ABANG Zul mengintai ke luar rumah melalui tirai di sliding door rumahnya.Jelmaan Azlin sudah ghaib.Begitu juga dengan jelmaan anaknya.CD bacaan ayat suci dibiarkan terpasang sehingga masuknya waktu subuh.Dia berjalan ke bilik air untuk berwuduk.Banyak yang ingin dia adukan kepada Maha Pencipta.
Sesudah bersolat,dia termenung di atas kain sejadah.Banyak benda yang bermain di minda.Sehingga dia juga turut diganggu.Pasti ada yang tidak kena.Entah siapa di antara mereka yang melanggar pantang larang ketika di sana.Petang nanti dia akan berjumpa mereka.Jika boleh sehingga mengetahui siapa yang punya angkara.
Aniq dan Fazziq meluru mendapatkan jururawat yang baru membuka pintu.Jururawat itu meminta mereka masuk ke dalam untuk bercakap dengan doktor yang merawat Zarul.
Zarul terbaring di atas katil kecil di dalam ruangan itu.Dia sudah sedar tetapi hanya merenung siling.Tiada sebarang respons daripada riak wajahnya.Fazziq dan Aniq duduk di hadapan doktor dengan muka penuh tanda tanya.Tidak sabar mahu tahu apa sebenarnya masalah yang melanda rakan mereka.
Doktor lelaki itu mencatat sesuatu di atas kertas.
"Rakan you tak ada apa-apa yang serius.Sesak nafas yang bukan disebabkan asma."ujar doktor itu sambil tersenyum.
"Tapi dia sesak nafas tadi doktor."jawab Aniq.
"Saya dah periksa.Alhamdulillah..."nothing's wrong with your friend.Semuanya dalam keadaan yang baik.Boleh saya tahu kalau-kalau dia ada stres yang teruk ke?"
Fazziq dan Aniq mengambil masa beberapa saat berfikir sebelum menggeleng.Zarul tidak ada masalah apa-apa sejak mereka mengenalinya.Tidak tahulah jika dia tidak suka menunjuk yang dia ada masalah.
"Apa yang boleh saya nasihat,suruh kawan you dapat rest yang secukupnya."pesan doktor lalu memandang Zarul.
"Thanks doc."ucap Aniq.
Zarul dipapah keluar dari bilik doktor.Aniq berlalu ke kaunter untuk mengambil ubat.Fazziq sudah berada dalam kereta dengan Zarul.Sesekali Fazziq mencuri pandang Zarul yang sedang tersandar di belakang.Lelaki itu memejamkan mata dan sesekali keningnya bergerak-gerak.
"Kau macam ni,macam nak luruh jantung aku tadi."usik Fazziq.Sengaja mahu memecahkan keheningan pagi itu.
"Hehehe..."gelak Zarul.
Hish,meremang bulu roma!Fazziq menelan liur.
"Nasib baik kau tak ada apa-apa.Sekarang kau rasa macam mana?"soal Fazziq.
Dia terus memberanikan diri untuk berbual dengan Zarul.Itu lebih baik daripada diselubungi kesunyian yang terasa membunuh.
"Tadi kau nampak orang macam aku kan?"tanya Zarul.Dia tidak menjawab pertanyaan Fazziq.
Fazziq tergamam.Bagaimana Zarul tahu?Ya,semasa Zarul sedang dirawat dia ternampak seseorang seiras Zarul duduk di kerusi hujung.Wajahnya pucat dan menggigil teruk.
"Macam mana kau tahu?"Suara Fazziq tersekat-sekat.
"Entah."jawab Zarul sinis.Sengaja mahu bermain-main dengan ketakutan Fazziq.
Kemudian dia tergelak lagi.Fazziq mengetap bibir.Dia memandang ke luar tingkap kereta yang bertutup kemas.Mana si Aniq ni?Langsung tak nampak batang hidung sejak tadi!Lama betul ambil ubat.Dia sudah terseksa melayan karenah pelik Zarul.
"Kalau aku cakap yang aku bukan Zarul,macam mana?"Zarul bertanya soalan maut.
Fazziq seperti mahu melompat keluar dari kereta pada masa itu juga.
"Apa maksud kau?"
"Sorry geng,lambat sikit."jawab Aniq menyusup masuk ke kereta sebelum sempat Zarul membalas soalan Fazziq.
Senyap sunyi.
"Aik?Kenapa ni?"tanya Aniq hairan.
Dia berpaling ke belakang,Zarul tersenyum.Ketika dia memandang Fazziq,lelaki itu sedang membuang pandangannya ke luar tingkap.
"Kau okey?"soal Aniq ingin memastikan keadaan Zarul.
Yalah,kalau ada apa-apa mereka masih di dalam kawasan hospital.Senang nak angkut Zarul balik ke dalam jika dia tiba-tiba sesak nafas semula.
"Okey..."jawab Zarul pendek.
Fazziq berkerut muka.Entah mengapa suara Zarul seolah-olah berada dekat dengan cuping telinganya.Bagaikan sedang berbisik di telinga.Tidak mungkin kerana Zarul sedang duduk di belakang.
Aniq tersenyum pahit.Kunci kereta dipulas dan enjin dihidupkan.
Fazziq membisu sepanjang perjalanan.Selalunya dialah yang bermulut becok.Jika ada Ganesh,tidak habis-habis dia mengusik lelaki itu.Sampai Ganesh membebel bagaikan mak nenek.
"Dah azan.Kita pun dah nak sampai.Lepas ni boleh solat subuh sama-sama."usul Aniq.
Mereka selalu solat berjemaah di rumah.
"Perempuan dalam rumah kita tu..."Zarul membuka mulut secara tiba-tiba.
"Kenapa?"tanya Aniq.Dia memandang Zarul sekilas.
"Dia penyewa ketujuh."
Aniq tidak faham apa yang dimaksudkan Zarul.Dia menggaru kepala yang tidak gatal.Penyewa ketujuh?
"Ahli yang ketujuh dalam rumah kita."sambung Zarul.
Fazziq berdebar-debar.Dia menggenggam penumbuknya.Apakah benar itu bukan Zarul?Percakapannya sinis dan penuh agenda.Sebelum ini Zarul bukan begini.Dia lelaki yang cool dan selamba.
"Eh,kau cakap apa ni Rul?"Aniq tergelak.
"Fazziq tahu.Kan Ziq?"serang Zarul.
Fazziq memusingkan tubuh dan merenung Zarul yang sedang merenungnya penuh sinis.
"Tahu apa?"
"Ala...Ziq,janganlah buat-buat tak tahu pulak."ujar Zarul.
Aniq bingung.Apa maksud Zarul?Tahu apa?
"Patung."
Fazziq terdiam.Cepat-cepat dia kembali ke posisi asal.
"Patung?Patung apa?"soal Aniq sambil memandu perlahan.
Perbualan di antara Fazziq dan Zarul semakin hangat.Sekarang timbul pula isu patung.
"Patung apa Ziq?"desak Aniq.
Seperti ada sesuatu yang sedang disembunyikan Fazziq daripada pengetahuan mereka.
Fazziq bertindak mengunci mulut.
"Kau ada ambil apa-apa ke masa kat sana?"tanya Aniq terus mendesak.
Namun Fazziq terus mendiamkan diri.
ISYRAF,Ganesh dan Xiao bergegas menyambut kepulangan Aniq,Zarul dan Fazziq.Zarul berjalan memasuki rumah dengan selamba.Alhamdulillah semuanya okey.Dia duduk di sofa,tidak berkata apa-apa.Manakala Fazziq pula masuk dengan wajah masam mencuka.
"Aku nak solat."ujar Fazziq memotong Isyraf yang baru hendak bertanya.
"Aku pun nak solat."beritahu Aniq sambil tersengih.Lalu dia beredar ke bilik air.
Hanya Zarul yang masih duduk di sofa tanpa sebarang reaksi di wajah.Ganesh menghenyakkan punggung di sebelah Zarul dan mula mengorek cerita sebenar.
"Aku tak rasa kau jadi macam ni sebab sakit biasa."
Zarul memandang Ganesh.
"Lepas balik dari sana,semuanya berubah pelik."
Zarul tersenyum.Dia menepuk bahu Ganesh.
"Aku nak solat."beritahu Zarul juga.
Terdiam Ganesh,Xiao dan Isyraf.Ketiga-tiganya terkebil-kebil bagaikan orang bodoh.Isyraf sudah bersolat dan dia akan menanti tiga lelaki itu selesai.Dia ingin memberitahu yang Abang Zul akan ke situ pada sebelah petang.
Share this novel