22. Guy Deterrant

Fantasy Completed 7232

"Ambil gambar aku..."beritahu Hajoon.

Dah kenapa?Arona pandang tangan Hajoon yang sedang memegang tangannya dimana telefon berada sementara sebelah lagi memegang stereng kereta. "Untuk apa?"

"Ambil aje satu.."

"Sekarang?"

"Yalah..."

Masih tidak mengerti mahu tak mahu Arona sentuh skrin telefon lalu menekan ikon CAMERA pada skrin. Lantas dia ambil posisi. Memang la dia sedia maklum Hajoon ini seorang selebriti. Bergambar itu rutin normal, tapi takkan la masa seperti sekarang mahu bergambar jugak?

"Macam mana?"

"Macam mana macam mana pun boleh, janji muka aku tak nampak."pesan Hajoon.

Nak dijadikan cerita, awal tadi Arona sepatutnya sudah bertolak untuk ke kampus. Tetapi Hajoon pelawa untuk pandu dia ke kampusnya itu. Mulanya Arona sudah menolak kerana kelas dia di awal pagi. Memandangkan Hajoon ada jadual yang perlu dihadiri pada waktu sama, Arona enggan menganggu lelaki itu. Tetapi Hajoon bertegas hendak menghantar Arona ke kampus jugak.

Sekali tidak lama dalam pemanduan Hajoon buat permintaan ambil gambar secara tiba-tiba. Itu yang Arona bingung bingung di sekat sebelah pemandu ketika ini.

Sudah la masih awal pagi, bolehnya perkara pertama yang diminta adalah bergambar. Offer la minum pagi ke morning kiss ke. Tak ada la dia terkebil-kebil macam blinker kereta.

Rasanya malam tadi Hajoon salah tidur agaknya. Sampai ke siang terbawa-bawa sakitnya tu.

Click!

Click!

Bunyi shutter kamera memenuhi kereta itu.

"Kenapa kau-"baru Arona hendak tanya Hajoon terus mengambil telefonnya itu lalu disentuh itu dan ini. Makin tercengang dia. "Apa kau buat?"soalnya tidak faham.

"Kau friends dengan senior kau tu?"

"Senior?"kedip Arona cuba hendak fahamkan soalan. "Ohh...Senior Jinhyuk maksud kau?"

"Hm.."balas Hajoon sambil menaip sesuatu di skrin telefon Arona. So itu nama senior yang sukakan Arona?

"Friends dekat mana?"

"IG, atau Kakao..."

"Ada..."angguk Arona masih clueless. Dah kenapa lelaki sebelahnya ini. Dan apa yang Hajoon lakukan pada telefon dia? Jangan taip yang bukan-bukan sudah!

"Good."

Kerana ingin tahu, Arona anjak merapat ke Hajoon. Dan bila dia lihat, rupa-rupanya Hajoon update story di dalam Kakao dan IG miliknya. "Tak apa ke?"soalnya sedikit risau.

"It's okay... muka aku tak nampak."beritahu Hajoon. "Lepas ni senior yang dah confess dekat kau tu takkan berani cuba dekati kau..lepas dia tengok story kau."telefon Arona disuakan kembali.

Sambil melihat skrin telefonnya, Arona capai telefon itu semula. Gambar Hajoon sebagai latar story dengan caption 'morning drive to campus'. Tawa kecil lepas tanpa sengaja selepas melihatnya. Dari dulu lagi dia ingin lakukan hal sebegini. Namun oleh kerana ianya adalah Kim Ha Joon, terpaksa la dia kuburkan keinginannya itu dari post apa-apa gambar Hajoon.

Dan siapa sangka setelah sekian lama memendam keinginan, Hajoon sendiri yang lakukan hal ni.

"Kau nak claim aku dah berpunya la ni?"

"At least gambar tu boleh jadi sebagai guy deterrant untuk mana-mana kenalan lelaki kau." beritahu Hajoon.

"Kau akan terus buat semua ni selagi aku tak terima permintaan kau tu ke?"Arona menarik seatbelt lalu dipasang ke badan.

"Kalau perlu."Hajoon kembali fokus memandu.

Tidak terkata kerananya Arona sekadar berdengus kecil lalu memandang ke depan. "Whatever that make you happy..."gumamnya perlahan. Padahal dalam hati dia gembira bukan main lagi.

Setiba di laman kampus, kereta Hajoon berhenti di balik kesibukan pelajar yang keluar masuk tempat itu.

"Thanks."ucap Arona memegang locking retractors untuk seatbeltnya. Namun sebelum dia sempat membuka seatbelt, tiba-tiba muncul tangan bercincin memegang tangannya.

"Tunggu.."

Tersentak Arona. Dia pantas memandang Hajoon dengan kening terangkat. "Ada apa?" pandangan Arona ke lelaki bertopeng mulut sebelahnya itu.

Tanpa amaran, Hajoon menanggalkan snapback dari kepala lalu hadang hadapan wajah Arona menggunakannya. Lalu menarik mask turun ke dagu dari menutup mulut.

Oleh kerana semuanya berlaku dengan pantas, Arona langsung tidak dapat menghalang Hajoon ketika Hajoon mengucup pipinya dibalik topi itu.

Chup!

Dengan nafas tertahan, Arona pandang Hajoon setelah kucupan itu. Begitu terpegun kerana tindakan mengejut itu. What the heck!

"Study elok-elok. Balas chat aku lepas kau free nanti."pesan Hajoon mengenakan snapback ke kepala semula dan menutup mask ke mulut. Sedikit pun tidak menunjukkan riak serba salahnya atau segan silu.

Slap! Dengan lembut Arona pun memukul tepi lengan Hajoon ekoran begitu malu." Apa kau buat ni? Hilang akal sangat dah ke? " sengihnya ditahan-tahan.

"Ha'ah... Aku dah hilang akal sebab kau. " gumam Hajoon dari balik mask dia. Mungkin sedang tersengih juga.

Sambil membuat muka tak percayanya seatbelt di tanggalkan dari locking retractors oleh Arona." Aku pergi dulu."dia meminta diri sewaktu buka pintu dan keluar dari situ tanpa berlengah. Makin panas berbahang dia rasakan kalau berada di situ dengan Hajoon lama-lama.

"Bye, Sweetie."

"Bye."

Hajoon sekadar menghantar langkah itu denganĀ  renungan sehingga la Arona menghilang ke dalam bangunan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience