Kim Ha Joon memasuki bilik mesyuarat yang serba putih dengan perasaan bercampur baur. Di sekelilingnya, dinding kaca dan lampu neon memberi kesan sejuk dan steril, jauh daripada suasana mesra yang sering diharapkan dalam pertemuan pada hari itu.Ā
Ā Bilik ini dipenuhi dengan meja panjang berwarna hitam, dan di sekeliling meja, duduk beberapa individu yang terdiri daripada anggota pasukan PR agensi, seorang pengurus, serta CEO agensi. Ha Joon memandang wajah-wajah serius di situ silih berganti, menyedari betapa beratnya situasi yang bakal dia hadapi sebentar lagi.
CEO, Lee Min Seok, yang berusia sekitar lima puluhan dengan rambut kelabu yang berkilat, memandang Ha Joon dengan tatapan tajam. "Kim Ha Joon," kata Min Seok dengan suara yang penuh autoriti.
"Tuan CEO.."tunduk Hajoon sewaktu mengambil tempat di kerusi kosong.Ā
PR agensi, merenung akan riak dingin Hajoon lama-lama. Artis yang seorang ini kelihatan serius dan tegang dari biasa. Selalunya kalau ada skandal atau isu yang terjadi, Hajoon tidak pernah cuba hendak ambil kisah apalagi mengambil tindakan. Apalagi mengadakan meeting sebegini. Selama lima tahun Hajoon menjadi celebriti ini kali pertama Hajoon ambil tindakan.Ā
"Baiklah, memandangkan semua sudah berkumpul. Baiknya kita terus ke agenda kita pada hari ini. Seperti yang diketahui, kita harus membincangkan isu gambar yang baru-baru ini dikeluarkan oleh Dispatch Korea."
"Kim Ha Joon, kamu tahu bukan scandal ini akan menjejaskan konsert tour XOS. Jadi kamu perlu beri kerjasama sepenuhnya kepada kami untuk menyelesaikan isu ni."
"Saya tahu."angguk Kim Ha Joon.Ā
"Kalau begitu,Ā apa yang kita perlu tahu adalah identiti wanita yang bersama kamu dalam gambar itu. Tanpa maklumat tersebut, reputasi kamu dan agensi kita boleh terjejas teruk."beritahu Lee Min Seok.
Kim Ha Joon, yang duduk di sebelah manager Gyu, menegakkan tubuhnya dari bersandar. Pertanyaan itu menyebabkan tengah keningnya bercantum."Saya faham tentang keprihatinan anda, tetapi saya tidak dapat mendedahkan identiti wanita tersebut."
Seorang wanita muda dari pasukan PR, Park Ji Yoon, yang baru sahaja dinaikkan pangkat ke jawatan tersebut, bersuara dengan nada mendesak. "Ha Joon, ini bukan masa untuk berteka-teki. Rakyat Korea dan media sedang memandang kita. Jika kamu tidak mendedahkan siapa wanita itu, mereka akan terus membuat spekulasi dan kita akan menjadi sasaran berita sensasi yang lebih teruk!"
Kim Ha Joon menghela nafas panjang. "Saya benar-benar memahami situasi yang kita hadapi, Ji Yoon. Tetapi wanita itu tidak bersalah dalam hal ini. Saya tidak mahu dia terlibat dalam drama ini dan menerima tekanan yang tidak perlu."
Pengurus peribadi Ha Joon, Choi Min Ho, yang sudah lama bekerja bersama Ha Joon, memandang ke arah Ha Joon dengan wajah berkerut. "Ha Joon, kamu mesti sedar bahawa tindakan kamu ini boleh mempengaruhi kerjaya kamu secara langsung. Jika kita tidak menangani perkara ini dengan baik, ia boleh memudaratkan semua usaha kita dalam membina imej kamu."
Min Seok mengangguk, kemudian menambah, "Kami memerlukan kepastian tentang siapa wanita ini untuk mengurangkan spekulasi dan mengawal kerosakan yang mungkin berlaku. Jika kamu terus enggan bercakap, kami terpaksa mencari cara lain untuk menangani isu ini."
Ha Joon merasakan kesabarannya di cabar. Memangnya kalau identiti Arona diberitahu, bukannya ianya dapat menenangkan keadaan. Malah memburukkan lagi situasi adalah."Saya sudah membuat keputusan. Tidak kira apa pun, saya tidak akan mendedahkan identiti wanita tersebut. Ini adalah keputusan peribadi saya, dan saya minta maaf jika ia menimbulkan masalah kepada agensi."
Perdebatan semakin tegang. Ji Yoon cuba mengawal nada suaranya agar tidak menimbulkan suasana yang lebih keruh. "Ha Joon, apakah kamu tidak memikirkan tentang masa depan kamu? Mungkin ini adalah situasi yang kamu anggap remeh, tetapi ini melibatkan banyak pihak, termasuk kami di agensi ini."
Choi Min Ho menggigit bibirnya, jelas kelihatan bimbang. "Ha Joon, aku tahu ini adalah perkara yang sangat peribadi untuk kamu, tetapi kita perlu membuat keputusan dengan cepat. Jika tidak, imej kamu akan terjejas teruk dan tiada siapa yang akan mendapat manfaat daripada ini."
Ha Joon menahan marah dan keraguan yang mula membelenggu dirinya. "Ya saya tahu semua ini," jawabnya dengan nada tegas. "Tetapi saya masih tidak akan mengubah keputusan saya. Jika perlu, saya sanggup menghadapi apa sahaja risiko yang mungkin timbul dan bertanggungjawab sepenuhnya sendirian. Siapa wanita yang bersama dengan saya tu, ianya adalah hak saya untuk memberitahunya atau tidak."
Min Seok, yang jelas berang, menundukkan kepalanya dan menepuk meja. "Ini bukan soal keputusan peribadi sahaja. Ini adalah tentang tanggungjawab profesional. Kamu mesti tahu bahawa tindakan kamu akan memberi kesan besar kepada semua orang yang terlibat terutama sekali member XOS. Lebih cepat kita jelaskan siapakah identiti wanita yang bersama kamu di restoran jepun pada malam itu, lebih cepat keadaan ini dapat diredakan."
Satu detik kesunyian berlaku sebelum Ha Joon bersuara sekali lagi, suaranya penuh dengan ketegasan. "Saya memohon maaf jika keputusan ini menimbulkan ketidakselesaan untuk semua, tetapi saya tetap dengan keputusan saya. Saya tidak akan mendedahkan identiti wanita itu."
"Kalau begitu kamu tidak menafikannya?Yang kamu memang mempunyai hubungan dengan seseorang?"
Kim Ha Joon mendiam. Dia termenung memandang permukaan meja di hadapannya dengan kening berkerut.
"Adakah orang itu selebriti?Atau non celebrity?"
"Kim Ha Joon, jawab kami."
Mereka semua mendesak. Membuatkan Hajoon terpenjuru tidak dapat mengelak lagi. Sambil membuat muka kekesalan, Hajoon mengerling akan CEO dan PR agensi sekilas pandang.
"Ya, saya memang dalam hubungan. Dan orang itu bukan seorang selebriti. Tapi hanya orang biasa. Perasaan kami mutual. Dan itu adalah alasan kenapa saya tak dapat nak dedahkan siapa wanita yang bersama dengan saya pada malam tu."jelas Hajoon mengalah.
Dengan itu, suasana bilik mesyuarat menjadi tegang dan tidak menyenangkan. Masing-masing dari mereka merasakan beratnya situasi tersebut, tetapi Ha Joon tetap dengan pendirian yang teguh. Perbincangan tersebut berakhir dengan perasaan tidak puas hati di kalangan semua pihak. Bilik mesyuarat yang sebelum ini sejuk dan steril kini terasa lebih dingin, diwarnai dengan ketegangan yang jelas antara Ha Joon dan agensinya.
Kepada Ha Joon, ini bukan hanya mengenai isu gambar dan spekulasi media, tetapi tentang menjaga maruah dan privasi seseorang yang dianggapnya penting. Sementara itu, bagi agensi dan pihak-pihak yang terlibat, ini adalah satu cabaran besar yang memerlukan keputusan cepat dan tepat untuk mengurangkan damage pada artis dan agensi mereka.
Share this novel