21.Couple Proposal

Fantasy Completed 7232

Sebuah gambar berbingkai besar dengan wajah Kim Ha Joon berada di dinding utama ruang tamu. Di hadapannya sebuah tv plasma bersaiz gergasi menayangkan siaran Single Inferno musim 3. Dari kanan kabinet, terdapat sebuah almari dimana piala dan plak penghargaan berderet tersusun kemas di dalamnya. Bawah rak almari itu tersusun lagi naskah drama dan movie yang pernah di lakon oleh Kim Ha Joon.

Sementara di dinding sebelah kiri pula terdapatnya almari berkaca dimana gambar  sewaktu Kim Ha Joon kecil hingga dewasa. Dari gambar keluarga, ibu bapa, rakan sekolah rendah dan sekolah menengah, gambar graduasi sekolah menengah dan universiti, momen ketika keluar melancong dan beberapa bingkai gambar dimana Kim Ha Joon dan Arona luangkan masa berdua dari usia 16 tahun sehingga la gambar terbaru mereka iaitu ketika Hajoon menyambut hari lahirnya bersama Arona di apartment baru Hajoon.

Jam di dinding masuk 9 malam selepas Kim Ha Joon dan Arona Sweet selesai dengan makan malam mereka.

Sambil duduk menikmati potongan tembikai, Arona melihat skrin televisyen sementara Kim Ha Joon sedang melunjur kaki di sebelah dengan cermin mata di muka. Naskah skrip drama lakonan terbuka atas riba lelaki itu.

Sedang dia mendengar perbualan peserta siaran tv Arona tergerak hati hendak melirik ke sebelahnya. Sekali bila dia kerling, Hajoon masih sedang tekun terkumat-kamit menghafal skrip. Lelaki itu sedang memandang ke satu arah dengan tangan bersilang di dada. Melihat betapa seriusnya Hajoon, Arona terkutik hendak menopang kepala dengan tangan yang disikukan atas sofa itu. Menghadapkan badannya ke Hajoon.

Kalau side profile saja sudah kelihatan kacak, inikan lagi berhadapan. Kalau suara sudah sedap di dengar inikan lagi kalau dengar Hajoon bercakap.

Tapi sayang, walaupun dekat tapi jauh.

"Hey, boleh kita bercakap sekejap?"tegur Arona.

Hajoon mengangkat kepala dari bacaan skripnya. "Tentang apa?"

"Aku cuma nak jelaskan sesuatu."

Hajoon mengangguk. "Okay, apa dia tu?"

"Tak ada la...siang tadi. Masa kau call...kenapa kau putuskan panggilan macam tu aje?Kau marah ke?"

Buku skripnya di tutup. "Oh ya...pasal tu. Kau rasa kenapa?"sambil itu Hajoon menanggalkan cermin mata dari muka.

"Sebab aku keluar dengan senior kampus aku?"duga Arona.

Terus Hajoon capai potongan tembikai dari mangkuk atas riba Arona lalu disuap ke mulut. "Kau dah tahu kenapa masih ditanya lagi.."

"Kenapa kau marah?Sebab jelous?"

"Kalau bukan jealous sebab apa?Suka,macam tu?"Hajoon berdengus tak percaya. Kalau dia tak cemburu takkan la dia gembira pulak bila Arona bersama dengan lelaki lain!

Hujung bibir Arona terjungkit. Dia kembali memandang ke skrin televisyen. "Tak ada apa-apa yang kau perlu cemburukan. Aku dengan senior tu bukannya ada apa-apa pun. Aku terima permintaan keluar dia atas alasan hormat dia sebagai senior aku."

"So kau tak berminat pada senior kau tu?"

Arona menggeleng."Obviously..."Dari awal lagi hati dia ni dah terkunci kerana Hajoon.

Sambil berkerut kening, Hajoon merapat ke Arona. Tangannya mencengkam jari jemari tu."Hey...itu sekarang. Macam mana dengan kemudian?Macam mana tetiba dia confess dekat kau?"

"Aku dah reject dia pun.."jawab Arona selamba menyuap potongan tembikai ke mulut.

Mulanya Hajoon mengangguk. "Good.."sekali bila dia double take apa yang dia dengar mata Hajoon membuntang. "Apa!?"sebu dada dia.

"Dia dah confess dekat aku pun..."

"Mana boleh kalau macam tu!"Hajoon mengambil mangkuk dari riba Arona lalu diletakkan atas meja kecil depan sofa lalu memusingkan Arona supaya menghadapnya. "Baik kau ceritakan dekat aku dari awal!"

Sambil tersengih lucu, Arona pandang Hajoon yang begitu cemas dengan riak tidak bersalahnya. "Nak ceritakan macam mana. Dia datang dekat aku kemudian confess dekat aku yang dia sukakan aku. That's it."

"Mana boleh."

"Kenapa tak boleh?"

"Kau aku punya. Kau tahu tu."

"Sejak bila aku kepunyaan kau?Jangan nak bergurau boleh tak?"Arona menunjal perlahan tengah dahi Hajoon semasa berkata.

"Aku serius...bila masa aku bergurau. Kau kepunyaan aku."

Sambil membuat muka menyampah, Arona kembali hendak menghadap ke depan semula, sekali tu Hajoon menekap kedua belah wajahnya agar dia kembali memandang Hajoon. "Kau dah kenapa?"soal Arona.

"Jadi teman wanita aku."minta Hajoon. Dia tidak boleh menangguh lagi. Kalau dia lambat-lambat orang lain yang akan merampas Arona dari dia. "Uh?Jadi teman wanita aku Sweetie.."

Berkerut-kerut kening Arona semasa menatap tatapan berharap Hajoon ketika ini. Ikutkan hati memang mulut ini akan laju mengatakan 'YA', namun otak dia ini tidak seiring dengan hati dia. "Jangan nak main-main boleh tak?Lepaskan aku.."

"Aku betul-betul maksudkannya. Aku sukakan kau. Aku nak kau jadi teman wanita aku."lafaz Hajoon lagi.

"Kenapa tiba-tiba ajak aku jadi teman wanita kau?"

"Sebab aku mahukannya."

"Kau dah hilang akal agaknya...kalau kau ajak aku jadi teman wanita kau gara-gara kenyataan aku tadi, baik takpayah."

"Mana ada...dari awal lagi aku merancang nak beritahu kau tentang hal ni..sejak hari kita patut keluar dating hari tu lagi."

Mereka berdua sudah saling bertentang mata hendak naik angin. Namun Hajoon yang mengalah terlebih dahulu.

"Sweetie...."

"Ahh...aku tak tahu..lepaskan aku sekarang!"

Dengar macam mudah, namun berat sekali Arona hendak menerima lamaran Hajoon. Selagi Hajoon masih dalam industri ini, dia tak yakin yang dia boleh bertahan menjadi kekasih Hajoon. Kalau jadi seorang kawan tu dia masih boleh tahan lagi akan tekanan kepadatan jadual Hajoon. Namun sekiranya menjadi teman wanita Hajoon sikap ego dan tamaknya ini mungkin takkan dapat bertolak ansur dengan kerjaya Hajoon. Dan ini akan merosakkan hubungan persahabatan mereka sekiranya mereka benar-benar menjadi pasangan kekasih. Belum ditambahkan lagi dengan peminat Hajoon sendiri.

Ada satu kes mengenai idol lelaki yang bercinta mahupun berkahwin dimana para peminat begitu membantah akan hal itu hingga mereka sanggup hantar trak protes dan demo semata isu itu. Belum lagi kes dimana idol tersebut dikecam hingga hilang pekerjaan. Takut Arona memikirkannya.

"Please...jadi teman wanita aku." Hajoon mendakap Arona dengan erat sambil menggosokkan wajahnya ke bahu Arona

Tidak mengatakan apa-apa Arona sekadar menggosok belakang badan Hajoon cuba hendak menenangkannya. Sedangkan dia sendiri sedang ketakutan. Dia takut jika nanti hubungannya ini akan merosakkan masa depan Hajoon. Jadi tiada jawapan yang dapat diberikan sebagai kata putus.

Keluhan panjang lepas dari Arona.

"Aku tak tahu Hajoon."

"Habis tu macam mana?Aku tak boleh tengok kau bersama dengan lelaki lain Sweetie." tanya  Hajoon mengeratkan pelukkannya pada tubuh kurus Arona. Takut yang dia rasakan benar-benar buatkan dia panik. Membayangkan Arona tidak berada disisinya saja sudah menakutkan dia, inikan lagi melihat Arona bersama lelaki lain selain diri, semakin gusar la Hajoon dibuatnya.

"Berikan aku masa. Okay?"

Hajoon melepaskan pelukannya untuk pandang Arona. "Okay...kalau itu yang kau perlukan. Aku akan berikan masa selama yang kau perlukan. Dengan syarat kau...tak jauhkan diri dari aku..janji?"

Arona termenung. Kalau dia terima, berapa lama hubungan mereka dapat bertahan?

"Aku janji."ucapnya perlahan.

Bersama dada sesak dan sebu kerana takut, Hajoon kembali memeluk Arona seeratnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience