Bab 16

Fantasy Completed 7318

Tongkat basikal diturunkan oleh Raihana agar basikalnya tidak tumbang apabila ditinggalkan di tempat letak basikal itu.

Walaupun telinganya mendengar sayup-sayup suara cikgu yang bercakap menggunakan mikrofon dari dataran, Raihana masih tidak mempercepatkan langkahnya.

Dia tahu dia sudah lambat untuk perhimpunan pagi Isnin itu kerana jam tangannya sudah menunjukkan pukul 7:40 pagi.

Mungkin lagu Negaraku, bacaan ikrar dan doa sudah dibaca.

Raihana tidak mempunyai niat untuk berlari-lari anak seperti pelajar yang lain yang sedang menuju ke dataran kerana ketika itu perutnya sedang berbunyi kerana lapar.

Ya, memang masih awal untuk dia berasa lapar tetapi perkara itu bukanlah suatu perkara yang pelik bagi orang yang tidak bersahur sepertinya.

Pagi itu, Abang Longnya, Rafiqi terlambat bangun untuk memasak sahur yang menyebabkan mereka empat beradik tidak sempat untuk bersahur. Jangankan makan, minum pun mereka tidak dapat.

Syed Haq yang turut sama hadir lambat pagi itu sempat ternampak Raihana yang sedang berjalan menuju ke dataran.

Ingin ditegur tetapi Raihana sudah jauh daripadanya.

"Tegur dalam kelas nanti je lah" bisik Haq.

Sampai sahaja Raihana di dataran, dia terus melangkah ke arah barisan khas untuk murid yang hadir lambat sama sepertinya.

Di atas pentas ketika itu, Cikgu Mustakim seperti biasa untuk setiap hari Isnin sedang memberikan sedikit teguran berkaitan masalah disiplin yang dilakukan untuk murid-murid sekolah itu.

Setiap minggu hanya perkara yang sama dia akan tegur.

Selalunya masalah disiplin yang Cikgu Mustakim akan tegur berkaitan dengan murid lelaki.

Antaranya tentang masalah 'vape', motorsikal yang tidak diparkir di tempat yang sebetulnya, rambut murid lelaki yang panjang dan tidak dipotong mengikut piawaian murid sekolah dan kehadiran lewat.

Raihana yang sudah naik bosan mendengar perkara yang sama setiap hari Isnin hanya menopang dagunya.

"Budak lelaki sekolah ni jenis tak ada otak ke? Apa yang susah sangat nak parkir motor elok-elok? Lagi satu, yang gatal sangat bawak vape pergi sekolah kenapa? Nak menghisap tu dekat luar sekolah je lah. Pasal rambut pun dah beribu kali cikgu tegur. Masalah betul semua" bebel Raihana dalam hati. Bengang. Apabila perut lapar, semua dirasakan tidak kena.

Lima minit kemudian, pengacara majlis iaitu pengawas sekolah yang bertugas mengumumkan Cikgu Kamila pula yang akan memberikan ucapan.

"Assalamualaikum"

Selepas mendengar beberapa murid menjawab salam yang diberi, Cikgu Kamila terus menyampaikan maklumat yang ingin disampaikan.

"Mulai esok sehingga hari Jumaat akan diadakan penggambaran gambar kelas bagi setiap kelas. Esok bermula dengan kelas-kelas Tingkatan Lima. Hari Rabu, Tingkatan Empat. Hari Khamis, Tingkatan Tiga. Hari Jumaat, Tingkatan Satu dan Dua. Jadual masa setiap kelas turun ke dataran untuk ambil gambar akan diedarkan dalam 'group Whatsapp' setiap kelas nanti. Jadi semua diminta untuk pakai pakaian sekolah lengkap pada hari penggambaran nanti. Terima kasih"

Kedengaran suara murid-murid mulai bising membincangkan tentang maklumat yang baru mereka terima iaitu hari penggambaran kelas.

Syed Haq yang turut mendengar semasa Cikgu Kamila berucap tadi berasa teruja untuk mengambil gambar kelas.

Dia cuba untuk mencari Raihana di barisan murid yang lambat tetapi gagal. Batang hidung Raihana pun dia langsung tidak nampak.

"Dalam kelas nanti jumpa. Sabar jap, Haq" bisik suara hati Haq.

•

Wajah Raihana yang ketat mematikan niat Haq untuk menegurnya saat Raihana melangkah masuk ke dalam kelas.

Saat Raihana tiba di meja, kerusi kepunyaannya ditarik dan tubuhnya dilabuhkan di atas kerusi.

Beg yang disandang di bahu diletakkan di atas kerusi. Haq yang berada di sebelahnya langsung tidak dilihat walau secara sekilas.

Segala tingkah laku Raihana diperhatikan oleh Haq. Dia berura ura untuk menegur Raihana tetapi melihatkan angin Raihana seperti tidak baik, Haq menjadi teragak-agak untuk bersuara.

"Kau okay tak?" Akhirnya terluah juga pertanyaan itu dari mulut Syed Haq.

Tanpa memandang Haq, Raihana menjawab.

"Aku lapar sekarang ni. Pagi tadi tak sempat sahur, jadi tolong jangan menyusahkan hidup aku hari ni"

Selepas mendengar jawapan Raihana itu barulah Haq memahami punca di sebalik angin Raihana yang kacau bilau itu.

Selang beberapa minit selepas itu, guru masa pertama pada hari itu iaitu Cikgu Norizah melangkah masuk ke dalam kelas dan pembelajaran pada hari itu pun bermula.

•

Untuk entah yang ke berapa kali Syazwan tidak pasti dia sudah mengeluh melihat soalan matematik berkaitan pengiraan cukai pendapatan di atas kertas yang berada di hadapannya.

Pemadamnya sudah naik haus apabila dia sudah berulang kali memadam jalan kira bagi satu soalan matematik itu tetapi tetap dia tidak dapat menyelesaikannya.

"Rasanya tadi macam senang bila cikgu ajar. Bila buat latihan rasa macam tak belajar lah pulak" kata Syazwan dengan perlahan.

Dia ingin bertanya kepada rakan yang duduk di sebelahnya tetapi rakannya yang satu itu baru sahaja pergi ke tandas.

"Tanya Hana lah"

Lantas Syazwan bangun dari kerusinya dan membawa kertas matematik itu lalu menuju ke arah tempat Raihana yang berada di belakang kelas.

Pada masa yang sama, Raihana yang berada di tempatnya sedang diulit mimpi manakala Haq yang berada di sampingnya sedang bermain dengan telefon pintarnya.

Semasa Haq baru sahaja mengangkat kepalanya dari melihat skrin telefon, dia terpandang Syazwan yang sedang menuju ke meja mereka berdua.

Mata Haq tertancap pada kertas yang dipegang oleh Syazwan.

"Mamat ni tak lain tak bukan mesti nak tanya soalan. Raihana yang dekat hujung dunia ni jugak dia cari sedangkan Affiq ada je duduk depan dia" bisik Haq dalam hati.

Belum pun sempat Syazwan ingin menyampaikan hasratnya, Haq bersuara terlebih dahulu.

"Macam yang kau nampak, Raihana tengah tidur and dia tak dapat nak tolong kau dengan soalan kau. Pergi cari orang lain sebab setahu aku dalam kelas ni ada 24 orang lagi yang kau boleh tanya soalan" ucap Haq dengan selamba.

Dia cuba untuk tidak bercakap dengan nada suara yang kuat agar tidak menganggu Raihana yang sedang tidur.

Syazwan menghadiahkan satu pandangan yang tajam kepada Haq setelah mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Haq sebentar tadi.

Mata miliknya dan mata milik Haq bersabung buat seketika waktu seperti bila-bila masa sahaja mereka boleh bergaduh.

Suara Affiq yang memberi salam kepada Cikgu Najwa iaitu guru subjek Sains mereka yang baru sahaja masuk ke dalam kelas menghentikan 'pertikaman' mata mereka berdua.

Syazwan berlalu pergi menuju ke tempat duduknya semula. Haq yang melihat tersenyum sinis.

Dia kemudiannya memandang Raihana yang kelihatan lena dibuai mimpi.

"Raihana" panggil Haq dengan nada yang lembut.

Jarinya mengetuk perlahan meja Raihana untuk mengejutkannya.

"Cikgu dah masuk"

Mendengarkan suara Haq menyebabkan Raihana terjaga daripada tidur. Dia membuka matanya perlahan dan mengangkat kepalanya yang diletakkan di atas meja.

Disebabkan dia baru sahaja sedar, dia termenung untuk seketika sebelum berdiri dan memberi salam kepada Cikgu Najwa.

Sebaik sahaja mereka selesai membaca doa, semua murid 5 Putra duduk semula.

Raihana yang masih mamai sambung termenung ke hadapan kelas.

Tiba-tiba Haq menghulurkan sehelai tisu kepadanya.

Raihana mengerutkan keningnya tanda tidak faham tujuan Haq memberinya tisu.

"Aku faham kau letih tapi kau dekat sekolah tau. Kau punya lena macam tidur dekat rumah sampai basah lah muka kau tu"

Terbuntang luas mata Raihana mendengar kata-kata Haq. Dia tertidur sampai terkeluar air liur?!

Tisu yang masih dihulurkan oleh Haq diambil dengan segera dan dilap pipinya yang dia rasa basah. Rasanya tadi masa bangun tidak pula rasa apa-apa.

Haq cuba sedaya upaya untuk tidak mentertawakan Raihana pada ketika itu tetapi gagal.

Raihana memandang Haq dengan pandangan tajam.

"Bodoh lah Haq. Tak payah lah gelak. Aku malu lah gila" Raihana meletakkan tisu yang sudah digunakan itu di bawah mejanya.

"Tak payah kot nak malu dengan aku. Aku je pun" balas Haq.

Raihana tidak menjawab apa-apa. Dia mengeluarkan buku teks Sains dan buku latihan dari dalam beg sandangnya.

"Cuma aku sempat lah ambil gambar kau tidur dengan air liur basi melelehnya tadi" usik Haq sebelum bahunya dipukul dengan bekas pensil milik Raihana.

"Kau memang tak guna betul lah, Syed Haq. Kau jangan sampai aku terbalikkan meja kau ni" ujar Raihana dengan tegas.

Geram betul dia dengan perangai Haq yang tidak sudah-sudah ingin mengusiknya.

Haq hanya tergelak kecil sebelum mereka berdua memberikan tumpuan kepada Cikgu Najwa yang mengajar di hadapan kelas.

thankyou sebab sudi baca!

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience