Bab 29

Thriller Series 1109

SOPHIAN menyedut air Coke selepas selesai mengunyah kek keju.Hanya beberapa suap dan selebihnya Alisya yang menghabiskannya.Biasalah makanan manis begini memang kegemaran kaum wanita.Daniel pula sekadar memerhati Daniella yang sedang enak menikmati kek coklat.

Bandar Kuching sentiasa sibuk dan berwarna-warni terutamanya pada waktu malam.Ramai yang keluar bersama-sama untuk berhibur sama ada ke pusat membeli-belah,pusat karoake dan sebagainya.Senyuman penuh kegembiraan terlukis di bibir masing-masing.

Ini kali pertama mereka menjejakkan kaki ke Sarawak.Semuanya bermula apabila Iman menemui artikel mengenai Abang Zul di blog.Pengalaman-pengalaman mistik yang dilalui oleh orang-orang yang pernah mengikut Abang Zul sangat mengujakan.Mereka membuat keputusan untuk menggunakan khidmat Abang Zul dan ingin merasai sendiri pengalaman ke sana.

"Murah kot RM100 seorang."kata Daniella selepas menghabiskan sepotong setengah kek krim coklat.Perutnya sudah kenyang dan tidak memerlukan nasi lagi sebagai makan malam.

"Kalau dia charge RM500 seorang pun aku sanggup bayar.Bukan senang nak ke sana tau."kata Alisya seronok.

Dia juga sudah selesai menikmati kek keju.Piring kaca ditolak ke tepi.

Sophain tersenyum manis.

"Aku tak adalah teruja sangat nak ke sana.Tapi dah kau orang ajak,aku ikutlah."kata Daniella dengan senyuman sinis.

"Ya ke?Padahal tak boleh berpisah dari cik abang Daniel kau ni."ejek Alisya.

Tawa Sophian dan Daniel berderai.Nampaknya dua gadis cantik ini bakal bertengkar lagi.Sebenarnya mereka ini sahabat baik.

"Dah,dah.Esok,pagi-pagi kita kena gerak jumpa Abang Zul.Jom balik hotel."ajak Daniel yang sudah bangun dari kerusi.

IMAN menggosok dagu.Dia menggaru-garu bahu yang sedikit gatal.Dia masih melayari blog yang sama seperti tadi.Masih menekuni cerita-cerita Abang Zul yang ditulis oleh penulis blog.Memang menarik sekali.

Dia memuat turun gambar-gambar penampakan ke telefon bimbitnya.Dia akan menunjuknya kepada Daniel dan Sophian apabila mereka balik ke bilik nanti.Kedinginan terasa kuat menggigit kulit selepas dia melihat gambar-gambar itu.Tidak dinafikan memang rupa makhluk itu aneh dan menyeramkan.

Suhu penghawa dingin diperlahankan.

SOPHIAN dan Daniel sudah balik ke bilik.Alisya dan Daniella juga begitu.Bilik mereka hanya bersebelahan sahaja.Semasa masuk ke bilik,Iman memanggil mereka untuk menunjukkan gambar-gambar itu.Benda bagus haruslah dikongsi bersama.

Bibir atas Daniel terjongket.Wajah yang dilihat di gambar memang menjelikkan.Wajah itukah yang akan mereka lihat esok?Harap-harap hijab mereka ditutup sekemasnya.Dia tidak ingin melihat makhluk-makhluk itu.

"Kita takkan nampak makhluk-makhluk ini esok.Abang Zul dah cakap yang kita takkan nampak.Sebab tu pantang larang kena jaga."kata Sophian.

Iman menggeleng-geleng seperti kesal.

"Rugilah kalau tak dapat tengok dengan mata kepala sendiri."

Sophian tersenyum mengejek.

"Jangan nak sombong.Nanti kalau nampak,aku rasa kau awal-awal dah pengsan."

Kata-kata Sophian membuatkan Daniel ketawa.Iman mencebik.

"Kau ingat aku penakut macam kau ke?Tengok kakilah bro!"

Perbualan itu berakhir di situ.Sophian malas mahu bertekak dengan Iman dengan lebih lama.Dia letih dan mahu tidur secepat mungkin.

Iman memandang rakan-rakannya dengan muka tidak puas hati.Si Sophian memang suka mengusiknya.Aku penakut?Heh!

JAM sudah menunjukkan pukul 5.00 pagi.Mereka semua sudah bangun untuk menunaikan solat subuh.Kira-kira pukul 9.00 pagi nanti mereka akan bergerak untuk bertemu dengan Abang Zul.

Alisya berdiri di balkoni sambil menghirup udara pagi.Pagi itu memang sejuk sehingga memaksanya memakai baju panas.Daniella pula sedang mandi di bilik air.Haruman sabun memenuhi segenap ruang bilik itu.

Alisya memandang kejauhan.Bandar Kuching memang cantik sekali.Pertama kali dia ke negeri ini.Tidak dinafikan memang cantik dan unik.Sama dengan apa yang dilihat dalam internet.Sudah lama dia ingin ke sini dan akhirnya impiannya tercapai.Apa yang menjadikan ia lebih bermakna bila dia dapat ke dunia ghaib bersama Sophian dan rakan-rakan yang lain kelak.

Telefon bimbitnya berbunyi-bunyi.Sophian yang menelefonnya.

"Buat apa tu?"tanya Sophian di hujung talian.

"Tak ada apa-apa.Kenapa?Dah ready nak gerak ke?"

"Kita turun makan dulu.Then kita gerak jumpa Abang Zul."

"Okey,jumpa lepas ni."

Talian dimatikan.Dia meninggalkan balkoni dan memeriksa jika Daniella sudah selesai mandi atau belum.Sahabat karibnya itu sedang bersiap di hadapan cermin dalam bilik mandi.Sedang mewarnakan bibirnya dengan gincu merah jambu.

"Dah siap?"soal Alisya dari muka pintu bilik mandi.

"Sikit lagi.Tolong ambilkan aku shawl kat atas katil tu."pinta Daniella.

Mereka berdua bergerak keluar selepas Daniella selesai memakai selendangnya.Mereka berdua bertemu dengan tiga lelaki itu di luar bilik dan beriringan turun ke bawah untuk ke kedai makan.Perut harus diisi sebelum ke dunia mistik.

Daniel menelefon Abang Zul pada pukul 8.30 pagi.Tempat mereka berjumpa dengan lelaki itu terletak tidak jauh dari tempat mereka berada.Jadi mereka akan melepak di situ sementara menanti kedatangan Abang Zul.

"Abang on the way.Semua dah siap ke?"

"Dah bang.Kita orang tengah sarapan sekarang.Kalau abang dah sampai,abang informlah kami,ya?"pinta Daniel.

"Okey.Jumpa kat sana nanti."ujar Abang Zul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience