25.Jelousy On Max

Fantasy Completed 7232

"Hai..."tegur Jinhyuk kepada junior tahun pertama yang duduk sendirian di bangku bersama buku sketching terbuka luas atas riba.

Arona di bangku itu dongak memandang Jinhyuk. Mata bulatnya menatap wajah Jinhyuk tanpa berkedip untuk seketika sebelum menyahut. "Hai..."

"Seorang aje ke?"senyum Jinhyuk semesra yang boleh.

"Ya saya."riak kebingungan Arona diganti dengan renungan ingin tahu. "Senior ke ni?"

"Betul, saya pelajar tahun kedua dari fakulti permodelan.Selamat berkenalan. Saya Jinhyuk."

"Ahh...maaf."terus Arona berdiri ingin memberi tundukkan hormat. "Saya Arona Sweet."

"Eh..tak perlu minta maaf. Saya sendiri datang menganggu masa kamu di sini."lekas-lekas Jinhyuk menghalang. Matanya tidak lepas dari menatap wajah comel di hadapannya ketika ini. Hatinya tergamit sebaik saja matanya terarah pada gadis dihadapannya sewaktu berjalan tadi. itu yang tergerak hendak mendekat.

"Ya senior...ada apa-apa yang boleh saya bantu?"soal Arona begitu janggal kerana ini kali pertama dia didatangi lelaki sejak tiga hari selepas dia masuk ke kampus.

"Dari major apa ya?"borak Jinhyuk membuka ruang perkenalan untuk mereka berdua agar Arona selesa bersamanya. Dan mana la dia tahu, rupanya sejak pertemuan kali pertama itu, Arona menjadi cinta pandang pertamanya.

END OF FLASHBACK

"Tengok ni..."

"Cantiknya..."

"Ig siapa?"

"Rona."

"Hah?Budak major design tu???"

"Ya..."

"Dia dah ada boyfriend?"

"Mungkin...sebab tengok la story dengan post dia..."

"Hahahah...aku bila la boleh merasa ni?Single aje. Budak junior aku dah sibuk bercinta, aku dekat sini masih lagi tak berpunya."

"Cari la...ini tidak kau asyik menghadap buku, kuliah, dewan prep, buku..kemudian kuliah...mana la nak ada teman lelaki."

Perbualan rakan sekuliah yang berada di tempat duduk barisan belakang menganggu konsentrasi Jinhyuk di tempat duduk barisan hadapan. Sejak dia masuk ke situ, kumpulan pelajar perempuan di belakangnya asyik berborak tentang hubungan. 

Sudahlah mood dia tidak berapa baik kebelakangan ini, mendengar perbualan mereka ini langsung tidak membuatkan mood dia membaik!

Mana taknya.

Harapan Jinhyuk dari hari ke hari punah apabila hampir setiap hari dia disajikan dengan notification mengenai Arona keluar bersama dengan lelaki lain dan diberikan hadiah. Bukan kerana dia tidak mampu untuk menyediakan semua itu, dia mampu, cuma peluangnya setipis sehelai kertas. 

Sehari dua masih boleh terima lagi.

Ini hampir setiap hari.

SETIAP HARI!!!

Ugh!Siapa aje yang tahan.

Lagi-lagi kalau melibatkan orang yang disukai.

Jinyhuk jadi tidak sabar. Sampaikan termimpi-mimpi akan perasaan tidak puas hatinya. Roommate dia bising sebab gara-gara mimpi itu dia mengigau.

Masakan tidak, sudah masuk seminggu lebih hal ini berlanjutan. Hari pertama bunga biru, hari kedua bunga pink, hari ketiga bunga merah, hari ke empat bunga ungu, dan seterusnya....

Hah~

Dan hari ini punya.

Bersama kening berkerut seakan mahu bercantumnya, Jinhyuk tenung skrin telefon bersama perasaan berbuku cemburu. Ikutkan hati dia sudah menemui Arona awal sebelum itu. Tetapi disebabkan rasa takut hendak mendengar jawapan Arona mengalahkan perasaan cemburunya, sampai kesudah Jinhyuk tidak berani hendak menemui gadis itu.

Hingga la ke hari ini.

Dia nekad. Tidak kira apa yang berlaku dia mahu menemui Arona bagi mendapatkan kepastian sama ada crush dia itu memang sudah berpunya atau belum. Kalau benar Arona sudah mempunyai kekasih, dia sedia berundur. Jika bukan, dia tetap akan cuba buatkan Arona menerima perasaannya tidak kira berapa lama dia perlu menunggu.

"Hey, Jinhyuk..."panggilan itu menyentak lamunannya.

Mahu tak mahu Jinhyuk pun menoleh ke balik bahu. "Ada apa?"

"Ini dalam gambar ni...bukan kau?"tunjuk pelajar perempuan akan skrin telefon kepada Jinhyuk.

"Gambar apa?"sengaja Jinhyuk buat tak faham sedangkan dia tahu apa yang dimaksudkan oleh rakannya itu.

"Ini...tengok."

Bersama riak tidak berminatnya, Jinhyuk melihat gambar dari story Kakaotalk Arona. Satu tangan lelaki mencengkam tangan Arona. Merinding kejengkelan dia rasakan ketika ini. "Bukan.."

"Jadi bukan kau la teman lelaki Arona?"

"Tak mungkin la Jinhyuk. Obviusly lelaki dalam gambar Arona ni anak orang kaya. Tengok aje la kereta yang dia drive....hadiah mahal, bunga hampir setiap hari..."

Ugh!Jinhyuk kembali berpaling ke depan riak wajah menyampah. Memang la dia bukan orang kaya atau memandu kereta mahal, tapi dia pun mampu jugak untuk berikan hadiah mahal dan bunga untuk Arona.

Setakat bunga aje, coklat dan pakaian branded pun dia boleh bagi la!

Pantas Jinhyuk memandang skrin telefon. Dia membuka chat lalu mencari nama Arona. Dia ingin tanya di mana gadis itu berada. Kerana dia perlu menemui Arona dengan segera sebelum cemburunya ini meledak menjadi benci!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience