DANIEL menerima rawatan.Mujur hidungnya tidak patah.Darah yang keluar dari hidungnya juga sudah berhenti.Doktor turut memberi beberapa jenis ubat untuk mempercepatkan proses penyembuhan.Kini dia dan dua gadis itu sudah kembali ke hotel selepas hampir dua jam di hospital.
Daniella sempat menguruskan pengambilan ubat untuk Daniel sebelum dia dan Alisya pulang ke bilik mereka.Selepas menelan ubat,Lelaki itu terus berehat dan lena.
Balik sahaja ke bilik,Alisya terus menyambung rehatnya yang terganggu.Dia sendiri pun tidak berapa sihat.Badannya masih lemah dan mukanya sedikit pucat.Baru sahaja mahu melelapkan mata,Daniella memanggilnya.
"Kat mana kau beli patung ni Lisya?"tanya Daniella sambil membelek patung kayu kecil dengan penuh minat.
Alisya memusingkan tubuhnya lalu menghadap Daniella.Patung?
"Patung apa?"
"Aku nampak patung ni terkeluar dari dalam beg kau.Mana kau beli?"soal Daniella dengan minat.
Dia ingin membelinya juga jika masih ada.Bentuknya aneh tetapi comel.
"Hah?"
"Patung ni."ujar Daniella memberi patung itu kepada Alisya.Biar rakannya lihat sendiri.Mungkin selepas dirasuk,kotak ingatannya terjejas.
Alisya memegang dan memandang patung itu tidak berkelip.Sejak bila dia ada membeli patung itu?Seingat-ingatnya dia tidak pernah membeli apa-apa souvenir seperti ini.Lebih-lebih lagi dia tidak berminat untuk membeli sesuatu yang pelik begini.
"Bila masa pulak aku beli?"soal Alisya.
Daniella tergelak.Boleh pulak Alisya menyoalnya.
"Kenapa kau tanya aku pulak?Kau kot yang beli."kata Daniella seraya menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Bila aku beli?"
"Kau memang tak pernah beli ke?"
"Tak."
Daniella mula pelik.Dia mengambil patung itu dari tangan Alisya dan menelitinya buat kali kedua.Memang pelik.Sangat-sangat pelik.Mungkin Sophian,Daniel atau Iman yang meletaknya ke dalam tas tangan Alisya?Tetapi mereka tahu Alisya tidak berapa suka dengan benda pelik-pelik seperti patung ini.
Prank?
"Kau memang tak pernah beli atau jumpa kat mana-mana patung ni?Are you sure?"soal Daniella bertubi-tubi.Dia mahukan kepastian.
Alisya menggeleng-geleng.
"Tak."
Daniella serta-merta berasa jelik.Menakutkan!
"Eh,kau nak bawa ke mana patung tu?"soal Alisya memegang lengan Daniella.Dia melihat Daniella bergegas menuruni katil bersama patung itu.
"Nak buang."ujar Daniella selamba.Dia membuangnya ke dalam tong sampah yang terletak di luar bilik air.
"Settle!"ujar Daniella tersengih dan kembali ke katil.
Dia berbaring di sebelah Alisya.Meluruskan tubuh dan memandang siling.
"Kau dah okey?"tanya Daniella.
"Hmm..."balas Alisya sambil mengangguk.
"Harap-harap Iman okey."ujar Daniella risau dengan keadaan Iman.
Mereka sedang menanti panggilan telefon daripada Sophian untuk melaporkan situasi Iman yang terkini.
"Teruk ke aku kena rasuk?"tanya Alisya secara tiba-tiba.
Semasa dirasuk,dia tidak ingat apa-apa langsung.Ingatannya kembali hanya selepas dia sudah tidak dirasuk.Oleh sebab itulah dia terpinga-pinga ketika melihat muka Haji Hamid.Dia bagaikan terjaga dari satu mimpi yang panjang dan menyakitkan.Sedar-sedar sahaja dia berasa sakit satu badan.
"Teruk Lisya.Aku menangis tengok kau macam tu."ujar Daniella berterus-terang.
Tidak sanggup rasanya mahu mengingati apa yang telah dia lakukan pada gadis kecil molek itu.
"Apa yang aku buat?"
Alisya mahu mengorek cerita tentang apa yang dia telah lakukan ketika jasadnya dihuni oleh iblis itu.
Daniella menarik nafas dalam-dalam dan menghelanya perlahan.Matanya masih menghadap ke siling.
"Garang macam singa.Habis Sophian dengan Abang Zul kau ludah."ujar Daniella.
Mata Alisya membesar.Dia meludah lelaki-lelaki itu?
"Kau ludah muka dia orang tapi dia orang tahu tu bukan diri kau.Abang Zul berpeluh-peluh masa nak keluarkan benda tu dari tubuh kau."cerita Daniella dengan lebih lanjut.
Alisya memejamkan matanya buat beberapa saat.Aduh,sesungguhnya dia berasa malu.Walaupun ketika itu dia bukan dirinya sendiri tetapi dia tetap tidak boleh menerimanya.Dia seorang gadis yang lemah-lembut dan tidak banyak cakap kecuali dengan orang-orang yang rapat.Berbeza sekali dengan Daniella yang lantang bersuara dan pandai bergaul dengan orang-orang yang baru dikenali.Dia,Daniella dan Iman sebaya iaitu 25 tahun.Manakala Sophian dan Daniel pula berumur 27 tahun.
Yang paling utama,dia seorang yang berani tetapi kadang-kadang lemah semangat.Mungkin kerana itulah dia dirasuk teruk ketika di sana.
"Ya ALLAH,teruknya aku."kata Alisya penuh kesal.Malu betul dia.
"Bukan salah kaulah.Kau kena rasuk mestilah kau tak ingat apa-apa."ujar Daniella mempertahankan rakannya.
Alisya tidak perlu rasa bersalah kerana itu bukan salahnya.
"Oh ya,masa kita mula-mula sampai,apa yang kau nampak?"
Alisya terdiam.Soalan Daniella pantas mengingatkannya pada makhluk-makhluk menakutkan itu.Bulu romanya merinding secara automatik.
"Mula-mula aku nampak sesuatu ikut kita.Masa tu kita tengah berjalan kaki nak ke sana."
"Macam mana rupa dia?"
"Tak berapa jelas.Yang aku ingat benda tu bertubuh tinggi.Berlari laju.Aku tak tahu tu apa."
Penjelasan Alisya menggerunkan Daniella.Bertubuh tinggi?Err,apa tu?
"Tapi aku yakin tu bukan orang."tambah Alisya.
Dia ingat lagi bagaimana lesunya dia pada ketika itu.Langsung tidak menyangka dia yang terpilih untuk dirasuk.Ya,dia memang lemah semangat tetapi sekarang sudah tidak lagi.
Dia seorang perempuan muda yang berani.Hari ini membuktikan yang dia bukanlah seberani yang dia sangka.
Daniella membuka lampu yang terpacak di sisi katil.Keseraman semakin menjadi-jadi tatkala Alisya menceritakan pengalamannya ketika diganggu.
"Esok-esok jelah sambung.Jom tidur."ajak Daniella lalu menarik selimut dan bersedia untuk tidur.Keberaniannya semakin menipis.
"Aku nampak perempuan tinggi gila berdiri kat beranda rumah buruk tu."cerita Alisya walaupun Daniella sudah menyuruhnya berhenti.
"Dia pandang kita.Mata dia putih.Rambut dia panjang sampai tutup hampir satu beranda."
Daniella menarik selimut sehingga ke leher.Semakin sejuk pula dia rasakan.Tidak pasti kerana aircond atau kerana cerita Alisya.
Tap!Tap!Tap!Bunyi ketukan di pintu kaca balkoni memeranjatkan kedua-dua gadis itu.
Share this novel