Bab 6

Fantasy Completed 7320

Kelas 5 Putra senyap sunyi kerana semua pelajarnya sedang menyiapkan model soalan yang sama seperti soalan SPM bahasa Inggeris.

Cikgu subjek bahasa Inggeris mereka iaitu Miss Khadijah memberikan mereka masa selama satu jam untuk menyiapkan soalan tersebut tanpa berbincang.

Semasa Raihana hanya tinggal beberapa soalan sahaja lagi untuk siap, kedengaran suara rakan sekelasnya, Adam bersuara.

"Miss, dah rehat" katanya dari tempat duduk.

Setiap kali cikgu subjek sebelum rehat tidak perasan sudah tiba waktu rehat, pasti Adam lah yang akan mengingatkan cikgu tersebut kerana hanya dia sahaja yang berani.

Tambahan pula sekolah mereka sudah tidak menggunakan loceng yang menandakan waktu rehat.

Miss Khadijah yang sedang menanda karangan yang dihantar oleh mereka semalam mengangkat kepalanya dan memandang mereka satu kelas.

"Kalau ada yang tak siap lagi, please do it at home. We'll discuss the answers on the next class. Okey, you guys can go now for recess" kata Miss Khadijah dari meja guru.

Sesaat kemudian Affiq bangun dari kerusi untuk mengucapkan terima kasih kepada Miss Khadijah.

"Thank you Miss Khadijah" ucap Affiq dan diikuti oleh pelajar lain.

Raihana masih lagi tidak berganjak dari tempatnya. Dia terus menyiapkan soalan yang tinggal berbaki beberapa soalan.

Haq yang sudah siap mengemas barang-barang yang di atas meja bangun dari kerusi dan ingin pergi ke kantin.

"Kau tak rehat ke?" tanya Haq.

"Tengoklah dulu" jawab Raihana, ringkas.

Perhatiannya masih tertumpu kepada soalan bahasa Inggeris tersebut.

Haq hanya menggelengkan kepalanya perlahan melihat perangai Raihana yang jarang ke kantin.

Tanpa menghiraukan Raihana, dia berlalu pergi keluar dari kelas.

Selepas lima minit membuat latihan tersebut, Raihana sudah menyiapkannya.

Ketika dia sedang menyimpan latihan dan buku bahasa Inggeris ke dalam beg, tiba-tiba perutnya terasa lapar minta diisi.

"Laparnya. Pergi kantin sekejap lah" Raihana mengeluarkan beg dompet yang terletak di dalam beg sekolahnya dan bangun dari kerusi.
Sebelum keluar dari kelas, dia menutup suis kipas dan kemudian berlalu pergi.

Sewaktu Raihana sedang beratur untuk membeli makanan, secara kebetulan dia terjumpa dengan Haq yang baru selesai membeli makanan dan memegang sepinggan nasi goreng.

Haq terkejut melihat Raihana berada di kantin. Sangat jarang sehingga Haq merasakan dia melihat Raihana di kantin sebanyak hanya 3 kali sebulan.

"Reti pulak kau keluar dari kelas tu? Kalau tak asyik terperap je dalam kelas tak nak keluar" Haq menegur Raihana.

Raihana tersenyum mengejek mendengar teguran mesra daripada Haq. Melihatkan di tangan Haq ada nasi goreng, dia tahu apa yang perlu dia buat.

"Susah-susah je kau tolong belikan aku nasi goreng ni. Tak payah aku nak beratur lagi. Terima kasih banyak-banyak Haq" Raihana cepat-cepat mengambil pinggan nasi goreng itu daripada tangan Haq.

"Nanti aku bayar balik" laung Raihana sebelum dia berlalu pergi.

Haq tercengang seketika. Matanya terkebil-kebil melihat Raihana membawa lari nasi gorengnya.

Kalau ikutkan hatinya ingin sahaja dia menjerit memanggil Raihana tetapi mengenangkan di kantin itu ramai orang dia membatalkan niatnya.

"B*ng*ng betul Raihana ni. Punyalah jenuh aku beratur tadi, suka hati dia je ambik nasi goreng aku. Menyesal pulak aku tegur dia tadi. Tak pasal-pasal aku kena beli makanan lain. Siap lah kau Raihana. Ada ubi ada batas, ada hari aku balas" Haq hanya mampu melepaskan geramnya dalam hatinya sahaja.

Dia masuk semula ke dalam barisan untuk beratur membeli makanan yang baharu kerana makanan lamanya umpama ikan goreng yang dicuri oleh kucing.

•

"Mana perempuan ni? Lama dah aku tunggu" kata Haq, perlahan sambil matanya tidak lepas daripada memandang pintu masuk kelas.

Dia sedari tadi sedang menunggu Raihana pulang dari kantin untuk menuntut semula duit nasi gorengnya tetapi sehingga sekarang batang hidung Raihana pun dia masih tidak nampak.

Haq mengerling sekilas ke arah jam dinding kelas yang menunjukkan sudah 10 minit masa rehat berakhir.

Disebabkan letih menunggu, Haq membuka telefon pintarnya dan melayari aplikasi TikTok buat sementara waktu.

Tidak lama kemudian, tumpuannya terganggu apabila dia mendengar perbualan beberapa pelajar perempuan yang duduk tidak jauh daripada tempat dia.

"Wei, kau tahu tak duit kelas hilang masa rehat?" kata seorang pelajar perempuan.

Dua orang lagi kawannya kelihatan terkejut mendengar berita yang disampaikan itu.

Haq tidak berapa kisah sangat apabila mengetahui duit kelas hilang kerana dia tidak pernah lagi memberi duitnya.

Jadi dia hanya mendengar mereka berbual dengan rasa tidak berminat.

"Serius lah? Mana kau tahu?" tanya seorang lagi pelajar perempuan.

"Aku dengar daripada Zahra tadi mase aku terserempak dengan dia. Dia sempat cakap dekat aku yang mungkin Raihana yang curi" jawab pelajar yang membuka cerita itu tadi.

Kepala Haq yang menunduk kerana melihat telefon pintarnya terus diangkat apabila mendengar kata-kata pelajar itu.

Dia memandang ke arah kumpulan pelajar perempuan itu.

"Kau cakap apa tadi?" tanya Haq dengan suara yang kuat sambil berdiri.

Matanya memandang tepat ke arah pelajar perempuan yang mengatakan Raihana mencuri duit kelas.

Semua pelajar di dalam kelas itu tertumpu ke arah Haq. Mereka terkedu melihat tindakan Haq yang mengejut itu.

"Err, duit kelas hilang?" jawab pelajar tersebut secara teragak-agak. Jantungnya berdegup dengan laju apabila disoal secara tiba-tiba oleh Haq.

Satu kelas terperanjat saat mendengar kata-kata perempuan itu. Sah lah yang belum semua orang tahu akan berita itu.

"Bukan. Kau cakap Raihana apa tadi?" Haq masih bertanya dengan suara yang kuat dan serius. Wajahnya langsung tidak menunjukkan yang dia sedang bermain-main.

"Zahra cakap berkemungkinan Raihana yang curi duit tu"

Pelajar perempuan tersebut mengetap kuat bibirnya.

"Raihana dekat mana sekarang?"

Haq tidak percaya Raihana lakukan semua itu.

Walaupun sikap Raihana kadangkala menyakitkan hati, dia tahu Raihana bukan orang yang sebegitu.

"Dekat bilik disiplin rasanya" jawab pelajar tersebut. Dia juga tidak pasti dengan jawapannya.

Selepas mendengar jawapan pelajar itu, tanpa berlengah lagi Haq terus meluru keluar dari kelas dan berlari ke bilik disiplin.

Dia juga tidak kisah dengan mata-mata yang melihatnya berlari keluar kelas. Apa yang pasti ketika itu dia ingin meyakinkan cikgu bahawa Raihana tidak mencuri duit kelas.

terima kasih sebab sudi baca dan maaf atas kekurangan. SELAMAT HARI RAYA!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience