08. Fireworks Date

Fantasy Completed 7232

"Kau dah datang?"

"Dah lama ke kau tertidur?"rasa bersalah kerana membuatkan Arona tunggu di sini sendirian, Ha-joon bercakung di tepi bean beg menghadap gadis itu.Akhirnya dapat juga dia lihat wajah yang dirinduinya ini.

"Hm...15 ke 20 minit macam tu?"Arona melihat jam di dinding sambil tu. Niatnya cuma mahu duduk berehat aje. Tak sedar pula dia boleh terlelap sekali. Mungkin kerana terlalu penat agaknya. Mata yang berat digosok perlahan.

"Sorry.."ucap Ha-joon berkerut kening susah hati. Matanya kelihatan berkaca saat melihatkan keadaan letih Arona. "Kau mesti penat kan.."Penat menunggu dirinya untuk bertemu, tapi gagal.

Arona berdengus kecil. "Aku tak tahu la berapa kali aku perlu dengar perkataan maaf tu..."sengihnya berasa lucu melihat rupa bersalah Ha-joon. Ini sekejap lagi menangis la ni kalau dah buat muka kasihan begini. Bukannya dia tidak kenal sikap cengeng Ha-joon ni. Nampak aje tough sedangkan hati tisu. Mudah menangis hanya untuk perkara kecil.

"Aku betul..betul...betul minta maaf Sweetie. "

"Ya..ya..aku tahu."

"Aku call kau seharian ni. Tapi kenapa kau tak jawab sekalipun?"

"Memangnya kau ingat kau seorang aje yang sibuk ke Encik Kim Ha-joon. Aku pun ada kerja yang nak dibuat."Arona tunding jari ke arah mannequin. "Itu...aku sibuk dengan pakaian yang kau nak aku siapkan tu..."

"Bukan sebab kau marah aku?"

Memangnya dia ada hak ke nak marah?Arona duduk tegak dari sandarnya di bean bag itu. Menyondong sedikit sebelum merehatkan dagu atas kedua belah lutut. Sebagai idol dan selebriti kesibukkan itu normal buat Ha-joon. Dia ni bukan sesiapa buat Ha-joon tiada hak untuk pertikaikannya."Kau datang sini...tak ada yang ikut ke?"dalihnya enggan menjawab soalan itu.

"Hah?"

"Tak ada la. Kau ke sini sendiri atau Manager Gyu yang drive kau ke sini?"

"Aku drive sendiri."

"Mana Manager Gyu?"

"Dia temankan yang lain keluar makan untuk meraikan kemenangan XOS hari ni.."

"XOS menang lagi?Wahh...laku keras ya group kau kali ni.."sengih Arona setelah fikirannya terimbau kembali akan perbualan dia bersama Ha-joon lama dulu. Siapa sangka kata-kata dia menjadi kenyataan. Dari gurauan menjadi realiti. Dia taktahu pulak yang Ha-joon benar-benar menjadi idol. "Seronok ke jadi idol ni?"

"Kalau kau seronok tengok aku jadi idol la...."kecil saja suara Ha-joon semasa dia jawab.

"Hah?Apa dia?"tapi Arona tidak dengarnya."Kau cakap apa?"

"Tak ada apa-apa."

"Cakap tu biar kuat sikit. Aku ni tengah mamai. Kau cakap perlahan-lahan macam tu memang takkan dengar."sambil tu Arona mengurut bahunya yang sengal. "Ugh, dah lewat ni. Aku pun dah penat. Kau tak ada apa-apa lagi kan?Kalau macam tu aku nak balik dulu."

Tersentak Ha-joon. Dia pandang berharap pada Arona sewaktu gadis itu sudah berdiri. Dah nak balik ke?Dia baru aje sampai.

"Sekejap."

Arona kembali duduk. Dia pandang dengan kening berkerut. "Ada apa lagi?"

"Kau dah tak marahkan aku lagi kan?Kita dah okay kan?"Ha-joon cubit hujung lengan kardigen Arona. "Lepas ni aku boleh call kau macam biasa kan?"dia tak suka berterusan perang dingin dengan Arona begini. Sebabnya dia cuma ada Arona saja yang mengangap dirinya sebagai Kim Ha-joon. Bukan sebagai seorang artis atau selebriti. Kalau Arona menjauh dari dia,hidupnya berasa seakan kosong. Hanya Arona saja yang buatkan dia berasa normal setiap kali bersama. Dia tidak perlu lagi bersikap plastik dan berpura-pura sekiranya ada dengan Arona.

"Kalau aku kata tak boleh, kau nak buat apa?"

"Jangan la cakap macam tu..."rengek Ha-joon menggoyangkan lengan yang kardigen dia cubitkan.

"Memangnya kau tak ada kawan lain ke nak berkepit selain aku?"

"Kau rasa?"

Bukannya tak ada. Cuma Ha-joon ni selalu memilih. Dan susah hendak mesra dengan orang lain. Kalau ada pun, ianya mengambil masa untuk Ha-joon biasakan diri. "Fine. Kau boleh call aku."acuh tak acuh aje Arona jawab. Mujur la comel. Tak ada lah dia sampai hati nak biarkan Ha-joon bersedih lama-lama.

"Kau serius?"senyum Ha-joon selepas itu.

"Ya."

"Kalau macam tu, nanti temankan aku tengok persembahan bunga api bersama nak?"jadi bersemangat terus wajah mendung Ha-joon tadi. Riak hendak menangisnya juga memudar. Bertukar menjadi ceria sebaik mendengar jawapan Arona.

"Persembahan bunga api?"

"Mm."senyum Ha-joon melebar.

Untuk seketika Arona berfikir. Tak apa ke mereka keluar berdua? "Kita berdua aje?"

"Yup."

"Tak apa ke?"

"Tak apa. Lagipun masa tu kan ramai orang. Malam lagi tu. Tak adanya orang lain sempat nak tengok aku keluar dengan kau. Kau setuju ya."

"Okay kalau kau dah cakap macam tu."angguk Arona masih teragak-agak sama ada boleh atau tidak untuk Ha-joon keluar ke umum begitu saja. Yalah. Ha-joon ni public figure. Jadi sudah jelas la lelaki ini mudah dicam apalagi dikenali ramai. Macam mana kalau ada paparazi atau peminat yang mengesan kehadiran Ha-joon malam tu nanti?Selamat ke untuk Ha-joon nanti.

"Terima kasih Sweetie."tanpa amaran Ha-joon terus mendakap Arona dengan erat di bean beg itu.

Arona balas pelukan itu dengan riak tidak pastinya. Harap-harap betul la keputusan dia untuk menemani Ha-joon lihat persembahan bunga api itu nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience