12. Take A Risk

Fantasy Completed 7232

Aghh!

Frust!

Kenapa boleh jadi maam ni?

Rosak semua pelan!

Pelan dia ingin melamar Arona menjadi kekasihnya tidak berhasil!

Menggigit jari Hajoon dibuatnya.

"Apa kamu fikir yang kamu lakukan Hajoon?"soal Manager Gyu semasa memandu kereta selepas keluar dari kesesakan para peminat beberapa minit yang lalu. "Keluar sendirian tanpa pengawasan?Bagaimana sekiranya berlaku sesuatu pada kamu?"

Sambil menaip pesanan buat Arona, sambil itu Hajoon beritahu. "Awalnya semua okay, tapi ada seorang peminat tu tiba-tiba aje sebut nama saya lepas berbual dengan saya. Dari situ semuanya bermula."

Manager Gyu menggeleng kepala. "Kenapa kamu tak samarkan diri kamu semasa keluar tu?"

"Saya keluar dating, manager...mana mungkin saya kena bertutup litup...I need to look presentable."bersungguh Hajoon beritahu Arona tentang situasi yang berlaku. Sudah la dia baru sahaja berbaik dengan Arona. Mujur Arona tidak merajuk atau marah.

"Dating?Dengan siapa?"

Skrin telefon sekali lagi di pandang. Hajoon sibuk membaca pesanan yang masuk."Of course dengan Sweetie. Dengan siapa lagi."tapi Arona balas perbualan mereka yang gadis itu sudahpun pulang ke hostel pelajar. Terkilan juga dia rasakan ketika ini. Tapi sekurang-kurangnya Arona tak apa-apa. Itu paling penting.

Manager Gyu mengeluh. Dia tidak tahu hendak cakap bagaimana lagi dengan Hajoon mengenai hubungan dua orang itu. "Mujur Arona belum tiba di situ sewaktu keadaan jadi sibuk. Kalau tidak, masalah mungkin akan timbul."

Elok jari Hajoon sedang menaip, terus terhenti dia.

"Kamu kena ingat Hajoon. Hidup kamu sebagai selebriti sudah sebati dengan kamu. Jadi berada di dada akhbar atau artikel perkara biasa untuk kamu. Tapi bukan untuk Arona. Dia ada kehidupan normal yang perlu di jalani. Ada hal yang perlu kekal sebagai privasi untuk menjaga keselamatan Arona. Sekiranya kamu silap langkah, Arona boleh dalam bahaya. Kamu lupa tentang kes model yang dikatakan keluar hotel bersama kamu beberapa bulan yang lepas?Hanya disebabkan salah faham model tu sekarang sudah di blacklist kerana peminat kamu punya kerja. Bagaimana kalau hal tu terjadi pada Arona?"

"Kenapa manager menakut-nakutkan saya begitu...kan kes dekat hotel tu kebetulan. Dia duduk di hotel sama tempat saya menginap. Bukannya kami berjumpa ke apa. Saya sendiri tak kenal dia siapa."

"Bukan menakut-nakutkan kamu...ianya kenyataan Hajoon."

"Habis tu macam mana saya nak keluar dengan Arona, kalau buat itu tak boleh ini tak boleh?"bingung-bingung Hajoon bertanya.

Manager Gyu berdengus kecil. Dia mengerling ke cermin pandang belakang melihat Hajoon di situ. "Hajoon...selebriti seperti kamu tak boleh ada kehidupan percintaan...kamu tu dari rambut hingga ke hujung kaki adalah milik peminat, ingat tu.."

Apa dia?Hajoon begitu tidak terkata. Kenapa Manager Gyu bercakap seakan hidup dia akan selamanya menjadi artis?Lagipun kerjaya sebagai selebriti ini sekadar hiburan untuk dia. Tidak pernah sekali dia anggap serius. Kenapa?Sebab Arona yang ingin melihat dia menjadi selebriti. Kalau tidak, mana mungkin la dia berada disini.

"Kalau macam tu saya akan berhenti dari menjadi selebriti..."lafaz Hajoon dengan selamba.

"Ish!Ada ke sampai ke situ."menjegil mata Manager Gyu.

"Yalah...manager sendiri cakap, hidup sebagai selebriti ni hidup yang semua perkara tidak boleh. Itu tak boleh ini tak boleh. Pendek ceritanya being a celebrity has no life."

"Bukan itu maksud saya. Maksud saya semua ni terlalu awal untuk kamu. Tak boleh ke kamu fokus pada kerjaya kamu dulu baru fikir tentang perhubungan?"

Memang tak la. Dah la Arona tu hanya ada seorang aje. Nanti kalau dia lambat-lambat, Arona di rampas dengan orang lain dulu macam mana?10 tahun dia bersama dengan Arona. Ingat senang-senang aje nak dilepaskan! Hajoon kembali memandang skrin telefon. Menghantar pesanan kepada Arona yang dia akan pulang terus ke apartmentnya. Dan mereka akan bertemu semula nanti di agensi.

"Saya hanya boleh fokus dalam pekerjaan sekiranya hubungan saya berjaya.."beritahu Hajoon.

"Dan bagaimana kalau hubungan kamu tidak berjaya?"

Semakin sesak dada Hajoon rasakan semenjak tadi. Kenapa tanya soalan yang menakutkan dia sejak tadi ni? Soalan Manager Gyu ini cukup dalam hingga meninggalkan kesan kepada dia. Kenapa Manager Gyu berkata seakan dia tidak boleh bersama dengan Arona? Menjengkelkan betul.

Dari awal Arona bersama dia, maka hingga ke akhirnya Arona akan bersama dengan dia. Tak kira apa sekalipun keadaannya.

"Then I'll make it work no matter what."lafaz Hajoon menghantar pesanan terakhir untuk memberitahu Arona yang mereka akan makan bersama selepas perjumpaan di agensi esok.

Tidak dapat mengatakan apa-apa lagi, Manager Gyu hanya melepaskan hela mengalah.

Itu je untuk hari ni. Jumpa next week. TERIMA KASIH SUDI SINGGAH! Teringat dulu masa masih guna ASTRO ada channel 191 & 192 & 193 yg siaran khas untuk drama Korea...skrg dh guna Netflix,WeTV,IQiyi,LokLok,VIU..Youtube...Dah unsubscribe ASTRO tu?tak merasa dh feeling debar menanti siaran langsung new episode kdrama.  Last guna Astro masa zaman drama I Can Hear Your Voice.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience