Bab 15

Fantasy Completed 7318

Kertas graf yang Raihana sudah siap lukiskan keluk permintaan pasaran diteliti dengan baik supaya hatinya berpuas hati dengan kekemasan keluk tersebut.

Setelah memastikan keluk tersebut sempurna, Raihana menyeluk tangan kanannya ke dalam bekas pensel untuk mencari gunting.

Kertas graf tersebut perlu digunting kepada saiz yang lebih kecil untuk ditampal di dalam buku latihan Ekonomi.

Cari punya cari, tetapi jarinya tetap juga tidak menyentuh gunting yang berada di dalam bekas pensel. Diambil bekas pensel tersebut dan dilihat isi dalamnya.

“Mana pulak gunting ni?” omelnya seorang diri.

Sesaat kemudian barulah ingatannya semasa malam semalam menjengah kotak fikirannya.

Malam semalam selepas dia membuka bungkusan plastik barang yang dipesannya melalui atas talian, dia terlupa untuk menyimpan semula gunting tersebut ke dalam bekas penselnya.

Raihana menghela nafas pendek sebelum kepalanya ditoleh ke sebelah kanannya. Dia melihat Haq sedang menggunting kertas graf miliknya.

“Weh, pinjam gunting” ucap Raihana.

Haq tidak memberi apa-apa respon walaupun dia mendengar apa yang dikatakan olehnya. Kata-kata Raihana seolah-olah tidak didengarinya.

Haq meletakkan guntingnya di atas permukaan mejanya dan menjawab dengan ringkas dan padat.

“Tak boleh”

Tajam mata Raihana memandang Haq yang sudah beberapa hari berkelakuan begitu.

Orang tanya sepatah, dia jawab sepatah.

Kadang-kadang macam nak tak nak bercakap. Naik sakit pula hatinya melihat perangai Haq yang serupa budak-budak tadika.

“Tak, sekarang ni apa masalah kau nak buat silent treatment dengan aku? Aku ingat perempuan je angin tak menentu rupanya ada jugak lelaki. Simpanlah gunting tu. Aku boleh pinjam dekat Iman lah” jawab Raihana dengan geram.

Haq hanya membisu. Sejak daripada hari Raihana menceritakan kepada dia tentang si pembaca selawat itu, hatinya tidak semena-mena berasa marah dengan Raihana.

Dia cuba untuk menghilangkan perasaaan itu tetapi setiap kali dia teringat bagaimana terujanya Raihana saat menceritakan tentang lelaki itu, dia jadi tidak senang hati.

Itulah sebabnya dia tiba-tiba ‘merajuk’ dengan Raihana sedangkan dia memang tahu yang Raihana tidak kisah.

“Terima kasih Iman” ucap Raihana selepas memulangkan semula gunting yang dipinjam daripada rakan sekelasnya yang duduk di hadapan.

Raihana kemudian menyambung semula membuat kerjanya dengan menjawab soalan esei.

Soalan esei Ekonomi memang merupakan kepakaran Raihana. Buktinya, Raihana pasti akan mendapat markah penuh iaitu 20 markah ataupun paling-paling 18 markah bagi satu soalan esei peperiksaannya sejak daripada dia di tingkatan empat lagi.

Oleh itu, tidak peliklah jikalau markah bagi subjek Ekonomi Raihana mencanak tinggi.

Mendapat gred A itu sudah menjadi perkara yang biasa bagi Raihana.

Sedang Raihana khusyuk menulis jawapannya, telinganya mendengar satu pertanyaan yang ditanyakan daripada orang di sebelahnya.

“Kau dah jumpa ke mamat surau tu?” tanya Haq dengan tiba-tiba cuba untuk menutup nada jengkelnya.

“Apahal kau nak tahu?” jawab Raihana tanpa memandang Haq. Tumpuannya masih ditumpukan kepada soalan yang dijawab.

“Saja nak tanya. Tiba-tiba teringat pulak cerita kau” tipu Haq sedangkan perkara itu tidak pernah hilang daripada ingatannya sejak perkara tersebut singgah di fikiran.

Raihana diam sejenak. Dia menghabiskan menulis sisa-sisa ayatnya sehingga ditamatkan dengan tanda nokhtah.

“Belum lagi. Jangankan batang hidung, kelibat dia pun aku langsung tak pernah nampak” jawab Raihana seperti sudah melupakan persengketaan mereka berkaitan gunting sebentar tadi.

Elok juga Haq sudah mula bercakap. Tidaklah dia terlalu bosan.

Sepanjang mereka menjadi ‘tablemates’ untuk hampir 3 bulan ini, Raihana sudah membiasakan dirinya berkawan dengan Haq walaupun kadang-kadang menyakitkan hati.

Dia sudah terbiasa berbual-bual dengan Haq tentang perkara yang biasa.

Kini, hidupnya sudah ada teman dan orang itu ialah Syed Haq. Berbeza dengan Syazwan.

Memang dia sudah lama mengenali Syazwan tetapi dia tidak merasakan akan kekok untuknya berkawan dengan Syazwan seperti mana dia berkawan dengan Haq.

“Seriously? We are fasting almost for a week but you still haven’t meet him?” soal Haq dengan nada terkejut yang dia sendiri tidak pasti dibuat-buat ataupun tidak.

Raihana hanya diam tidak bersuara dan kepalanya dianggukkan tanda membenarkan apa yang diperkatankan oleh Haq itu.

Setiap hari dia berharap yang dia dapat bertemu dengan pemilik suara yang dicari-carinya selama ini walaupun agak mustahil.

Dan pada setiap hari itu juga, hanya kekecewaan yang dia dapat.

Melihatkan Raihana tidak berkata apa-apa, Haq tiba-tiba terfikirkan satu perkara.

Walaupun dia agak ragu-ragu sama ada untuk menyuarakan hal itu ataupun hanya mendiamkan diri sahaja, dia memilih untuk menyuarakannya.

“Kau tak pergi solat tarawih setiap malam tu sebab semata nak jumpa lelaki tu je kan? tanya Haq dengan berhati-hati.

Soalan yang dilontarkan oleh Syed Haq itu seperti pisau tajam yang menusuk sekeping hati milik Raihana.

Dia tersentak dengan soalan Haq. Mulutnya ingin menafikan apa yang ditanya oleh Haq tetapi tiada satu perkataan pun yang keluar daripada mulutnya.

Sebaliknya, Haq yang terus bersuara.

“I’m not judging you but aku takut intention kau pergi tarawih sebab benda lain. Kau… Faham kan maksud aku? Aku tak ada niat nak persoalkan—”

“Aku faham” jawab Raihana, perlahan sebelum menghela nafas pendek.

Haq langsung terdiam apabila Raihana memotong percakapannya.

‘Ya Allah, ampunkan aku atas niat aku yang salah selama ini’ bisik hati kecil Raihana.

Pandangannya yang sebelum ini memandang kertas Ekonomi di atas meja dialihkan ke arah Haq di sebelahnya.

Mata Haq ditenungnya buat seketika. Raihana tidak sangka Haq merupakan seseorang yang menyedarkan dirinya.

Tanpa disedari, mata mereka berdua bertembung dalam beberapa saat sebelum Haq melarikan pandangan matanya daripada memandang Raihana sebaik sahaja jantungnya bergendang tidak tentu hala.

“Apahal kau tengok aku macam kau nak bunuh aku?” Haq cuba untuk menenangkan jantungnya. Dia melegakan tekaknya beberapa kali.

“Tak. Apa yang kau cakap tu betul. Aku leka dengan manusia sampai niat aku nak beribadah jadi salah. Terima kasih sebab kau sedarkan aku” kata Raihana. Dia memandang ke arah hadapan kelas.

“Alah, benda kecil je. Kita manusia, tak dapat lari daripada buat salah dalam hidup. Hari ni aku tegur kau, mana tahu esok kau pulak yang tegur aku?” jawab Haq dengan senyuman terukir di bibirnya.

Raihana juga turut tersenyum mendengar kata-kata Haq itu.

Entah bagaimana kata-kata Haq itu menenangkan hatinya dan sedikitpun hatinya tidak terasa dengan apa yang Haq katakan.

Buat pertama kalinya, mereka berdua mempunyai komunikasi yang baik dan ini juga kali pertama seorang Syed Haq tidak menyakitkan hati seorang Raihana.

Raihana masuk ke dalam kelas setelah dia pulang daripada koperasi sekolah untuk membeli buku nota Bahasa Melayu yang baru.

Buku nota Bahasa Melayu miliknya sebelum ini sudah habis digunakannya.

Sedang dia ingin menuju ke tempat duduknya di belakang kelas, dia melihat Syed Haq yang duduk di sebelah tempat duduknya sedang membaca Al-Quran tafsir bersaiz kecil yang dibawanya dari rumah.

Raihana tidak berkata apa-apa mahupun menegur Haq yang pada pandangannya tiba-tiba sahaja membaca Al-Quran sebagai tanda menghormati Haq yang sedang membaca ayat suci Al-Quran.

Sebaik sahaja dia sudah duduk di kerusinya, Raihana memasukkan buku nota yang baru itu ke bawah meja.

Sesaat kemudian, dia terkebil-kebil seorang diri.

Entah mengapa dia merasakan telinganya seperti sudah biasa mendengar suara yang datang dari sebelahnya.

Suara Haq yang membaca Al-Quran seolah-olah sudah kerap kali dia dengar walau hakikatnya itulah kali pertama dia mendengar Haq membaca Al-Quran.

Alunan suara itu bagaikan sudah lali dialunkan di telinganya tetapi Raihana tidak mampu ingat di manakah tempat dan bilakah dia mendengarnya.

Disebabkan Raihana leka bermain dengan perasaannya, dia tidak sedar yang Haq sudah selesai membaca Al-Quran.

"Kau dah kenapa mengeras tiba-tiba?" tanya Haq. Al-Quran yang dipegangnya disimpan di bawah meja.

Raihana yang tersedar daripada lamunan memandang Haq di sebelahnya.

"Tak ada apa-apa" jawab Raihana. Kemudian dengan segera Raihana mengeluarkan buku teks Sejarah dari dalam beg sekolah apabila tiba-tiba dia teringat akan sesuatu perkara.

"Tak akan lah?..." bisik hati Raihana bersama dengan sedikit debaran di dadanya.

sorry sebab dh lame sgt tk update and thankyou sbb sudi baca!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience