Bab 32

Thriller Series 1109

ABANG Zul memandu dengan agak laju pada senja itu.Dia mengejar waktu dan ingin sampai ke rumahnya sebelum azan Maghrib berkumandang.Ganesh yang duduk di belakang melayan perasaan seorang diri.Masih mengharapkan sambungan cerita Abang Zul tadi.Sedang asyik mendengar,tiba-tiba kucing bercakaran pula yang kedengaran.Kacau line betullah!

Zarul memandang Fazziq yang masih lesu.

"Leher kau macam mana?"soal Fazziq kepada Zarul.Dia tahu Zarul sedang memandangnya sejak beberapa minit yang lepas.

"Dah okey sikit."balas Zarul.

"Masih merah ke?"tanya Fazziq lagi.

Zarul meraba lehernya.Dia cuba melihat lehernya melalui cermin kereta tetapi tidak berapa jelas.Rasanya kesan merah sudah mulai pudar.

"Rasanya dah tak seteruk sebelum ni."balas Zarul lagi.

Fazziq mengangguk sekali dan bersandar ke kusyen tempat duduk.Kepalanya berpinar bila memandang Zarul lama-lama.Matanya dipejam rapat.

Aniq dan Isyraf hanya tersenyum pahit.Zarul dan Fazziq sama-sama pernah menjadi mangsa rasukan iblis itu.Pengalaman dan kesakitan itu hanya mereka berdua sahaja yang mengalaminya.Hanya mereka sahaja yang dapat berkongsi apa yang mereka rasa ketika dirasuk berkali-kali.Aniq menekan minyak setiap kali Abang Zul memecut kereta di hadapan.

Abang Zul memasuki simpang dan menurunkan Xiao dan Ganesh di hadapan rumah sewa mereka.

"Bila abang free,abang akan sambung balik cerita tadi.Okey,take care."ujar Abang Zul.

Abang Zul mengangkat tangan dan terus memandu keretanya pergi dari situ.Tidak sempat dia menunggu Aniq dengan yang lain turun dari kereta terlebih dahulu.Waktu Maghrib sudah semakin hampir dan Abang Zul mahu cepat-cepat sampai ke rumah untuk mandi dan solat.

Xiao dan Ganesh menggaru-garu kepala yang tidak gatal.Aniq memarkir kereta di dalam kawasan rumah sewa.Terpancar keletihan di muka masing-masing termasuk Zarul.Walaupun dia tidak ikut serta menghantar patung tetapi tubuhnya masih belum kuat sepenuhnya.Dia memegang botol yang berisi air Yasin masuk ke dalam rumah.

Lampu ruang tamu dibuka kerana suasana yang semakin kelam.

"Mandi-mandi dulu.Maghrib dah tak lama lagi ni."kata Isyraf.

"Aku mandi dulu."balas Aniq bergegas masuk ke bilik dan keluar dengan sehelai tuala mandinya.

"Cepat sikit.Ramai lagi yang nak mandi ni."pesan Isyraf.

Seperti Aniq,dia turut ke bilik untuk mengambil tuala mandi.Sementara menunggu gilirannya untuk mandi,dia duduk melepak di ruang tamu.Banyak perkara yang bermain di fikirannya.Ganesh duduk menyertainya tidak lama kemudian.

"Kau rasa semua dah okey ke?"soal Ganesh.

Isyraf merebahkan kepala ke kusyen sebelum menjawab pertanyaan Ganesh.Terdengar keluhan dan terjongket bahunya.

"Hmmm...entahlah.Aku rasa dah okey.Patung tu pun dah tak ada jadi tak ada masalah lagi lah."jawab Isyraf perlahan.

Nyamuk yang hinggap di lengannya yang melekit ditampar perlahan.Waktu senja begitu waktu yang paling banyak nyamuk Lalang pun sudah mula meninggi di belakang rumah.

"Kau?"soal Isyraf semula.

Ganesh mendiamkan diri.

"Mesti okey punya.Kau jangan risau."jawab Isyraf menangkan hati Ganesh.

Selang seminit kemudian,dia bangkit dari kerusi dan menuju ke bilik air untuk mandi selepas Aniq.

Daun pintu utama terbuka ditolak angin senja.Ganesh bangun dan mengunci pintu.Dia tidak mahu berfikir yang bukan-bukan kerana memang pintu tidak berkunci dan ia ditutup begitu sahaja tadi.

Zarul dan Fazziq terbaring di katil masing-masing.Sedang menunggu giliran untuk mandi.

"Sakit kan?"

Fazziq menoleh ke sisi.Zarul direnung lama.Apa maksud rakannya itu?

"Maksud kau?Kena rasuk?"soal Fazziq.

"Haah."jawab Zarul sambil mengangguk tanpa memandang Fazziq.Dia ingin tahu adakah rasa sakitnya sama dengan apa yang pernah dia rasakan.

"Sakit gila."balas Fazziq.

Senyap sunyi buat seketika.

"Rasa macam disiat-siat."tambah Zarul.

Sampai sekarang tubuhnya masih sakit-sakit tetapi tidak seteruk sebelum ini.Alhamdulillah,Haji Hamid telah merawatnya.

Fazziq mengangguk.Matanya tepat ke siling.

"My bad."kata Fazziq penuh sesal.Kalau tidak kerana kedegilannya,tidaklah mereka ditimpa kesusahan ini.

Zarul tersenyum.

"Benda dah lepas Ziq.Next time jangan buat lagi."pesan Zarul.

Fazziq mengeluh.Harap dia kekal insaf.

"Pergilah mandi.Tak lama lagi Maghrib."tegur Isyraf dari muka pintu bilik.

Zarul pantas bangun dari perbaringan dan menuju ke luar bilik dengan tuala yang tersidai di bahu.Tubuhnya juga melekit-lekit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience