.

Abang Zul terlopong.Iblis mana yang telah mengacau?

"Aku cuma nak pastikan yang tu bukan benda yang sama."ujar Haji Hamid mulai khuatir.

Jika ia iblis yang sama maka bahaya sedang menanti untuk membaham mereka hidup-hidup.

Abang Zul tidak senang duduk.Tetapi dalam dua tiga hari ini dia sudah tidak menerima apa-apa gangguan.Kehidupan sudah kembali normal.

"Mungkin benda lain."ujar Haji Hamid.Nalurinya kuat mengatakan yang ia adalah iblis yang sama.

Kerana inilah apa yang dia rasai ketika dua tahun lepas.

"Kita ke kedai kopi Bang Aji."ajak Abang Zul seraya bangun dari duduk dan berjalan menuruni anak tangga.

Haji Hamid menyusul dari belakang selepas memberitahu isterinya.

Mereka berdua mengambil tempat di salah satu meja.Pagi itu penuh dengan pelanggan seperti biasa.Abang Zul memesan dua cawan teh panas bersama tiga keping roti canai telur.Setiap kali keluar minum bersama Haji Hamid memang dia yang akan berbelanja.Haji Hamid sudah seperti ahli keluarganya sendiri.Orang tua ini sudah terlalu banyak membantunya ketika dia di dalam kesusahan.

"Anak isteri kamu apa khabar,Zul?"tanya Haji Hamid sambil menghirup air teh panas.Asapnya masih berkelung melayang di udara.

"Alhamdulillah.Azlin dan Ariana sihat walafiat aje bang."

"Masa kamu kena ganggu tu,Azlin dengan Ariana macam mana?"

"Masa saya diganggu,dia orang ada di rumah mertua saya.Tapi malam tu memang teruk saya kena.Benda tu menyamar jadi anak bini saya."cerita Abang Zul panjang lebar.

"Menyamar macam mana?"

"Dia orang ada dengan saya sejak petang.Dinihari tu baru saya tahu yang itu bukan dia orang.Kecut perut jugak saya nak menghadap seorang diri."cerita Abang Zul lagi.

Tiba-tiba pula ia terasa lucu.Tidak dapat dia ingat bagaimana berpeluhnya dia ketika itu.

"Masih ingat pasal apa yang jadi dua tahun lepas?"

Abang Zul terdiam.Serta-merta dia berhenti menyuap roti canai ke mulut.Seleranya terus mati.

"Masa tu anak kamu empat tahun?"

"Ya,Bang Aji."

Haji Hamid tidak berkata lebih lanjut.Dia merenung cawan di atas meja.Mereka berdua melayan perasaan masing-masing buat seketika.

"Lepas ni jangan bawa orang ke sana lagi.Cukuplah kena dua kali.Kali ketiga kita tak tahu macam mana."nasihat Haji Hamid.

Malang tidak berbau.Sebelum malang itu menimpa,lebih baik mengelaknya awal-awal.Dengan izin ALLAH selamat.

Abang Zul mengunyah roti canai yang berbaki dalam mulut dengan perlahan-lahan.

"Insya-ALLAH Bang Aji."

"Aku dengan Zarul dengar jeritan kuat masa kamu dengan budak-budak tu kat sana."Akhirnya Haji Hamid membuka cerita.

Abang Zul pantas memandang Haji Hamid.

"Jeritan macam mana Bang Aji?"tanya Abang Zul tidak sabar.

"Jeritan perempuan."

"Masa kat sana pun kami ada dengar perempuan menjerit dari atas langit."cerita Abang Zul.Berdiri bulu roma ketika itu.

Jeritan itu memang dahsyat dan menyeramkan.

"Dua tahu lepas pun dengar jeritan yang sama."kata Haji Hamid.

Abang Zul mengangguk-angguk.Ya,memang sama bunyi jeritannya.Jika Haji Hamid tidak mengingatkannya,dia pun tidak perasan.

"Patung yang sama."sambung Haji Hamid lagi.

Terlalu banyak kebetulan,terlalu banyak persamaan.Benarkah ianya sekadar satu kebetulan?

"Apa pendapat Bang Aji?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience