24. Surprise Driver

Fantasy Completed 7232

Laman Kampus Fashion  Design

HONN!!

Bunyi hon kereta menyentak Arona sewaktu dia sedang berjalan sambil membalas pesanan dari Hajoon. Gadis itu mengangkat kepalanya untuk memandang siapa yang menghon kereta tadi. Sekali bila dia pandang, sebuah kereta hitam dengan cermin tinted terparkir betul-betul di hadapan laluan kampus.

Disebabkan kereta asing dihadapannya tidak dikenali Arona menjadi awas sendiri.

Siapa pulak ni?

Arona pandang seketika dengan kening berkerut. Sekali tu bunyi notification masuk pula kedengaran. Membuatkan Arona kembali tunduk memandang skrin telefon. Ada pesanan balas dari Hajoon. Dia pun membacanya.

"Get in... I'm your driver today." itu pesanan Hajoon.

Sambil tersengih Arona terus gerak ke kereta hitam tadi. Dan bila dia masuk ke dalam, satu beg kecil berisi hadiah dan jambangan bunga sudahpun tersedia atas seat kereta.

OH!

"Apa ni?" senyum Arona dari telinga ke telinga. Berbahang panas leher dan telinga dia ketika itu ekoran terlalu gembira.
Kejutan apa pula ni?

"Untuk kau..." beritahu Hajoon. Lelaki itu tidak mengenakan topeng muka sewaktu merehatkan kepalanya di stereng kereta memandang Arona. Senyuman senang terukir di bibirnya.

Sebaik saja Arona mencapai hadiah dan bunga itu, dia duduk lalu tutup pintu kereta. Mata masih tidak berhenti dari memandang bunga dalam pelukannya.

"Hahaha... Kenapa? Ada special event ke hari ni? Seingat aku hari ni bukan birthday aku atau anniversary apa-apa?" Dia tunduk menghidu bau bunga itu.

"Hadiah tak semestinya diberikan pada hari tertentu... Kau sukakan ya?"

Of course la. "Mm. Suka. Terima kasih." ucap Arona tidak berhenti dari tersenyum. Bahagia betul dia kalau hari-hari Hajoon meluangkan masa bersama dia seperti ini.

"Terima kasih aje ke?"

Sambil tersenyum Arona alihkan matanya dari jambangan bunga ke wajah Hajoon.

"Kau nakkan apa-apa ke?"

Sambil bersandar pada stereng kereta bersama tangan sebagai alas, Hajoon tersengih-sengih.

"Kau tahu apa yang aku mahukan."

"Apa?"

"Kiss."

Terus jatuh senyuman Arona. Itu aje la tahunya. "Jangan nak bergurau boleh tak? Kita dekat luar ni, macam mana kalau ada yang nampak?"

"Sebab itu aku guna kereta hitam ni. Cermin tinted ni hanya kita aje boleh nampak apa yang berlaku dekat luar, orang dari luar tak nampak dalam kereta ni." sengih Hajoon. "Cepat..."

Patut la dia baru nampak kereta ni. Ingatkan kereta siapa tadi. "Pandai la kau. Berikan aku hadiah lepas tu minta balasan."

"Bukan balasan, tapi penghargaan Sweetie... Okay...penghargaan. Ada beza dekat situ. Sini..." Hajoon menyondong ke tepi, ingin mendapatkan Arona.

"You sneaky snake..." ucap Arona sambil mengecilkan mata ketika memandang Hajoon.

Sambil ketawa kecil, Hajoon melingkarkan tangan ke sekeliling belakang bahu Arona. "Sekarang...boleh kau jadi teman wanita aku?"

"Bukan sekarang.."

Hajoon melepaskan keluhan panjang. "Damn...kenapa susah sangat nak buatkan kau jadi milik aku ni. Nampaknya aku kena try lagi untuk buatkan kau jatuh cinta pada aku lebih lagi." rungutnya dengan manja sewaktu merehatkan kepalanya di leher Arona. Semakin lama menunggu, semakin bertambah resah yang dirasai

Arona berdengus kecil kerana lucu dengan ucapan itu. Tak payah susah-susah nak buat dia jatuh cinta, sebab sudah enam tahun dia mencintai Hajoon secara rahsia.

"Tengok keadaan dulu. Okay.."

"Fine..." Perlahan-lahan Hajoon menjarakkan diri dari Arona. "Mana phone kau?" soalnya selepas itu.

"Nah.." serah Arona tanpa berlengah. "Tapi... Kau tak ada schedule hari ni sampai sempat nak jemput aku?"

Sambil dia ambil telefon dari Arona, sambil tu dia beritahu. "Ada...tapi aku tukar sebab parents aku nak jumpa aku hari ni. Jadi aku free sepanjang hari ni." Hajoon meletakkan jambangan bunga di bawah seat Arona lalu meletakkan beg hadiah di tepi kaki Arona. "Kebetulan aku dalam perjalanan nak ke rumah mereka, itu aku nak bawa kau sekali bersama. Itu aku chat kau tadi.."

Arona memerhatikan pergerakkan Hajoon melakukan itu dan ini dengan bingung. "Ibu dan ayah kau dah pulang dari Kanada?"

"Bukan balik terus, tapi saja melawat anak tunggal dia orang ni...itu yang aku boleh hantar dan jemput kau balik."berpuas hati dengan setting dia, Hajoon capai tangan Arona lalu digenggam celah jari jemarinya.

"Oh...patut la kau beria sangat."pandang Arona akan tangan yang dicengkam Hajoon. Apa aje la Hajoon cuba hendak lakukan sejak tadi ni?

"Mereka cuma singgah ke Korea sekejap sebelum flight ke Switzerland. Dah lama kau tak jumpa mereka kan, lawat la sekali nanti."beritahu Hajoon sambil menalakan kamera pada tangan mereka itu.

CLICK!

CLICK!

Beberapa gambar di ambil menggunakan telefon Arona oleh Hajoon.

"Sekarang ke?"

Hajoon membuat Ig story menggunakan gambar yang di ambil tadi melalui akaun Arona.  "Kita singgah sekejap ke mart, beli buah tangan sikit sebelum singgah ke rumah aku nanti."beritahunya sambil itu.

Arona mengangguk. Beg tadi dia capai lalu memeriksa isi kandungan beg itu. Apa yang Hajoon berikan pada dia? "Perfume ke ni?"produk Celine itu di keluarkan dari kotak packaging.

"Gincu."selesai update story Ig, Hajoon meletakkan telefon Arona atas riba gadis itu lalu menghidupkan enjin kereta. Memandangkan dia sudah selesai masa untuk main event pula. "Pakai seatbelt Sweetie."pesannya sebelum mula memandu keluar dari laman kampus tersebut.

Dan pada masa Arona mengenakan seatbelt, kereta yang dipandu Hajoon itu melewati laluan pejalan kaki. DanJinhyuk ketika lelaki itu dengan kebetulannya telah menyaksikan Arona menaiki kereta tersebut awal sebelum  itu berada di laluan pejalan kaki yang sama.

Beredar saja kereta itu dihadapannya, Jinhyuk pandang dengan renungan curiga dan ingin tahu apabila kenderaan tersebut menjauh.

Jinhyuk yakin dia tidak salah lihat bahawa memang ada lelaki dalam kereta itu walaupun cermin tersebut tinted.

Ding!

Ding!

Bunyi notification  masuk.

Jinhyuk  bawa telefon naik ke muka. Bila dia  check, Arona telah update ig story sekali lagi. Dan isinya membuatkan Jinhyuk sakit hati selepas lihat. Sakit hati pagi tadi pun belum hilang ditambah lagi.

"Sebab ini ke kau reject aku?"bisiknya perlahan sewaktu merenung skrin telefon dengan geram. Rasa macam tak percaya aje. Bertahun dia kejar cinta Arona, sebaliknya lelaki lain yang mencaras tempat dia terlebih dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience