Poke!
Jarum peniti tertusuk pada hujung jari.
Terkejut dek rasa sakit dari jarum itu, Arona lekas membawa jari ke mulut lalu dihisap luka berdarahnya itu. Tapi sekejap aje la. Dia dah terbiasa dengan luka dari jarum peniti ni setiap kali nak menjahit pakaian.
Rasanya dah beribu kali hujung jari jemari dia jadi mangsa tusukan jarum peniti selama ini.
"Sweetie...lama lagi ke?"tegur orang di kerusi menghadap mannequin dimana Arona sedang berdiri.
Ugh! There's it goes again!
Well... sebenarnya bukan jarum peniti Arona aje yang menjengkelkan dia, tapi lelaki yang sedang duduk di kerusi menghadap Arona sejak tadi pun sama jugak.
Dari awal sampai ke bengkel menjahit itu sehinggalah sejam berlalu, soalan sama aje yang diajukan pada Arona.
Serius beritahu!Dinding kesabaran dia semakin menipis sejak kehadiran kawan baik sejak sekolah menengah rendah a.k.a crush lima tahun dia ini datang mengganggu konsentrasi dia!
"Jom la makan tengah hari dengan aku.."
Arona terus menurunkan tangan ke bawah. Kerja setting kain pada mannequin dia terhenti.
"Kau ni tak ada keja ke?Free sangat masa kau tu sampai buang masa dekat sini?"
"Sebab aku free la aku ajak kau makan dengan aku."
"Dan kenapa aku kena makan tengah hari dengan kau? Tak nampak aku busy?"
"Sweetie...dah dua minggu kita tak jumpa. Kau tak rindu aku ke?"
Isy!Lelaki ni kan...cakap tu kan suka tau main lepas!Tak sedar ke diri tu siapa sampai berani-berani cakap macam tu pada orang?Berketik rahang Arona memerhatikan tingkah selebriti terkenal di depan ya ini.
Ya!Bukan nak exaggerating. But true fact bahawasanya, rakan baik a.k.a crush dia ni adalah seorang pelakon, model, pengacara dan selebriti terkenal di Korea. Kim Ha-Joon. 25 tahun. Kalau dah terkenal tu faham-faham aje la ya situasinya macam mana.
Sebab itu dengan mudah lelaki ini memanggil Arona sebagai Sweetie. Ramai-ramai kenalan Arona, hanya Ha-joon sahaja yang memanggilnya begitu. Kebanyakannya memanggil Arona sebagai Rona.
Arona berkawan dengan Kim Ha-joon sejak lelaki itu masih seorang anak orang kaya biasa. Lepas masuk usia 18 tahun. Kim Ha-joon telah direkrut menjadi model. Dari situ populariti lelaki itu mula berkembang dan sehingga la kini.
Disebabkan status kawan baiknya ini jugalah, kehidupan Arona berubah. Kalau dulu mereka hang out tempat terbuka, kini hanya di rumah Kim Ha-joon atau di agensi lelaki itu sahaja. Itupun kena cover bagi clear baru boleh jumpa. Kalau tidak identiti Arona akan terdedah.
Bukan apa, Ha-joon ni kaki scandal. Lelaki ini selalu aje terlibat dengan scandal dengan pelakon wanita itu la, kpop artis itu la...ini la. Tambahan pula fanbase Kim Ha-joon ni bukan kaleng-kaleng obsese mereka. Sampaikan mereka yang terlibat dengan scandal tu dapat masalah dari peminat Ha-joon sendiri. Untuk elakkan hal sama berlaku, Arona sebolehnya nak kurangkan contact dengan Ha-joon supaya lelaki itu tidak terlibat dengan scandal lagi.
Tapi...itulah.
Berurusan dengan lelaki bernama Kim Ha-joon ni ibarat berurusan dengan tembok batu. Sudahlah tak faham bahasa, degil pulak tu. Siapa aje yang tak naik tekanan darahnya bila menghadap.
"Kau tahu tak...aku bersungguh kosongkan schedule aku semata nak jumpa kau hari ni?"
"Oh really?Dan kau tahu tak baru semalam scandal kau dengan Kim So Hyun keluar dekat dalam artikel?Pastu kau sibuk nak ajak aku keluar. Cari pasal namanya tu."
Kim Ha-joon mengerang sambil hentak kaki tak puas hati ke lantai. "Bukan aku aje dekat restoran malam tu. Krew produksi dengan pelakon lain pun ada sekali." jelasnya. "Paparazi ambik gambar aku dengan Kim So Hyun kebetulan masa tu kita orang keluar sama-sama dari restoran tu.."
"Aku tak tanya pun apa hubungan kau dengan dia.."
"Tapi aku nak beritahu kau jugak."
Arona buat muka menyampah. Iya-iya la tu tak ada apa-apa. Dulu ya la dia akan menangis dan frust yang amat sangat lepas dapat tahu crush dia ni ada scandal dengan perempuan lain. Tapi sekarang, bila dah bertahun-tahun berlalu dan sudah banyak kali hal ni terjadi, Arona sudah lali. Nak menangis pun air mata taknak turun dah.
Ah!Tak kuasa la nak menghadap. Buat sakit hati aje buat apa! "Baik kau pergi. Sebelum kawan-kawan kuliah aku masuk bengkel ni. Kalau dia orang tahu kau dekat sini, tak ke haru biru keadaan nanti."halau Arona kembali menyambung kerjanya semula.
Kim Ha-Joon bangun dari kerusi. Dia dekati Arona lalu peluk Arona dari belakang. Tangannya melingkar kesekeliling bahu dan hadapan dada itu.
"Jangan la buat aku macam ni Sweetie. Tak kesian ke dekat aku? Manager aku marah, agensi aku marah, peminat aku marah...takkan la kau pun nak marahkan aku." keluhnya sambil tunduk ke atas bahu kiri Arona.
Dengan muka berserahnya, Arona sekadar berdiri di situ bersama keluhan panjang lepas dari hidung.
"Makan la tengah hari dengan aku kali ni. Sebab mulai esok sampai la hujung bulan ni aku busy sebab keluar masuk luar negara untuk shooting drama aku. Nanti aku tak boleh jumpa dengan kau."
Arona membuat muka mengalah.
Hairan betul. Kenapa Ha-joon suka buat perangai macam kekasih yang ditinggalkan?Bukan ke sepatutnya dia yang berasa begitu sebab dia yang ada perasaan pada Ha-joon selama ini? "Kenapa kau kisah sangat kalau tak jumpa aku?Bukan ke dulu kau beria cakap, kau tak suka aku?"
Ha-joon di atas bahu Arona ketika melepaskan dengusan kesal. Dia mengeratkan pelukannya. Memang la dulu dia cakap begitu. Sebab waktu itu dia tak kenal lagi apa itu cinta. Dulu kan masih budak-budak lagi. Bila dah dewasa ni, barulah dia sedar diri.
"Kalau aku cakap aku sukakan kau, kau terima tak aku?"barulah Kim Ha-joon angkat kepala dari bahu Arona. Kemudian dia sandarkan kepalanya di situ untuk memandang wajah cantik Arona.
"Jangan nak mengada-ngada. Sudah. Lepaskan aku. Aku ada kerja nak buat!"getus Arona dengan kedua belah telinga memerah. Dia begitu terpegun dengan ucapan ringkas Ha-joon tadi. Tapi tak ditunjuk sebab enggan kelihatan beria sangat depan lelaki itu.
Bukan sekali dua dia dengar Ha-joon cakap macam ni. Banyak kali dah sebenarnya. Malah Ha-joon pernah mengajak dia untuk menjadi kekasih lelaki ini. Tapi dia menolaknya sebab takut kalau dia terima dan hubungan mereka akan putus ditengah jalan lalu selepas putus itu mereka takkan dapat berkawan lagi. Arona taknak. Dia sayangkan hubungan mereka lebih dari dia cintakan Ha-joon.
Jadi sekiranya dengan menjadi sahabat Ha-joon boleh buatkan dia bersama dengan lelaki ini sampai bila-bila, Arona tidak kisah sekalipun dia terpaksa pendam rasa suka dia pada Ha-joon.
"Taknak!"Ha-joon mendakap Arona lebih erat sambil membenamkan wajahnya di belakang bahu Arona. Sudah berkali-kali dia lafazkan kata sukanya pada Arona. Namun sekalipun Arona enggan membalas perasaan sukanya ini. Kenapa?Ramai orang diluar sana menyukai dirinya, sampaikan ada peminat mahu mengahwini dia, kenapa tidak Arona!?Menyedihkan betul la semua ni.
"Ughh! Kenapa kau ni degil sangat!" Arona cuba leraikan tangan Ha-joon dari dadanya tapi lelaki itu malah mengeraskan lagi kedudukan tangan itu.
"Aku cakap aku sukakan kau, kau tak percaya. Aku ajak kau bercinta kau taknak. Memangnya aku ni tak penting lagi untuk kau ke?"rengek Ha-joon di balik bahu itu.
Alahai!Lemah betul la. Arona terus menekap dahi tak percaya. Ikutkan hati dia dah menurut kehendak Ha-joon ni. Bukannya dia tak percaya. Dia cuma takut aje! Ingat mencintai seorang selebriti terkenal seperti Kim Ha-joon ni perkara mudah ke!?
Banyak makan hati tau.
Itu belum lagi pasal scandalnya, kiss scene dalam dramanya, love scene dan fan service yang banyak terpapar di kaca tv serta media tentang Kim Ha-joon dengan artis wanita lain lagi. Nak berjumpa pun kena sorok-sorok macam apa. Nak hang out pun jarang-jarang sebab jadual Ha-joon padat.
Jadi, Arona takut kalau hati dia tak kuat sekiranya dia terima perasaan suka Ha-joon nanti. Yalah... perempuan mana yang tak patah hati bila tengok lelaki yang disukai mesra dengan perempuan lain walaupun ianya hanya berlandaskan sebagai kerja semata!
"Fine. Aku makan tengah hari dengan kau. Puas hati sekarang?" nak tak nak Arona terpaksa akur. Sebab dia risau kalau dibiarkan lama Ha-joon dalam bengkel ni, rakan-rakan kuliah dia yang sekarang sedang makan tengah hari akan pulang dan masuk ke situ. Kalau Ha-joon ketahuan, mahunya pelbagai gosip akan tersebar mengenai dia bersama Ha-joon. Kan masalah namanya tu!
Pantas kepala Kim Ha-joon tegak dari bahu Arona. Dia terus berdiri di hadapan Arona.
"Really?!"
"Ya...dah cepat. Pakai mask dengan topi kau tu betul-betul. Jangan sampai ada yang tahu kau ke sini."gerutu Arona dengan riak cemberutnya.
Dengan riang, Ha-joon capai topi dan mask untuk dipakai. Setelah itu dia capai pula beg Arona sebelum menggengam tangan Arona.
"Jom. Aku drive sendiri hari ni."ajaknya.
"Happy sangat aku makan dengan kau?"
"Hahaha...lebih dari tu!"riang suara tawa Ha-joon semasa beritahu. Menampakkan lekukan indah di kedua belah pipinya.
Lantas Arona pun mengekori langkah Ha-joon tanpa membantah. Dia di sisi lelaki lampai itu hanya diam memerhati tepi wajah kacak itu dengan hati yang berbunga.
Share this novel