Bab 43

Thriller Series 1109

Hotel.

IMAN tidur awal pada malam itu.Tubuhnya kedinginan sehingga memaksa Sophian dan Daniel memperlahankan volume penghawa dingin.Mungkin Iman diserang demam panas kerana suhu badannya naik mendadak.

"Kita ke klinik bro.Panas badan kau ni."pujuk Sophian.

"Aku okey.Kau orang tak payah risaulah."beritahu Iman sambil menarik selimut sehingga ke leher.

Walaupun penghawa dingin sudah diperlahankan namun dia masih kesejukan.Kuku jarinya membiru.Begitu juga dengan bibirnya.

"Kau okey tak ni Im?Suhu badan kau panas kot?Jom aku hantar kau ke klinik."ajak Sophian sambil memegang bahu Iman dan cuba mengangkat tubuh lelaki itu dari katil.

Memang panas.

"Aku okeylah."balas Iman berdegil.

"Janganlah degil.Jom pergi klinik."pujuk Daniel pula.

Iman ni boleh tahan juga degilnya.Jenuh dia dengan Sophian memujuk sejak tadi.

"Aku tak nak."

"Tolong aku angkat si Iman ni Danny."ujar Sophian meminta bantuan Daniel.Dia seorang mana larat mahu mengangkat Iman.

"Aku cakap tak nak,tak naklah!"Iman bertempik marah.

Pegangan Sophian dan Daniel terlepas secara automatik.Mereka terkejut dengan kemarahan Iman.Mata rakan mereka merah menyala dan giginya terkancing.Dia betul-betul bengang kerana diganggu.

"Im..."ujar Daniel terkedu.

"Kau nak apa dari aku?Nak mampus agaknya!"tempik Iman.Kemarahannya semakin menjadi-jadi.Dia menendang selimut ke bawah.

"Ya ALLAH,chill bro."pujuk Sophian cuba menenangkan Iman yang tiba-tiba mengamuk.

Iman mendengus.Dia menggosok rambutnya dengan kasar.Berjalan ke hulu ke hilir sambil bernafas dengan kuat.Dia menjadi serba tidak kena.

Sophian memandang Daniel.Mereka pelik dengan perubahan sikap Iman.Garang benar malam ini.Ya,mungkin silap mereka kerana mengganggu rehat Iman tetapi ini untuk kebaikannya juga.Mereka tidak mahu Iman diserang demam panas kerana ia boleh membahayakan kesihatan pemuda itu.

Iman duduk mencangkung pula.Dia menggosok-gosok mukanya dengan kasar.Perasaannya bercelaru.Jiwanya berserabut.

"Im,kau okey ke tak ni?"tanya Sophian bimbang.

Dia dengan Daniel tidak berani mendekati Iman kerana tingkah lakunya yang aneh.

"Kau nak apa,hah!Kau nak apa dari aku?"soal Iman sekali lagi dengan suara yang meninggi.

Dia memandang rakan-rakannya dengan muka bengis.Mereka nampak seperti mangsa yang harus dibaham hidup-hidup.Namun beberapa minit kemudian,kepalanya kembali menunduk ke lantai.Bercakap seorang diri.Sesekali dia tergelak.

Daniel menyenggol lengan Sophian.

"Call Abang Zul."arah Daniel,berbisik.

Nalurinya kuat mengatakan ada sesuatu yang sedang menumpang jasad Iman.

Sophian mengangguk dan berjalan perlahan ke arah telefon bimbitnya yang terletak di atas kabinet kecil di sebelah katil.Tetapi Iman sedang duduk bertinggung di sisi kabinet itu.Bagaimana cara untuk mendapatkannya?

Daniel mendesak Sophian untuk cepat-cepat mengambil telefon bimbit manakala Sophian pula sedang ketandusan idea bagaimana untuk menjauhkan Iman dari kabinet itu.Rakan mereka itu tidak boleh dihampiri buat masa itu.Tidak tahu apa yang akan dilakukan Iman jika dia semakin marah.

"Phone kau mana?"soal Sophian kepada Daniel.

"Nak telefon siapa?Abang Zul?Haji Hamid?"soal Iman,sinis.

Daniel melepaskan telefon bimbitnya yang dipegang di dalam poket seluar.Dia dan Sophian mendiamkan diri.Tidak mahu membalas apa-apa kerana bimbang Iman akan mengamuk sakan.

"Kau ingat orang tua kutuk tu boleh bunuh aku ke hah?"jerit Iman.Dia mencapai bantal dan melemparnya ke arah Sophian dan Daniel.

Mereka sempat mengelak dan bantal itu jatuh betul-betul di antara mereka.

"Ya ALLAH,bawa bertenang Iman."pujuk Sophian menenangkan Iman.Kemarahan lelaki ini semakin menjadi-jadi.Meluap-luap seperti mahu meletup sahaja.

"Kau orang yang patut mampus!"

Apa yang Iman maksudkan?Mati?Kenapa mereka yang harus mati?Memang sah Iman kerasukan.Mereka perlu mendapatkan bantuan secepat mungkin.Alisya dan Daniella...Ya,mereka yang perlu menelefon Abang Zul.Tetapi bagaimana caranya untuk memberitahu mereka?

ABANG Zul duduk bersendirian di ruang tamu.Dia sedang membuat kira-kira menggunakan kalkulator pada malam itu.Anak dan isterinya pula sudah masuk tidur sejak sejam yang lepas.Sebagai bos perusahaannya sendiri banyak kerja yang harus diselesaikan.

"Zul..."

Abang Zul mengangkat muka.Siapa yang memanggilnya sebentar tadi?

"Zul..."panggil suara itu lagi.

Dia melarikan pandangannya dari kalkulator dan memakukan pandangannya pada sesusuk tubuh tinggi lampai yang sudah menghilang di balik dinding.Di sebalik dinding itu terletak di dapur.Abang Zul bangkit dari sofa dan berjalan ke sana.Suis lampu dapur ditekan.Ruangan itu terang-benderang.

"Azlin?"panggil Abang Zul.

Tiada sahutan.

"Ariana?"Nama anaknya pula dipanggil.

Juga tiada sahutan.

"Zul..."

Abang Zul mendongak ke siling.Seperti datangnya dari arah itu.Hanya lampu kalimantang sahaja yang menyala terang di situ.Sejurus selepas itu,sekali lagi dia ternampak kelibat seseorang melepasi dinding menuju ke bilik air.Apa yang dia nampak dengan jelas ialah hujung kain putih yang terbuai ketika melepasi dinding itu.

Dia tidak sedap hati secara tiba-tiba.Kain itu seperti kain kafan.

"Zul,mana kapur barus?"Suara yang sama menegur dari luar pintu dapur.

Ya ALLAH.

Iblis ini memang sengaja mahu menakut-nakutkannya.Dia tidak akan takut!Dia ada ALLAH,jadi dia tidak akan takut pada makhluk terlaknat itu!

"Buka pintu ni Zul.Aku nak masuk!"Kedengaran pintu dapur diketuk-ketuk dengan perlahan.

Abang Zul menutup lampu dapur dan berjalan menuju ke bilik tidur.Dia cuba memekakkan telinga dan membutakan mata.Dia tidak akan melayan gangguan ini.Namun ia tidak semudah ABC kerana iblis itu tidak mengenal erti putus asa.Dia tidak akan pergi semudah yang disangka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience