Click!
Pintu terbuka secara mengejut. Membuatkan Hajoon yang sedang tunduk memandang skrin telefon pantas menoleh ke seat sebelah pemandu.
"Habis dah urusannya?"soal Hajoon semasa Arona selesakan diri di seat.
"Hmm."Arona menutup pintu kereta sebelum menanggalkan mask dari muka. Lega sikit sebab sepanjang dua jam dalam syarikat Hajoon tadi dia kena bertutup segala bagai. Hah!Ini semua kerana Kim Ha Joon. Kalau bukan kerana Hajoon yang menegaskan supaya dia sentiasa mengenakan penutup litup mulut, tak adanya dia berpeluh begini. Sweater yang dikenakan pada badan turut ditanggalkan. Meninggalkan t-shirt lengan pendek warna pink dibadan.
"Macam mana?Dia orang okay dengan rekaan kau tu?"
"As always...sebab dia orang tahu kalau dia orang reject, dia orang yang akan dalam masalah."seloroh Arona semasa mencampak sweaternya ke seat belakang kereta sebelum membuka compartment depan seat, mengeluarkan getah rambut ropol-ropol biru lalu mengikat rambutnya satu ke belakang.
"Heheheh...good."Hajoon menghulurkan cup minuman kepada Arona selepas itu.
Sambil mengambil cup minuman itu, mata Arona melirik penampilan segak Hajoon. Double take jugak Arona kerananya.
Serius beritahu, ketampanan milik Hajoon tidak pernah gagal membuatkan dia jatuh hati pada lelaki ini berkali-kali. Bukan main smart lagi...buatkan jantungnya berdegup sedetak rancak kerananya. Makin susah la hati dia untuk berhenti dari menyukai lelaki ni. "Kenapa kau berpakaian macam ni?"Takkan la nak ajak dia makan berpakaian smart seperti ni sedangkan dia sekadar mengenakan t-shirt dan seluar jean.
"Itu la...aku dah janji pada kau untuk keluar makan sama. Tapi CEO aku baru aje beritahu yang aku kena hadiri satu photoshoot ni...dia kata kalau aku tak pergi ada la itu dan ini masalahnya."
Lepas sahaja perkataan CEO itu disebut, jantung yang berdegup rancak tadi berdenyut menjadi sakit tidak semena. Riak ceria Arona serta merta menjadi mendung. Dalam diam dia menggengam kuat cup minuman dalam tangan. Menjengkelkan betul.
"Kata dia gig ni gig penting. Jadi nak taknak aku kena jugak pergi. Tapi aku sempat belikan makanan untuk kau...hari tu kau kata kau suka makanan dekat restoran ni..jadi aku belikannya untuk kau.."Hajoon membongkok sedikit ke seat belakang lalu memegang sebuah beg kertas. Dia letakkannya ke atas riba Arona. "Maafkan aku Sweetie. Aku sendiri yang janji tapi in end aku yang batalkannya." Hajoon membuat muka serba salahnya.
Yang mana hanya buatkan riak wajah Arona pula semakin mendung. "It's okay. Aku faham. Kalau macam tu better kau gerak cepat. Kalau lambat-lambat nanti apa pulak kata krew dekat set.."senyumnya terpaksa. Dia nak menangis tapi air mata pun tak nak mengalir sebab betapa kecewanya dia rasakan.
Tanpa diduga Hajoon terus menarik Arona ke dalam pelukan. Pipinya di sandarkan ke tepi dahi Arona. "Aku ingatkan dapat luangkan masa dengan kau hari ni, nampaknya tak dapat jugak. Apapun jangan sedih ya. Nanti aku ganti semula masa kita ni dengan hari lain."
Pujukan itu sedikit pun tidak mengubat hati Arona yang sedih. Dia malah diam tidak membalas pelukan itu dan sekadar termenung sedih memandang keluar tingkap kereta. "It's okay." kalau begini la gayanya, sampai kesudah la mereka akan tetap berada di titik yang sama. "Kau kerja la elok-elok."
Selepas itu Hajoon melepaskan pelukan. "Pasti kan kau makan ya. Aku tahu kau sibuk dengan kelas dan projek lepas tu assignment lagi...tapi makan kena jaga jugak."
"Tahu la aku.."pandang Arona ke wajah Hajoon. Dia tenung seketika sebelum tunduk memandang makanan di dalam beg kertas tersebut. Ianya adalah mee udon dan beberapa lagi side dish yang lain. Memang benar dia menyukai makanan ini. Tapi sudah beberapa bulan berlalu. Bolehnya Hajoon masih ingat tentangnya.
"Aku mesej kau nanti lepas kerja aku selesai. Okay Sweetie?"Hajoon memeluk Arona sekali lagi sambil menepuk belakang badan itu dengan kasih.
Penat-penat dia habiskan semua kerja dan tugasannya semata menunggu hari ni...dua hari dua malam dia bertungkus lumus semata mahu meluangkan masa bersama Hajoon. Tapi lelaki ni malah sibuk bekerja. Sudahlah penatnya belum hilang, hatinya pula bertambah sakit. Dalam-dalam Arona menarik nafas untuk menenangkan diri. Risau pulak dia menangis depan lelaki ni nanti.
"Okay."balas Arona pendek sambil menolak Hajoon dari terus memeluk dia. Anak rambutnya diselak ke belakang telinga sebelum mengerling ke sekitar tempat parking kereta depan agensi itu. Mujurlah tempat ini tersembunyi sedikit jadi takkan ada ramai mata yang memerhati kecuali orang dari agensi aje. Boleh la mereka bertemu walaupun sekejap.
Tiba-tiba tangan Hajoon hinggap di belakang kepala Arona sebelum turun ke tengkuk itu. "Kau kata kau ada family gathering hari ni kan?"
Meremang seperti direnjat eletrik, Arona pantas menahan nafas terkejut namun dia mengawal ekspresi di wajah setenang yang boleh. "Ha'ah..malam nanti. Kenapa?"palingnya selepas itu.
Perlahan-lahan jari jemari Hajoon mengurut belakang tengkuk Arona. "Pakai yang tertutup ya. Make sure sentiasa on location sebelum keluar."
"Abang aku yang akan jemput aku...tak perlu la risau."semakin merinding Arona rasakan dibuatkan urutan Hajoon itu. Memang dia letih dan tengkuk dia sakit, tapi macam mana Hajoon boleh perasan?
"Oh...iya ke?Kalau macam tu elok la."Hajoon tersenyum handsome. Menampakkan lekukan di kedua belah pipinya. "Apa khabar agaknya abang kau tu ya. Last aku berjumpa dengan dia pun lima tahun lepas kan?"kini tangan Hajoon gerak ke bahu Arona pula. Dipijat-pijat bahu tegang itu sedikit kuat. "Nanti kalau ada masa, aku nak jumpa dengan dia.."
"Agh!"Arona terus menekup mulut kerana terkejut dibuat urutan itu.
"Sakit ke?"kening Hajoon terangkat tinggi.
Arona tidak membalas. Dia pegang bahu yang diurut Hajoon tadi. Mana la tak sakit kalau dia berehat pun tak cukup. "Dah la, kau kata busy kan..."tangan Hajoon ditolak dari lehernya.
"Mesti kau penatkan...itu yang sakit-sakit ni."tangan Hajoon mengusap belakang badan Arona lagi.
Salah siapa!?Jeling Arona dengan benci ke tepi. "Kau rasa salah siapa badan aku sakit-sakit macam ni?"
"Heheheh....sorry."ucap Hajoon merehatkan kepalanya ke bahu Arona dengan manja. Dia masih mahu lebih lama lagiĀ bersama Arona tetapi masa tidak mengizinkan untuk dia bersama dengan Arona. Sakitnya la hati."Kau bermalam di rumah family kau ke lepas makan malam nanti..."
"Ya,kenapa?"
"Kalau bermalam dekat situ tak apa la. Tak adalah kau ulang alik ke dorm...aku kesian aje nanti kau penat sebab jarak rumah kau pun boleh tahan jauh dari dorm."keluh Hajoon merehatkan dahinya ke bahu Arona pula. Sungguh berat hati dia ingin menghantar Arona pergi. Tak boleh ke dia bawa Arona sekali. Rasa serba salahnya semakin menggunung gara-garanya.
Tiada niat hendak menolak, Arona pun merehatkan kepalanya pada Hajoon bersama hela nafas letihnya. Kenapa Hajoon ni sibuk sangat?
Ini belum official lagi jadi girlfriend Hajoon dia dah penat menunggu.
Nanti kalau dah official macam mana?Burn out terus agaknya.
Hah~~
Share this novel