33. Calm Before Storm

Fantasy Completed 7232

Chirp!

Chirp!

Chirp!

Ciapan kicauan burung menghuni awal pagi itu. Cahaya matahari menerobos masuk melalui jendela berlangsir putih membajiri dengan sinar emas yang hangat langsung terus ke katil. Mengenai belakang badan kekar yang tidak berbaju separuh berselimut di situ. Tidak lama muncul tangan kurus dari tepi lalu melingkar ke sekeliling kepala di atas bantal itu pula.

Terkutik kerana cahaya terang di biliknya, Hajoon perlahan-lahan membuka mata sebelum disapa dengan leher hangat di hadapan mukanya. Sebelum berselisihan dengan bibir yang bersandar pada dahinya. Hairan dengan keadaan terang itu, dia gerak mencapai telefon yang tergeletak di sebelah bantal Arona berbaring. Dan bila dia lihat sudah masuk jam 9 pagi, keningnya berkerut.

Patut la terang benderang. Dah siang rupanya.

Rasanya macam baru beberapa minit yang lepas aje dia tidur, tiba-tiba aje dah pagi.

Dengan berhati-hati Hajoon berusaha untuk bergerak perlahan, dia tidak mahu mengganggu lena Arona. Dia duduk di tepi katil, memandang wajah lena Arona dengan renungan redup penuh kasih. Akhirnya selepas sekian lama menunggu, Hajoon merasa bersyukur kerana telahpun memiliki Arona di sisinya.

"Sweetie..." bisik Hajoon lembut sambil menyentuh rambut Arona, "Bangunlah, sayang. Mari kita sarapan bersama."

Arona menggerakkan sedikit kepalanya, mengeluh lembut. Dia membuka matanya perlahan-lahan, memandang Hajoon dengan senyuman lesu. "Pukul berapa sekarang?"suara serak akibat tidur yang tidak mencukupi kedengaran perlahan. Masih tidak berganjak dari kedudukan mengiringnya.

"9 something macam tu..."Hajoon tersenyum, merasa seronok melihat Arona bergelut hendak membuka mata."Kau nak brunch sekali atau breakfast dulu?"soalnya sambil memijat belakang leher itu.

Arona yang masih memejamkan mata langsung tiada niat hendak berganjak. Mengantuknya masih tersisa. Lagipun hari ni hari sabtu. Dia pun tiada apa-apa rancangan. Buat apa bangun awal. Tambah-tambah lagi, malam tadi dia tidur lewat.

"Aku tak tahu...aku cuma nak tidur lama sikit."gumam Arona sambil memeluk bantal rapat ke dada.

Hajoon mengangguk, tidak berkata lebih.

"Brunch la kalau macam tu. Kau tidur la dulu. Aku kejutkan bila makanan dah siap."beritahunya lalu mengucup tepi pipi itu sebelum dia bangkit dari katil dengan perlahan, cuba untuk tidak membuat bunyi yang boleh mengganggu tidur Arona. 

Namun, sebelum dia sempat hendak melakukan apa-apa, tiba-tiba telefonnya berdering di atas meja sebelah katil.

Dan setelah Hajoon mengambil telefon itu, melihat skrin yang menunjukkan adanya panggilan masuk. Terus muncul nama yang tertera pada skrin hingga membuatkan keningnya mencerlung kehairanan. Dah kenapa pulak manager dia call?Bukan ke hari ni tiada jadual untuknya memandangkan esok baru dia bertolak ke Brazil.

Dengan rasa keraguan, dia menjawab panggilan tersebut. "Hello, Manager Gyu. Ada apa?"

Suara Manager Gyu di hujung talian terdengar tegang dan tidak sabar. "Hajoon, kamu sudah bangun? Maaf, saya tahu kamu sudah beritahu kamu enggan diganggu. Tapi ini adalah hal penting."

"Memangnya hal penting apa sampai manager cemas macam ni?"

"Kita ada masalah besar."

Hajoon segera duduk di tepi katil semula, dia memperlahankan suara. "Masalah apa?"takkan la konsert mereka dibatalkan pula?

"Kamu tahu, ada artikel yang tersebar mengenai kamu."jelas Manager Gyu dengan nada cemasnya. "Kamu kata beberapa hari yang lepas kamu mahu keluar makan bersama dengan Arona di restoran jepun tu kan? Artikel tu ada gambar kamu malam tu. Artikel tu sekarang dah mula viral dan banyak media sudahpun mula melaporkan berita ini."

Hajoon terkejut. "Apa? Skandal? Apa yang terjadi sebenarnya?"macam mana boleh tertangkap pula?Kalau macam tu wajah Arona terdedah ke?!

Manager Gyu menjelaskan dengan lekas. "Menurut artikel itu, ianya mendakwa bahawa kamu berdua keluar dari restoran bergandingan tangan serta saling berpelukan di dalam sebuah restoran jepun dan gambar-gambar dari malam itu telah tersebar. Ini bukan sahaja boleh merosakkan reputasi kamu, tetapi menggugat keselamatan Arona juga. Kita perlu tanggani isu ni dengan segera."

Hajoon merasakan darahnya laju mengepam naik ke otak dek begitu keberangan. Perutnya memulas kuat akibat tertekan bila dengar mengenai gambar Arona bersamanya telah tersebar. Dia mengingat kembali malam tersebut—malam yang sepatutnya menjadi memori terindah buat mereka berdua tetapi akhirnya berakhir dengan kemunculan berita yang tidak diingini. 

"Adakah wajah Sweetie terdedah?"

"Sepertinya tidak, kerana sudut gambar yang diambil berfokuskan pada kamu sepenuhnya.Jadi buat masa sekarang identiti Arona masih secure dan selamat."

Fuh!Hela nafas pendek kelegaan lepas dari bibir. Reda sedikit rasa cemasnya. "Dari media mana yang memulakan skandal ni?"bisik Hajoon perlahan.

"Dispatch."

Tidak terkejut mendengarnya, Hajoon malah berdengus kecil kerana berasa lucu. Agaknya mereka semua benar-benar tidak boleh membiarkan dia hidup dengan aman.

Manager Gyu bersuara lagi dalam panggilan. "Hajoon, kita perlu segera mengaturkan kenyataan rasmi. Saya akan uruskan meeting bersama pasukan PR dan peguam untuk respons balas. Kamu perlu bersiap sedia untuk beri kenyataan kepada media. Selain itu pastikan Arona juga tahu mengenai perkara ini, supaya dia tidak terkejut dengan berita yang tersebar."

Berat nafas yang dihela. Hajoon perlahan-lahan mengangguk. "Baik. Saya faham. Saya akan maklumkan hal ni pada Arona. Terima kasih Manager Gyu."

Setelah panggilan diputuskan, Hajoon kembali menoleh ke Arona yang masih tertidur dengan nyenyak. Baru dia mengerti akan perasaan yang ditakuti Arona selama ini. Dia meraskaan tanggungjawab yang besar untuk melindungi Arona dari efek berita yang tidak diingin ini. Mahu tak mahu, dengan berat hati dia menyentuh lembut bahu Arona.

"Sweetie, sayang. Tolong bangun sekejap boleh?Ada sesuatu yang penting aku nak beritahu ni."

Perlahan-lahan Arona memaksa buka matanya, memandang Hajoon dengan kening berkerut kebingungan. "Ada apa ni?"tanyanya, suaranya masih samar-samar kerana baru bangun dari tidur.

Hajoon menarik nafas panjang, cuba menenangkan dirinya sebelum menjelaskan situasi yang mereka sedang hadapi."Sweetie, aku tahu apa yang kau akan dengar selepas ni mengejutkan kau, tapi aku nak kau bertenang dan percayakan aku okay?"

Semakin kebingungan Arona kerananya. Dia cuba memejam celiknya mata agar pandangannya menjadi jelas. "Kenapa kau cakap macam tu?Memangnya apa yang dah berlaku?"

"Kita ada masalah. Ada artikel yang tersebar tentang kita dan ia mungkin memberi kesan besar pada kita buat sementara waktu. Jadi aku nak ka bersedia untuk apa yang akan datang."

Arona duduk tegak, wajahnya berubah gerun. Rasa mengantuknya bertukar menjadi terror. "Apa dia?"mereka ketahuan?Tapi bagaimana?Bukan ke mereka sudahpun berselindung sebaik mungkin agar tidak tertangkap?"Kau tak apa-apa ke Hajoon?"soalnya begitu kerisauan.

Tersengih Hajoon. "Kenapa kau risaukan aku?Hal seperti ni perkara biasa untuk aku. Yang sepatutnya kau risaukan adalah diri kau sekarang.."

"Macam mana ni?Kau baru aje merancang untuk hadiri konsert. Kalau skandal ni timbul, macam mana dengan kerja kau?"semakin gelisah Arona kerananya.

Tersentuh dek reaksi Arona yang terus memikirkan hal diri dia bukan diri sendiri, Hajoon terus mendakap Arona ke dalam pelukanya. "It's okay Sweetie. Everything gonna be okay."mahkota kepala itu dikucup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience