MEREKA berlari ke arah suara Fazziq.Fazziq seperti dalam kesakitan yang amat sangat.Jeritannya diselang-seli dengan bunyi mengerang.Dia ditimpa kemalangankah?
Abang Zul meluru menghampiri kawasan yang dipenuhi pokok bersaiz gergasi.Asap masih ada,cuma di situ ia tidaklah setebal mana.Penglihatan mereka mula jelas semula.Kelibat Fazziq tidak kelihatan di mana-mana.
"Bang!"jerit Xiao.
Dengan muka cemas,jari telunjuknya terhala ke pokok di hadapan mereka.Mata Abang Zul dengan yang lain tertumpu ke situ.
"ALLAH..."Abang Zul tercengang.
Fazziq sedang terapung di hadapan pokok dengan kepala yang terkulai.Dia pengsan tidak sedarkan diri.Di tangannya masih menggenggam patung itu.
Kejadian yang sama seperti dua tahun lepas!
Dua tahun lepas...
"ALISYA!"
Semua yang berada di situ memanggil-manggil gadis kecil molek itu dengan panik.Alisya sedang terapung-apung di hadapan pokok besar.Kepalanya terkulai ke bawah dan dia pengsan.
"Macam mana ni Abang Zul?"tanya Sophian.
Takkan mahu membiarkan saja Alisya begitu.Hari pula semakin lewat dan mereka tidak tahu apa nasib mereka jika langit bertukar gelap.
"Kita akan turunkan dia."ujar Abang Zul nekad.
Sejujurnya dia sendiri tidak pasti bagaimana mahu menurunkan Alisya dari situ.Dia tahu ada tangan ghaib yang memegang gadis itu.
"Apa abang akan buat?"soal Sophian mengasak Abang Zul.
"Tiada yang lebih berkuasa di atas muka bumi ini kecuali ALLAH."balas Abang Zul dan ia berjaya mendiamkan Sophian.
Selepas beberapa saat,dia membaca ayat-ayat suci al-Quran.Alisya mula bergerak-gerak.Dia menggeliat-liat dan menjerit-jerit.Dalam masa yang sama,Abang Zul khuatir jika gadis itu akan jatuh ke tanah dengan kuat.Alisya berada nun jauh berada di atas udara.Dia menyuruh yang lain supaya bersedia untuk menyambut Alisya jika dia jatuh.
Seperti yang dijangkakan,Alisya dilempar jatuh ke bawah dan nasibnya baik kerana sempat disambut rakan-rakannya.Di bawah,dia mula sedar.Matanya digosok-gosok kasar.Dia tiada mood dan perasaan amarahnya membuak-buak.
"Aku masih adalah bodoh!"
LENGANNYA disenggol seseorang dan pantas menyedarkannya daripada lamunan yang membawanya ke memori dua tahun lepas.Waktu yang berbeza tetapi lokasi yang sama.Nasib Fazziq sama dengan Alisya.Kedua-duanya terjebak dalam kancah masalah yang sama.
"Mir,Iq,baca ayat Kursi dengan abang sama-sama."pohon Abang Zul.
Seketika kemudian,ayat suci kedengaran memecah keheningan dunia itu.Ganesh dan Xiao masih merenung Fazziq.Mata mereka tidak berkalih sedikit pun.
Seperti Alisya,Fazziq mula menggelepar di udara.Dia kepanasan seperti dibakar hidup-hidup.Dia terpekik terlolong dan cuba melarikan diri.Abang Zul turut sama berjaga-jaga dan akan menyambut Fazziq bersama-sama yang lain jika dia jatuh.
Abang Zul menekan suara dan melaungkan azan sekuat-kuatnya.Kilat petir berdentum-dentum di kaki langit.Berkelip-kelip bagaikan bunga api.Fazziq melayang jatuh ke bawah tetapi sempat disambut oleh kawan-kawannya.Dia masih pengsan dan terkulai dalam dakapan Isyraf.
Abang Zul cepat-cepat memeriksa tangan Fazziq.Patung itu sudah tiada.Ini masanya untuk keluar dari dunia ini.Masa bergerak begitu pantas dan keadaan juga semakin melemaskan.Abang Zul memapah Fazziq.
Semasa mereka mahu meneruskan perjalanan,kawasan sekeliling berubah buat sekelian kalinya.Semuanya permainan syaitan dan iblis supaya mereka sesat dan tidak dapat mencari jalan keluar.
"Mari."ajak Abang Zul tidak mengambil pusing dengan apa yang terjadi.
Berubah atau tidak,dia akan gunakan pengalamannya sebagai pengantara untuk mencari pintu keluar dari situ.Berharap kali ini tidak sedahsyat yang pertama.
Dia memapah Fazziq dengan bantuan Isyraf.Yang lain hanya membuntuti langkah Abang Zul.Beberapa kali mereka berpusing di tempat yang sama.Berputar-putar sehingga mereka keletihan.Fazziq semakin lemah.Langsung tidak berdaya untuk bergerak sendiri.Abang Zul menyerahkan Fazziq kepada Ganesh dan Aniq kerana mereka berdua bertubuh tinggi lampai dan tegap.
Isyraf dan Xiao mengesat peluh yang meleleh di dagu.Memang memenatkan dan sampai sekarang masih tiada jalan keluar untuk mereka.Entah dapat keluar atau tidak mereka juga tidak tahu.Dunia mereka dirasakan terlalu jauh dan semakin menjauh.Dapatkah mereka keluar dari situ?Segalanya jadi makin mustahil.
Abang Zul menapak ke hadapan.Dia mendongak ke langit,merenung daratan kelabu itu buat beberapa minit.Mulutnya terkumat-kamit menyebut sesuatu.Seketika kemudia suara perempuan menjerit-jerit muncul dari situ.
Mereka terkejut dan terduduk di atas tanah.Dahsyatnya bunyi jeritan itu!
"Allahuakbar!Lailahaillah!Allahuakbar!"
"Argh!"
Abang Zul berlawan dengan suara itu.Semakin kuat suara itu bertempik semakin kuat juga suara Abang Zul memuji-muji keagungan ALLAH.Dia tidak akan mengalah kerana kuasa yang paling agung ialah kuasa ALLAH.
"Allahuakbar!"laung Abang Zul terus-terusan akan kalimah suci itu.Dia juga sudah lelah kerana berpusing-pusing di tempat yang sama sejak satu jam yang lalu.
Fazziq bergerak-gerak di riba Ganesh.Matanya terbuka dan giginya berkancing.Dia di dalam kesakitan.Tidak lama kemudian,dia menggeliat-liat sambil cuba menggigit-gigit lidahnya sendiri.Xiao segera mencapai beg dan meletakkannya di dalam mulut Fazziq.
"Ya ALLAH Fazziq."ucap Abang Zul sambil mengurut-urut ubun-ubun Fazziq.
Mulut Fazziq sudah berdarah.Hujung lidahnya terluka kerana tergigit oleh giginya sendiri.Mujur Xiao bertindak pantas dengan meletakkan sesuatu di mulut Fazziq.Kerana Zarul tiada maka Fazziq yang menjadi mangsa seterusnya.
"Argh!"tempik Fazziq penuh kemarahan.
Dia tidak dapat melarikan diri kerana dipegang oleh mereka berlima.Mereka keletihan tetapi menguatkan diri mereka demi menyelamatkan Fazziq.Mereka tidak akan membenarkan Fazziq lolos sekali lagi.
ZARUL dan Haji Hamid tersentak.Perbualan mereka terhenti.Ada tempikan kuat kedengaran sebentar tadi.Suara lelaki dan perempuan bertindih-tindih.Bulu roma Zarul berdiri tegak.
"Bunyi apa tu tuan aji?"soal Zarul.
Haji Hamid bangkit dari duduk dan berlalu ke dapur.Zarul menggosok-gosok lengan.Entah benda apalah yang menjerit tadi.Batang tengkuk disentuh dan ia sudah tidak berapa pedih dan kurang sakit.Alhamdulillah,tubuhnya akan selamat dari rasukan itu.Seluruh tubuhnya menjadi sakit akibat dirasuk berkali-kali.
Haji Hamid membuka pintu dapur seluas-luasnya.Hatinya tenang.Abang Zul dan pemuda-pemuda itu belum pulang-pulang lagi.Sepatutnya dua jam yang lepas mereka sudah selesai dan datang bertandang ke situ untuk menjemput Zarul.Debaran di dadanya juga kian memuncak seolah-olah ada sesuatu yang tidak elok sedang berlaku pada mereka.Mereka tidak dapat dihubungi kerana jarak dimensi yang berbeza.Tiada pilihan lain selain mendoakan keselamatan mereka dan semoga mereka cepat pulang.
Zarul juga bingung memikirkan keselamatan Abang Zul dan rakan-rakannya.Sepatutnya dia ikut serta tetapi kesihatannya tidak mengizinkan.Dia berdoa supaya patung itu dapat dikembalikan dan semuanya selamat.Suara tempikan tadi seperti suara Fazziq namun dia tidak pasti kerana ia berlapis dengan suara seorang wanita.Halus sekali menusuk ke telinga.
Haji Hamid kembali ke ruang tamu bersama sebotol air Yasin.
"Balik nanti minum air Yasin ni.Seelok-eloknya setiap malam selepas Maghrib.Jangan dilangkah-langkah.Simpan kat tempat tinggi."pesan Haji Hamid sambil menghulurkan botol air itu kepada Zarul.
Zarul mengangguk faham seraya mengambilnya dari tangan Haji Hamid.
Share this novel