"Rona..."suara lelaki memanggil dari belakang.
Arona yang sedang berdiri dihadapan mesin air pantas memalingkan kepala. Beberapa meter dari situ beraraknya seorang lelaki lampai menuju ke arahnya. "Ohh..Senior Jinhyuk. Hello..."sapanya memberi tundukkan kecil kepada lelaki beza satu semester dia walaupun mereka seusia.
Dengan ceria lelaki dari Jabatan Seni Model dan Creative itu berdiri di samping Arona. Kedua belah tangannya di dalam poket jaket varsiti universiti. Jelas tertera nama "Hari ni kamu sibuk ke Rona?"
Kening kanan Arona berjungkit sebelah kanan. "Kenapa?Senior perlukan bantuan saya ke?"
Lee Jinhyuk, 25 menggeleng kepala. "Bukan. Saya cuma nak tahu sekiranya kamu ada waktu lapang..."sengihnya menaikkan lagi seri wajah kacak itu.
Sambil tunduk mengambil tin minuman dari bawah laci di mesin air, Arona berkata. "Bergantung pada hari apa yang senior maksudkan. Sebab saya sendiri tak boleh nak beritahu dengan pasti..."
"Kalau begitu, kamu free pada petang ini?Saya ada tahu sebuah restoran malatang yang sedap."
Hah? "Senior nak ajak makan dengan saya ke?"Arona tersenyum nipis kerana segan dibuat tatapan Jinhyuk kepadanya. Lelaki ini sering menatapnya dengan dalam seakan boleh menembusi akal fikiran dia.
"Kenapa?Tak boleh ke?Kamu tak mahu?"
"Tak ada la. Saya tanya aje."
"Yalah...hari tu masa after class party kamu tak hadir. Saya belanja semua orang. Kecuali kamu."
Sambil menyelak anak rambut ke belakang telinga, Arona membetulkan pelukkan pada laptop di dadanya. "Saya tak apa-apa. Lagipun senior dah banyak kali belanja."
"Jadi kamu taknak?"
Arona tahu yang Jinhyuk meminati dirinya sejak awal. Dan Arona sudahpun menolak lelaki ini dengan cara baik. Tapi itu la. Lee Jinhyuk di hadapannya ini masih jugak nekad hendak mengejar cintanya. Sampaikan Arona tidak dapat mengatakan apa-apa lagi. Kening Arona berkerut serba salah sewaktu tersenyum kekok.
"Petang ni ke?"
"Ya. Sebab saya ada kelas sehingga jam 4 petang."naik tulang pipi Jinhyuk sewaktu teruja mendengar respon dari Arona.
Mahu tak mahu Arona pun mengangguk kepala. Kalau dia menolak semakin galak lelaki ini akan mendesak. Harap-harap selepas ini Jinhyuk berhenti mencari dirinya.
"Okay. Kalau macam tu kita jumpa nanti. Bye."lelaki itu melambai riang ke Arona semasa berpusing pergi.
Hah~~
Arona melepaskan hela nafas panjangnya sebelum berpusing ke arah bertentangan. Entah apa lagi yang dia perlu katakan pada Jinhyuk supaya lelaki itu faham ya? Agaknya selepas dia ada teman lelaki baru agaknya lelaki itu berhenti.
SETIBANYA Arona di dewan kuliah, dia disapa dengan beberapa orang rakan sekuliahnya. Mereka semua berkumpul di sebuah meja bersama telefon di tegakkan menghadap muka masing-masing.
"Apa yang kau orang buat?"tegurnya semasa mengambil tempat di meja yang sama mereka duduki.
"Ohh...kau dah datang Rona.."
"Hai..."
"Hello...hello..."
Sapa setiap mereka dengan ceria namun mata masih tertancap pada skrin telefon.
"Kau orang tengokkan apa sejak tadi?Bukan main tekun lagi...sampai mata tu kalau dah boleh melekat, dan melekat dekat skrin phone tu.."seloroh Arona sambil membuka laptop.
"Live Radio Kim Ha-joon. Dia buat interview hari ni..kau nak tengok sekali?"Seoyung duduk di sebelah Arona tanpa dipelawa serta merta. Dia merapat ke Arona sambil menalakan skrin telefon itu kepadanya.
Selesai membuka laptop, Arona mengeluarkan buku nota dan bekas pensel pula. Dia tidak berminat untuk menontonnya. Dia tidak meminati Kim Ha Joon sebagai artis, tetapi dia sudi menyokong kerjaya Kim Ha Joon. Lagipun dia menyukai Kim Ha Joon sebagai Kim Ha Joon, bukan kerana lelaki itu seorang selebriti.
Seoyung menguatkan sedikit volume untuk Arona dengar. "Dengar ni...ada soalan seronok dari pendengar..."lengan Arona disinggul.
Sambil membuka slide untuk kelas seterusnya, Arona mencapai pen dan meletakkan buku nota rapat kepadanya sebelum mula mengulangkaji.
*PERBUALAN SIARAN LANGSUNG RADIO*
"Seterusnya kita beralih kepada segmen soal jawab dari surat para peminat!"suara dj kedengaran. "Encik Ha-joon, boleh bacakan salah satu daripada soalan yang diajukan oleh pendengar..."
"Hahaha...baik.."suara Kim Ha Joon pula kedengaran tidak lama kemudian. "Soalan pertama pada hari ini adalah dari ID HajoonWifey. Soalannya ialah,di umur berapa Kim Ha Joon mula cenderung dalam bidang musik dan lakonan?Dan apa yang mendorong Kim Ha Joon untuk menjadi artis?"
"Hmm...soalan yang menarik. Dan saya pasti ramai peminat di luar sana ingin tahu mengenai background story sebelum Kim Ha Joon menjadi selebriti...dipersilakan."
"Hmm....nak mula dari mana ya."
Masa ini la Arona tergerak hendak mengerling ke skrin telefon Seoyung. Tangan yang sibuk menulis tadi berhenti dari mencatit.
"Awalnya saya tak pernah merancang untuk menjadi idol atau model dan pelakon. Ianya hanya bermula dari gurauan aje."Ha-joon ketawa kemudiannya.
"Gurauan?"
"Ya...ada yang tanya saya. Muka saya seperti idol. Saya tak teringin ke untuk menjadi idol.Disebabkan statement itu saya terus buat keputusan. Lepas tu saya terus apply untuk temu duga. Tak tahu pulak lepas beberapa bulan kemudian saya diterima masuk menjadi trainee seawal 18 tahun."
Rahang Arona berketik mendengar jawapan itu. Bibirnya terketap saat kembali tunduk menyambung semula catatan tadi.
"Wah!Kawan ke yang bertanyakan soal tu?"
"Ya."
"Baiklah. Kita ke soalan seterusnya. Silakan baca Encik Ha-joon."
"Baik. Ini soalan kedua, dari user LoraHeart. Dia tanya, sebagai seorang pelakon lelaki, Kim Ha Joon menerima banyak tawaran watak yang terdapat kiss scene di dalamnya. Jadi soalannya ialah, antara ramai-ramai pelakon wanita yang pernah Kim Ha Joon berlakon dengan, siapakah first kiss Kim Ha Joon?"
"Ahh...first kiss ya?"Ha-joon di dalam siaran live radio itu ketawa sebelum tersenyum. "Tak apa ke saya share mengenai info ni?Tidak terlalu TMI ke?"
"Hahaha...saya pasti ramai pendengar di luar sana ingin tahu mengenainya."dj radio menggesa.
"Kyaaa!!!Aku pulak yang berdebar!!!"Seoyung memukul-mukul tepi lengan Arona keterujaan.
Namun Arona langsung tidak terkutik dengan pukulan itu tetapi sebaliknya dia terkedu mendengar soalan tersebut. Dengan cemas dia pegang telefon Seoyung rapat ke depan muka.
Takkan la!
Seoyung yang terkejut di sebelah Arona tadi merapatkan mukanya ke tepi muka Arona. "Kenapa kau rampas phone aku. Aku pun nak dengar sekali..."
"Shhh!"arah Arona memegang mulut Seoyung agar berhenti bercakap. Dia tidak boleh fokus. Dia salah dengar ke? Soalan apa yang ditanyakan tadi?
First kiss Kim Ha-joon
Tak mungkin la!
Kan?!
Share this novel