Seoul International School, 2008
Para pelajar dari Grade 10 sedang menjalani aktiviti kelas PE mereka di dalam gim pada pagi Isnin. Namun bukan semua pelajar yang menjalankan aktiviti. Hanya sebahagian mereka sibuk duduk bersila di lantai sambil menikmati roti melon dan susu pisang. Manakala sebahagian yang lain sedang berbual di bangku sekitar gim. Namun ada yang tersisa di lantai gim melakukan aktiviti senaman mereka.
"Berapa push up kau boleh buat?"Arona pandang Ha-joon di hadapannya semasa bersila memerhatikan lelaki itu buat sit up.
"Kenapa?Kau nak bertaruh dengan aku?"sengih Ha-joon meleret memandang Arona.
"Kau nak?"
"Call!Aku on aje. Lagipun aku yakin aku yang akan menang."
Arona terus mencemik ingin menyumpah bila melihat reaksi dari Ha-joon begitu. Menjengkelkan betul. "2 minit. Push up terbanyak dia akan siapkan latihan matematik."ajunya serta merta.
Remaja lelaki berusia 16 tahun itu ketawa besar. "Kau pasti?Jangan pulak kau mengungkit pada aku sekiranya kau kalah nanti Ji-Eun."
Tanpa amaran Arona mencampak kasut ke Ha-joon.
"Agh!"terkejut Ha-joon apabila kasut itu mengenai mukanya. Mujur dia sempat sambut kasut itu dalam tangan.Kalau kena muka handsome dia bagaimana?Jatuh saham tak memasal. "Kenapa dengan kau?"soalnya sewaktu terkebil-kebil kebingungan.
"Kenapa kau suka panggil nama aku sedangkan kau tahu aku tak suka?"
"Kenapa pulak tak boleh. Han Ji-Eun tu nama yang cantik?Kan Jieun-nah.."semakin galak Ha-joon menyakat.
"Cukup!"
Ha-joon ketawa sambil mengenakan kasut ke kaki Arona semula.
Dan waktu itu Arona sekadar diam memandang wajah Ha-joon. Lama dia tenung wajah idol like face Ha-joon itu. Wajah yang menjadi punca lelaki ini sudah bertukar gelaran. Dari kawan kepada cinta pertamanya. "Hei.."
"Kenapa?"Ha-joon mengangkat matanya semasa tali kasut Arona diikat olehnya.
"Kau tak terfikir ke nak jadi idol?"
Senyuman meleret terukir dibibir cantik itu. "Kau nak aku jadi idol?"
"Kau ada rupa seorang idol..."malu-malu Arona beritahu.
"Hahahaha...jadi kau nak kata aku handsome la ni?"bila Ha-joon ketawa semakin terserlah ketampanannya di mata Arona. Sampaikan Arona berdebar sendiri.
"Dah la ke tepi. Kata nak bertaruh siapa boleh buat push up paling banyak."Arona menendang perlahan Ha-joon ke belakang sehingga remaja lelaki itu terduduk di atas lantai gim itu.
"Beritahu aku, kau rasa muka aku ni layak jadi seorang selebriti kan?"
"Aku tak tahu. Berhenti cakap tentang hal tu."
"Tapi kau yang ungkit dulu....kalau macam tu patut ke aku cuba jadi idol?Kau tahu ramai budak sebaya kita sekarang jadi trainee."
Arona sekadar menjeling ke Ha-joon. "Kau ingat senang ke jadi selebriti tu?"
Kim Ha-joon sekadar memandang wajah merah padma Arona dengan senyuman senang di bibir. "Belum cuba belum tahu kan?"
Arona mengecilkan mata ketika dia berasa curiga dengan sengih di bibir Ha-joon. Hmm...kalau sudah tersengih-sengih ni pasti ada la yang dirancangnya tu. "Apa lagi idea tak masuk akal dalam kepala kau tu Ha-joon?"
"Kau kata nak tengok aku jadi idol."
"Aku cakap aje la. Bukan betul-betul maksudkannya. Apa susah sangat bercakap dengan kau ni."
"Hahaha!"
END OF FLASHBACK
*SIARAN LANSUNG MUSIC BANK DI TELEVISYEN*
"K-pop yang sentiasa berkembang!"
" Korea Heart Wave. Dengan dunia menonton Music Bank secara langsung! Hello! Saya si comel Cherry Bunny Pengurus Bank Arina."
"Hai, penonton semua! Saya TYT's Bambi Hoobin, MC pengganti pada hari ini!"
"Gembira dapat berjumpa dengan awak, Hoobin. Beritahu kepada para penonton kita yang akan menyertai kami hari ini akan kesungguhan anda!"
"Saya pengganti MC untuk Songhoon hari ini. Dengan berada di atas pentas, semestinya saya sangat gementar. Jadi, saya akan melakukan yang terbaik! Saya tidak akan mengecewakan anda."
"Ya...saya tidak akan mengecewakan awak juga.Saya dengar awak menyediakan sesuatu untuk meraikan menjadi MC pengganti hari ini."
"Betul tu. Seperti awak dan slogan Cakku bersama Soonghoon sangat comel. Maka bagi meraikan hari MC ini, saya telah bekerja keras membuat satu slogan untuk diri saya sendiri. Jom buat sama-sama."
"Okay."
"Hoobin."
"Arina."
"Binn."
"Rinn."
"CROSS."
Dua pengacara itu kemudiannya ketawa.
"Lebih bertenaga. Mari kita perkenalkan barisan hari ini dengan mempesonakan."
"Kita mulakan dengan Kim Sunghoon dalam penerokaan pertama beliau di dalam heavy mental selepas hampir 32 tahun 'Ice On Fire."
"Menampilkan Zuho SF8 yang membawa keseronokan 'We Heung' oleh YJP. Dan orang yang gementar untuk penampilan sulung mereka seperti saya hari ini daripada Lumin dan Song Soowoo."
"Kepada dua orang dengan persembahan khas. Yeena's 'Lxxk 2 U' dan Whee Iin's 'Pink Cloud'. Jangan terlepas satu pun. Akan datang tidak lama lagi."
"Mari lihat calon K-Chart untuk tempat pertama minggu ini."
"Mari kita lihat!"dengan serentak dua pengacara itu bersuara.
Share this novel