Bab 34

Thriller Series 1109

ZARUL tersedar daripada tidur.Dia beristighfar panjang.Dia bermimpi buruk lagi.

Fazziq masih lena di katil sebelah.Tidak didatangi mimpi buruk sepertinya.Ah,mainan tidur sahaja tu,getusnya.Mungkin dia masih trauma dengan apa yang pernah menimpa diri dan kawan-kawannya.

Dia menukar posisi.Dari berbaring dia duduk bersandar ke kepala katil.Suasana bilik yang gelap dan hening menenggelamkannya di dalam lautan perasaan.Cuba menganalisis suasana ketika itu.

Wajahnya digosok-gosok.Sudah tiada gangguan syaitan itu.Sudah sah.Dengan hati gembira,dia kembali merebahkan tubuh ke katil dan menyambung lena.

Malam itu berlalu pergi.Tiada gangguan atau apa-apa.Enam sahabat itu senang diulit mimpi.

Keesokan paginya,Xiao menyapa Ganesh yang baru bangun tidur.Ketika itu dia baru selesai mandi.Segar terasa menggigit seluruh urat saraf apabila mendapat rehat yang secukupnya.Cuti pun akan berakhir tidak lama lagi.Sekurang-kurangnya tidaklah muka mereka cengkung kerana tidak cukup tidur ketika menghadiri kuliah kelak.

"Tidur lena tak malam tadi?"soal Xiao sambil mengeringkan rambutnya.

Ganesh menguap.Jam di meja dilirik.Sudah pukul 8.00 pagi.Rambut yang serabai dia atur-atur dengan tangan.

"Lena.Kau?"

"Lena.Tak tahulah yang lain macam mana."

"Mesti lena punya.Benda tu dah tak ada."ujar Ganesh dengan yakin.

Dia yang hanya berseluar pendek dan berbaju singlet putih segera menuruni katil dan berlalu ke bilik air untuk mandi.

Fazziq tertunduk-tunduk memeriksa motosikalnya.Selepas apa yang terjadi,motosikalnya langsung tidak terusik.Sibuk ke hulu ke hilir dengan Abang Zul dan lima orang lagi rakannya.Manalah tahu jika motosikalnya kesayangannya ini diusik oleh budak-budak nakal sepanjang ketiadaannya di rumah.

Fuh,nasib semuanya okey.

"Nak pergi mana?"tanya Fazziq apabila melihat Aniq menyarung selipar.

"Nak beli nasi bungkus buat sarapan.Kau nak ikut?"

"Boleh jugak."

ANIQ memberhentikan keretanya di hadapan gerai makan Mak Jah.Dalam banyak-banyak kedai makan di kawasan itu,masakan Mak Jah yang paling sedap.Sehari tidak pekena air tangan orang tua itu,tidak senang duduk!

"Nasi berlauk enam ya Mak Jah."pesan Aniq selepas berdiri hadapan orang tua itu.

Mak Jah sekadar mengangguk dan membungkus nasi yang dipesan dengan pantas.

Fazziq mengambil beg plastik dan meletakkan beberapa jenis kuih ke dalamnya.Beberapa not wang kertas dia keluarkan dari poket seluar jean dan menyerahkannya kepada Mak Jah.

Aniq dan Fazziq menyusup masuk ke dalam kereta.Aroma nasi berlauk menambahkan lagi rasa lapar mereka.Sedap sangat masakan Mak Jah ni.

"Mimpi buruk tak malam tadi?"tanya Aniq sambil menghidupkan enjin.

"Tak.Kau?"

"Tak."balas Aniq pendek.Dia mula memandu keretanya pergi dari kawasan gerai makan Mak Jah.

"Kita ada kem kan nanti?"soal Aniq baru teringatkan sesuatu.

Sebelum mereka cuti,mereka berenam ada mendaftar nama untuk ke kem bina semangat.Awalnya mereka mendaftar hanya untuk ke sana kelak.Seronok juga boleh bercampur dengan pelajar-pelajar dari universiti lain.

"Haahlah.Aku hampir lupa."ujar Fazziq menepuk dahi.

"Mana tau sangkut sorang dua awek bila kat sana nanti."seloroh Aniq.

Fazziq tergelak besar.

"Cari yang macam Kajol seorang buat Ganesh."kata Fazziq nakal.

Tawa mereka berderai.Jika Ganesh ada,pasti dia sudah membalas usikan Fazziq itu.Maka berlangsunglah perlawanan sakat-menyakat di antara mereka.

Selepas memarkir kereta di luar rumah,Aniq dan Fazziq beredar masuk dengan plastik berisi makanan di tangan.Rakan-rakan yang lain sedang berbual-bual di ruang tamu.Di antara topik utama mereka pada pagi itu ialah tentang dunia mistik yang mereka pergi sebelum ini.Masing-masing berkongsi apa yang dirasai ketika ke sana.

"Geng,jom makan dulu."panggil Aniq.Dia meletakkan plastik-plastik makanan di atas meja makan.

Xiao ke dapur untuk mengambil pinggan dan sudu.Manakala Zarul menatang dulang berisi jag minuman dan gelas.

"Sedapnya bau!"ujar Isyraf sambil menghidu bau nasi berlauk.Rasa laparnya kiam membuak-buak.

"Bismillah..."baca mereka sebelum menikmati nasi berlauk.

Ganesh dan Xiao pula berdoa dengan cara masing-masing.

"Dah pudar kesan merah kat leher kau Rul."tegur Xiao.Dia yang duduk di sebelah Zarul dapat melihatnya dengan jelas.

"Dah tak sakit.Mujur sempat hantar benda tu balik."kata Zarul lega.Dia menyuap nasi ke mulut dengan berselera sekali.

"Kita ada kem bina semangat minggu depan.Aku hampir-hampir lupa."ujar Fazziq.

"Yalah!"balas Isyraf sambil membesarkan mata.Hampir tersembur nasi di dalam mulutnya.

"Aduh,macam mana boleh lupa pulak ni?"ujarnya lagi.

"Nasib baik kau ingatkan.Kalau tak,aku lupa terus."kata Zarul.

Selepas dirasuk berkali-kali memang banyak benda yang dia lupa.Okeylah,kem ini dia akan gunakan untuk merehatkan minda yang letih.

Sekali lagi,pagi itu berlalu dengan rasa riang dan gembira.Tiada apa yang boleh membuat mereka kecut perut.Keadaan sudah kembali seperti biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience