Dengan riak tidak percaya dan perasaan dumbfounded, Arona pandang akan lelaki bertopi dan bertopeng mulut dihadapannya. Kalau bukan mereka berada di dalam kafe, memang sudah membebel jugak dia sekarang ni.
"Apa kau cakap tadi?"soalnya semula kerana apa yang didengarnya tadi.
"Aku nak kau jadi koordinator fesyen aku...apa saja kostum dan pakaian yang aku perlu kenakan, aku nak kau yang buat dan pelankannya untuk aku..."
Rasanya tadi dia tak silap makan ubat atau salah baring tapi kenapa telinga dia tiba-tiba aje bermasalah sampaikan dengar perkara yang tak masuk akal dari kawan baiknya ini. "Kenapa aku?Kau kan ada sponsorship dari pelbagai designer branded?Dan kau ada personal fashion advisor sendiri, kenapa aku?"
"Doesn't it the reason is obvious?Kau sendiri tahu yang aku lebih selesa dengan kau kan..dan kau faham aku lebih baik dari sesiapa."
"Hanya untuk sebab itu aje?"
"Yalah..."
"Untuk sebab itu aje kau nak menyusahkan hidup aku?Kau ingat sketching dan design tu perkara mudah ke?"macam nak siram aje orang depannya ini dengan frappe strawberi dia ni. Mata Arona naik turun tidak puas hati ke Hajoon.
"Aku dah beritahu tentang hal ni pada agensi. Dan mereka dah beri persetujuan. Jadi kau jangan risau, segala pembayaran akan diberikan pada kau selepas semua kostum yang kau hasilkan tu siap..."
"Ini bukan soal duit Hajoon...kau dengar tak apa aku cakap tadi?"sikap menjengkelkan Hajoon ni kan kadang-kadang buatkan dia persoalkan pilihan hidupnya untuk menyukai lelaki ini sehingga sekarang tau. Arona memejam mata seketika cuba hendak mengawal perasaan marah.
"Jadi kau kena ke agensi nanti untuk urusan rasmi."
Dengan laju Arona membuka mata semula. Aih!
"Dia ni kan-"Arona baru hendak membalas namun tidak jadi selepas sedar yang dia takkan menang bila berurusan dengan si bratty dihadapannya ini. Disebabkan Hajoon dilahirkan dalam keluarga silver spoon, maka Hajoon sudah biasa dengan konsep 'segala kehendak dipenuhi tidak kira apa sekalipun yang berlaku', jadi dia tahu apa akan berlaku sekiranya menidakkan keinginan Hajoon yang satu ini.
"Dan aku nak kau kenakan mask dan lindungkan sikit identiti kau supaya tidak dikenali sesiapa bila ke agensi tu nanti."sambung Hajoon lagi.
Berasa begitu tidak terkata, Arona hanya mampu bersandar di kerusi melemparkan pandangan ke arah lain tanpa mengatakan apa-apa lagi. Terserah la situ!
END OF FLASHBACK
Di Diamond Agency Company,
Suasana tingkat bangunan pejabat Diamond sibuk awal pagi itu dengan kehadiran para pereka fesyen yang bertugas menghasilkan kostum persembahan buat artis boy group mereka iaitu XOS. Terdapat tiga pereka fesyen dikehendaki menyediakan set pakaian buat kelima-lima ahli band tersebut. Mana pereka fesyen yang berjaya memenuhi konsep dan syarat sahaja yang akan dipilih pada akhir keputusan. Namun begitu terdapat seorang saja pereka fesyen yang terkecuali dalam sesi pemilihan ketat ini kerana pass awal yang diterima.
"Hello...selamat pagi semua."tunduk Arona sebaik masuk ke dalam ruangan fitting show dimana sebuah meja tergeletak di hujung ruangan sementara mannequin putih tersusun lurus di hujung sebelah lagi.
"Hai Ji Eun...apa khabar.."
"Selamat pagi.."
"Hello!"
Sapa setiap staf di situ dengan mesra saat bangun dari duduk masing-masing.
"Maaf ya sebab suruh awak ke sini seawal pagi ni.."beritahu Cik Ji-An.
"Tak apa. Saya faham."Arona tersenyum nipis dari balik topeng mulut. Dia sedaya upaya cuba untuk kedengaran mesra memandangkan wajah dan senyumannya tak dapat dilihat.
Dan ketika itu muncul tiga orang staf lelaki dan perempuan bersama pakaian yang ditutup dengan alas pelindung kelabu. Mereka masing-masing gerak ke deretan mannequin di situ.
"Saya dengar Hajoon dah pun lihat pakaian ni.."tanya Encik Beom Seok, pengarah persembahan.
"Ya...tapi saya kena juga rujuk pihak agensi untuk confirmation."beritahu Arona sewaktu pakaiannya sedang di setting oleh tiga orang staf tadi ke badan mannequin. "Risau pulak tak seragam dengan konsep dan theme ahli band yang lain."
Mereka semua sudah mengenali Arona sejak empat tahun yang lalu. Dan gadis ini di rumorkan mempunyai hubungan istimewa dengan artis A-list mereka. Hubungan apa?Tiada kepastian. Namun begitu walaupun sudah lama Arona keluar masuk agensi ini, tidak pernah sekali mereka melihat wajah Arona yang sebenar. Hal ini sejak kali pertama bertemu sehingga sekarang, Arona sering menyembunyikan wajah dari balik pakaian berhoodie, topi dan topeng di wajah itu.
Apa yang mereka tahu, nama Arona . Han Ji-Eun dan pereka fesyen underground brandless tetapi amat digemari oleh ramai orang. Selebihnya tidak dibekalkan maklumat oleh sesiapa.
"No wonder la kenapa Hajoon suka memilih design Cik Ji Eun kita ni...lihat aje la..reka bentuk saja sudah menarik, warna juga cantik..."puji Cik Nari sewaktu memeriksa helaian kertas yang terdapat lakaran dan reka bentuk pakaian Arona.
"Pernah Cik JiEun merancang untuk bekerja dalam mana-mana syarikat atau agensi?"Cik Ji An berdiri di hadapan tiga orang staf yang sedang sibuk mengenakan pakaian buatan tangan Arona ke badan mannequin.
"Belum lagi..."pandang Arona ikut memerhati staf-staf tersebut bekerja. "Mungkin selepas masuk semester akhir nanti.."tambahnya kemudian. "Baru saya fikirkannya."
"Hmm...kalau berminat, apa kata awak apply di syarikat kami.."
"Betul tu...dengan kemahiran kamu, kami tidak la perlu runsing untuk mencari koordinator yang tepat dengan citarasa Hajoon nanti."
"Saya akan pertimbangkannya. Terima kasih untuk tawaran itu."tunduk Arona kecil. Dia tersenyum namun bersedih. Bukan dia tidak mahu, tapi kalau dia bekerja di syarikat yang sama dimana Hajoon berada, hati dia mungkin takkan mampu untuk tanggung rasa cemburu setiap kali melihat Hajoon berada rapat dengan artis wanita lain nanti. Itu alasan kenapa dari awal dia enggan terima permintaan Hajoon ini. Tapi itulah,mana la Hajoon kisah untuk ambil tahu mengenainya.
Dua jam kemudian meeting tersebut pun selesai. Arona keluar dari bilik tersebut sambil tunduk membaca pesanan yang diterima melalui kakaotalk.
Pesanan dari Hajoon memberitahu keberadaan lelaki itu di mana.
Gembira yang bukan kepalang kerana dapat bertemu semula dengan Hajoon selepas kejadian semalam, Arona terus atur langkahnya keluar dari situ.
Kenapa dia teruja?
Sebab Hajoon janji ingin keluar makan bersamanya memandangkan temu janji mereka tempoh hari terbatal kerana situasi yang tak dapat dielakkan.
Share this novel