10. Niat Nak Confess

Fantasy Completed 7232

"Apakah ini?"pandang Taehyun dengan curiga kerana tingkah Hajoon.

"Apa dia?"dengan muka bingung Hajoon pandang Taehyun.

"Dua hari lepas kau ibarat seperti orang ditinggalkan kekasih, sekarang berseri seperti orang hendak berkahwin?Apa yang berlaku dalam satu malam?"

Staf penggambaran musik video berlegar-legar di sekitar kawasan penggambaran dari latar belakang. Ada yang berjalan membawa stand lampu, ada yang membawa peralatan kamera, ada juga yang membawa prop untuk set penggambaran. Kawasan bangunan terbiar itu kedengaran hiruk pikuk dengan suara orang bekerja sewaktu Hajoon dan Taehyun berehat selepas selesai menukar pakaian.

"Aku taktahu apa kau cakapkan.."nafi Hajoon membelek skrin telefon. Jarinya laju menaip pesanan selepas menghantar beberapa gambar selfie kepada Arona.

Ketika itu muncul Daehyun dari treler persalinan dengan set pakaian yang baru dan solekan yang berbeza. "Mengantuknya..."nguapnya semasa berdiri di sebelah Taehyun lalu merangkul lengan itu untuk bersandar padanya.

Taehyun kembali bertanya. "Hey, better kau jujur. Kau ada kekasih ya?"pandangnya ke Hajoon. Rakannya itu sejak tadi asyik dengan telefonnya aje. Habis shooting telefon, sedang make up pun telefon, makan telefon, berehat telefon, sampai kesudahnya telefon. Sibuk sungguh~!

"Mana ada.."jawab Hajoon mendatar.

Barulah Daehyun membuka mata kerana mendengar soalan cepumas itu. "Siapa ada kekasih?"sampuknya ingin tahu. "Ha-joon?"

"Mana ada...kenapa asyik cakap pasal tu?"Hajoon mengeluh letih kepada mereka berdua. Kalau ada pun bukan urusan mereka untuk tahu.

"Kalau macam tu dengan siapa kau mesej sepanjang masa ni?"Taehyun bertanya lagi. "Kau dah lupa ke pasal skandal kau bersama idol group Winter dari ESPA tu?Gara-gara skandal tu kita terpaksa hold concert kita.."

Hajoon menghantar lagi pesanan kepada Arona mengenai rancangan radio dia tidak lama lagi. Dia beritahu yang di rancangan radio itu mereka akan wawancara tentang kehidupan sebelum dia menjadi idol. Dan Arona balas gadis itu tidak berminat untuk dengar kerana sudah tahu apa jawapannya nanti. "Ianya kebetulan aje la. Waktu tu aku dengan Winter ada schedule sama lepas broadcast. Disebabkan kereta manager dia rosak, aku tumpangkan dia. Peminat aje yang buat spekulasi sendiri dengan sebarkan gambar aku dengan dia satu kereta yang aku drive tu.."

"Memang la. itu kata kau. Bukan peminat kau.."balas Taehyun menggeleng kepala.

"Aku nak tahu la. Apa yang buatkan kau begitu obses nak lakukan semua pekerjaan ni?"tiba-tiba Daehyun bertanya. "Idol kau jadi, model kau jadi, pelakon kau jadi, pengacara kau jadi...senang cerita semuanya engkau yang jadi...kenapa?"

Selesai menghantar chat pada Arona, Hajoon pun menurunkan tangannya ke bawah. Dia pandang akan dua orang rakan kumpulannya dengan riak tidak terkata. Kenapa soalan itu kedengaran seperti dia orang yang tamak?

"Aku dengar kau adalah anak kepada eksekutif syarikat termuka. Malah latar belakang kau boleh tahan jugak. Kenapa kau masih nak ceburi bidang ni sedangkan kau ada pilihan yang lebih baik?" tambah Daehyun lagi.

"Kenapa?Jelous?"soal Hajoon.

"Bukan jelous. Cuma hairan."tambah Taehyun. "

"Hmm..sebab aku nak impress seseorang."sengih Hajoon kemudiannya.

"Siapa?"Daehyun mengebilkan mata tertarik dengan kenyataan itu.

"Someone. Dia cakap dekat aku, kalau aku nakkan sesuatu. Aku kena bergantung pada kebolehan dan kemampuan aku sendiri. Bukan menggunakan pengaruh family aku. So...that's why."

"Tapi kenapa dalam bidang hiburan?"

"Faster money maker at early age."beritahu Hajoon.

Lalu muncul JiHo dan Seojoon menyertai mereka di luar treler itu. Masing-masing dengan muka bangun tidur. Hal ini kerana mereka telah buat penggambaran sejak awal semalam hingga keesokan harinya tanpa tidur dan berehat.

"So betul la kau ada kekasih?"soal Taehyun lagi.

"Siapa ada kekasih?"soal JiHo semasa bergerak di sisi Hajoon.

"Apa ni..apa ni?"dengan bingung Seojoon bertanya dalam keadaan mata belum terbuka sepenuhnya. "Siapa kekasih siapa?"

Daehyun ketawa.

"Aku tak ada kekasih...berapa kali aku nak beritahu."nafi Hajoon untuk kesekian kalinya.

"Habis tu siapa yang kau nak impress tu?"desak Taehyun.

"Apa ni?Cuba la cerita dari awal. Aku pun nak dengar jugak."desak JiHo.

"Hajoon ada skandal lagi?"bisik Seojoon dengan wajah dramatiknya. "Serius?Siapa?Artis ke pelakon?Ke model?"

Menjeling terus Hajoon ke Seojoon bila rakannya bertanya begitu. Memangnya muka dia muka ni muka playboy ke? Tanya soalan tu macam ramai aje skandal dia. Semua kontroversi tu adalah dari tabloid yang mahu mencari untung. Jadi mereka buat cerita selepas mengekori setiap gerak gerinya. Bukan dia yang mulakan.

"Tak ada apa-apa la."

"Mana adil macam tu.."rajuk JiHo.

Taehyun semakin ingin tahu. Memangnya siapalah orang yang Hajoon lindungi sangat sampaikan enggan memberitahu sesiapa mengenainya. Sampaikan Manager Gyu dan presiden management pun tidak berani membuka mulut sekalipun dia cuba bertanya.

"Siapapun kekasih Hajoon tu kita patut berterima kasih dekat dia la."kata Daehyun. "Sebabkan Hajoon nak impress dia la, gaji Hajoon semua bagi sama rata dekat kita semua...hehehe.."

Terus Seojoon meluku tepi kepala itu. "Itu aje la yang kau tahu."

Hajoon kembali memandang skrin setelah telefonnya bergetar menerima pesanan. Sekali tu dia tersengih sendiri setelah melihat gambar yang dihantar kepadanya. Dengan caption 'busy, so stop bothering'. Sibuk...sibuk pun masih sempat nak balas chat dia. Konon! Lantas dia membalas pesanan itu.

"Jumpa malam nanti."

Dan Arona balas dengan emoji funny face.

Hajoon tersengih lagi.

"Hei..lepas shooting nanti nak tak pergi ke kedai depan apartment kita tu?Daging bakar kedai tu sedap.."ajak TaeHyun.

"Sorry. Aku tak boleh join."potong Hajoon serta merta.

"Apa pulak kali ni?Kau kan jarang betul keluar dengan kita orang kan...setiap kali ajak keluar makan mesti menghilang."soal Seojoon.

Hajoon menghantar balasan dengan mengatakan mengenai janji temu dia bersama Arona di kawasan tempat persembahan bunga api malam nanti. Tak sabar betul dia hendak pergi. "Ada sesuatu yang aku perlu lakukan..."ujarnya.

"Apa perkara tu?Dating?"Taehyun bertanya lagi.

Ingin saja dia beritahu hal sebenar. Tapi tidak. Kalau dia beritahu mereka semua pasti akan cuba cari tahu tentang Arona. Dan dia enggan lelaki-lelaki ini mengenali Arona. "Kerja..."jawab Hajoon ringkas.

"Kerja apa?"tanya JiHo pula.

"Ada la..."Yang penting malam ni dia mahu melafazkan niatnya untuk jadikan Arona sebagai teman wanitanya. "Kau orang jangan risau. Aku takkan jejaskan reputasi XOS dengan urusan peribadi aku.."Hajoon beritahu dengan serius.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience