Bab 11

Thriller Series 1109

GANESH merenung keluar tingkap yang terbuka.Anak rambutnya terbuai-buai ditiup angin petang.Kedinginannya menjalar sehingga ke tulang."Aku ikut kau orang balik."Suara wanita tiba-tiba menerpa ke lubang telinga.

Ganesh menelan liur.Okey,suara yang didengarinya memang persis suara wanita dan semua yang berada di dalam kereta ialah lelaki.Ada sesuatukah yang sedang mengekori mereka pulang?

Aniq yang sedang memandu diintai dari cermin sisi kereta.

"Kau orang tengok tu."ujar Aniq secara tiba-tiba.Jarinya tertunjuk ke hadapan di mana kereta Abang Zul berada.

"Apa dia?"soal Isyraf yang kini turut sama berada di situ dan duduk di hadapan bersebelahan Aniq yang sedang memandu.

"Tu,kau orang nampak tak?"ulang Aniq.

Isyraf,Fazziq dan Ganesh menajamkan pandangan masing-masing.Apalah yang dimaksudkan Aniq.

"Biar betul si Zarul ni.Berdiri bulu roma aku weh!"Isyraf menggosok-gosok bulu roma yang mula merinding.

"Buat-buat tak nampak sudah."nasihat Ganesh walaupun dia sendiri sudah seram sejuk di belakang.Manakala Fazziq yang duduk di sebelah tidak berkata apa-apa.

Zarul masih merenung tepat ke arah mereka dari dalam kereta Abang Zul.Renungannya memang tajam dan menusuk ke jiwa.Kadangkala mulutnya bergerak-gerak seperti bercakap sesuatu dan akhirnya senyuman sinis akan terbentuk di bibirnya.Jika dipandang lama-lama memang agak menakutkan.

"Tak lama lagi azan Maghrib.Lajulah sikit drive tu Niq"desak Isyraf.

Dia mahu cepat sampai ke rumah.Dia atas jalan raya pada senja-senja begini terasa lain macam sahaja.

Xiao menoleh ke belakang dan merenung Zarul yang tidur sambil bersandar.Sekejap sahaja rakannya itu celik dan selepas menghenyakkan punggungnya ke kerusi belakang,dia terus terlelap.

"Abang rasa Zarul dah okey ke?"

"Insya-ALLAH okey.Kenapa Xiao?Xiao rasa macam mana?"tanya Abang Zul pula.

Lama juga Xiao membisu tidak berkata apa-apa.

"Dia nampak tak berapa sihatlah Bang Zul."

Abang Zul terusik dengan keprihatinan Xiao.Risau benar dia dengan Zarul walaupun jalinan persahabatan di antara mereka tidak sampai setahun.Mungkin kerana mereka tinggal sebumbung selama beberapa bulan ini.

Xiao membetulkan duduk.

"Normal ke kalau jadi macam dia masa kat sana?"

Soalan maut Xiao berjaya membuatkan Abang Zul membisu.Sebenarnya ia tidak normal tetapi mengapa dia harus menerbitkan rasa takut dalam diri pemuda ini bukan?

"Insya-ALLAH tak ada apa-apa.Jangan risau ya?"balas Abang Zul.

Akhirnya dia memilih untuk menyenangkan hati Xiao.Pemuda cina itu mengangguk-angguk.

Bulu tengkuk Abang Zul merinding sejak tadi.Bimbang pula hatinya.Apa yang telah menimpa Zarul adalah satu ancaman yang berat dan mungkin ada gangguan yang bakal berlaku.Mungkin juga ada nyawa yang bakal melayang.Tetapi tiada siapa di antara mereka yang mengusik barang-barang di kawasan mistik itu.Dia meletakkan kepercayaan 100 peratus pada enam pemuda ini.Dia yakin dan percaya mereka tidak melakukan apa yang dia larang sebelum ini.

Tetapi entah mengapa rasa tidak enak terus-terusan menular ke seluruh benak fikirannya.Dia memohon supaya tiada bahana yang akan menimpa.

Ya ALLAH,lindungilah mereka daripada benda-benda yang tidak baik.Amin.Doa Abang Zul.

Dia memberhentikan kereta di sisi jalan di luar rumah sewa.Mereka sudah selamat sampai dan tidak lama selepas itu,azan Maghrib lantang sekali berkumandang dari corong pembesar masjid yang berdekatan.Zarul masih tidur.Xiao berpaling dan membangunkan rakannya itu.

"Rul,kita dah sampai."

Zarul membuka mata dan terserlah urat-urat mentah di situ.Wajahnya nampak bengis.Xiao menelan liur.

"Rul,mari keluar."ujar Abang Zul dari luar.

Dia sudah berdiri sambil membongkok dan memandang Zarul di tempat duduk belakang.Memang benar,wajah Zarul nampak lain sedikit.

"Okey."balas Zarul pendek seraya melemparkan senyuman kepada Xiao.

Xiao membalas senyuman itu dengan senyuman pahit.Seram betul senyuman Zarul.Betul ke dah okey ni?Macam tak aje,gumam hatinya.

Rakan-rakan yang sudah menanti mereka di depan rumah.Semuanya memandang Zarul dengan tidak berkelip.Yalah,mahu memastikan Zarul sudah benar-benar okey.Zarul pula selamba sahaja berjalan ke arah mereka sambil diikuti oleh Xiao dan Abang Zul dari belakang.Kerusi di mana Zarul duduk tadi.Namun setelah diintai,tiada apa-apa di situ.Kopiah yang terletak di atas dashboard dicapai.

Ganesh membuka t-shirt dan menyidainya di kerusi kayu.Rakan-rakannya sedang sibuk bersiap-siap bersolat Maghrib.Jadi dia dan Xiao memberi laluan kepada mereka terlebih dahulu untuk menggunakan bilik air.Badan mereka pun sudah gatal-gatal dek peluh yang mengering.

"Aku tengok Zarul lain macam aje."ujar Xiao.

Ganesh memandang Xiao.Pemuda berkulit putih melepak itu sedang duduk di birai katilnya.

"Kenapa?"soal Ganesh.

"Tadi dalam kereta dia pandang aku semacam.Lepas tu senyum macam orang psiko.Seram aku!"

"Tadi masa nak ke rumah Haji Hamid,Zarul buat apa?"

"Tidur sepanjang perjalanan.Aku duduk sebelah dia.Memang lena betul dia tidur."

Ganesh berkerut muka.Runsing betul dia dengan Zarul.Kerana apa yang dilihatnya adalah berbeza sekali dengan apa yang diceritakan Xiao.

"Zarul tenung kita orang di sepanjang perjalanan tadi geng.Fazziq dan Aniq pun jadi saksi."

Terkesima Xiao.Bagaimana pula Zarul merenung mereka jika dia sedang tidur?Dia mengengsot mendekati Zarul dan Fazziq hanya di sebelah sahaja.Khuatir jika didengari oleh Zarul nanti.Manalah tahu tiba-tiba sahaja lelaki itu terpacak di muka pintu.

"Tapi dia tidur,so macam mana?"

Tergantung di situ.Masing-masing tiada jawapan untuk soalan tersebut.

"Ghost?"

Terlepas perkataan itu dari mulut Ganesh.Kemudian dia menepuk-nepuk mulutnya.Jangan celupar!

Muka Xiao sudah pucat.Sejujurnya dia turut merasai benda yang sama kerana tingkah laku Zarul nampak pelik selepas pulang dari aktiviti paranormal.Tidak pasti apa yang telah dilakukan lelaki itu sehingga mendapat kecederaan yang agak teruk di lehernya.

"Dan tadi Fazziq hilang sekejap kan?Dia pergi mana ha?"soal Xiao.Rasa curiga mula menguasai perasaannya.

Siapa yang tidak kenal dengan perangai Fazziq yang gila-gila.Asyik menyakat Ganesh sahaja kerjanya.

"Biasalah si Fazziq tu geng.Tak pandai duduk diam!"

Sakit hati pula Ganesh dibuatnya.Semasa di dalam perjalanan tadi pun dia hampir-hampir bertengkar dengan Fazziq.Jika Aniq tidak meleraikan ketegangan itu pasti pertengkaran menjadi semakin teruk.

ABANG Zul memberi salam.Kemudian dia berzikir sambil diikuti oleh Fazziq,Zarul,Aniq dan Isyraf.Tidak lupa doa memohon dijauhkan daripada bala dan malapetaka.Mereka saling bersalaman selepas itu.

Abang Zul meminta diri untuk pulang.Tidak dinafikan seluruh tubuhnya terasa sengal-sengal.Apa yang pasti,aktiviti mereka langsung tidak berjalan dengan lancar seperti yang sepatutnya.Entah mengapa hijab mata boleh pula terbuka ketika di sana padahal dia sudah membaca ayat-ayat suci al-Quran sebelum masuk ke alam itu.Sempat dia memandang Zarul yang masih duduk di atas sejadah.

"Abang beransur dulu.Kau orang jaga diri elok-elok.:

Selesai berpesan,dia berlalu ke keretanya.Kepulangannya dihantar oleh enam pemuda itu di pintu pagar.Selepas hon kereta dibunyikan sekali,Abang Zul memandu pergi dari kawasan itu.

"Kau orang lapar tak?"tanya Fazziq sambil menggosok perutnya.Berkeroncong menagih makanan.

"Jom ke warung mamak."ajak Isyraf yang sudah berdiri di sisi kereta.Nasi goreng mamak sudah terasa di mulut.

Aniq bergerak ke dalam rumah untuk mengambil kunci kereta.Dia juga berasa lapar sebenarnya.Enam pemuda itu berhimpit-himpit dalam kereta demi sesuap nasi.Apa boleh buat,hanya Aniq sahaja yang mempunyai kereta.

Hujan renyai-renyai menghalang Fazziq untuk membonceng motosikalnya untuk ke warung mamak.Sudahnya dia terpaksa berhimpit seperti ikan sardin di belakang bersama tiga lagi rakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience