Sambutan Tahun Baru, December 2010,
"Cheers!Untuk tahun baru!"dua tin bir berlaga antara sama lain.
Dua remaja 18 tahun duduk saling berdampingan atas sebuah di sebuah rooftop bangunan.
Arona meneguk sedikit minuman sejuk dari tin itu sebelum berkerut kening tidak suka sebaik saja cecair pahit itu menyentuh deria rasanya. "Ugh!Pahit."komennya.
"Hah!Lega rasanya. Sekejap aje kita dah habis belajar sekolah menengah tinggi kan?"Ha-joon di sebelah duduk melunjur ke depan menyelesakan diri. Memandang ke arah langit malam dari bumbung bangunan agensinya.
Sambil membuat muka kerana komen itu, Arona capai ceri merah dari bekas plastik yang mereka beli dari kedai serbaneka di hadapan bangunan tadi. "Lega apanya...kita masih kena struggle untuk CSAT nanti."kunyahnya semasa berkata.
Lantas Ha-joon pandang ke Arona. Wajah berona merah akibat suhu sejuk malam ditenung lama. "Kau dah tengok papan billboard yang ada iklan aku tu?Handsome tak aku?"tenungnya penuh nanti. Yalah, bukannya tiada orang yang memuji, Ada aje. Tapi antara ramai-ramai orang yang memuji dirinya, Arona adalah orang yang paling dia tertunggu-tunggukan pujiannya.
"Mm...biasa je. Maybe sebab aku dah biasa pandang kau depan-depan macam ni..."seloroh Arona sengaja mahu menyakat. Ya tak mungkin la dia akan berkata jujur pada Ha-joon. Malu la. Tapi jujur beritahu Ha-joon sentiasa kelihatan kacak tidak kira lelaki ini seorang model atau sahabatnya. Bagi dia Ha-joon tetap istimewa di dalam hati dia. Yang mana dia perlu simpan rahsia ini rapat-rapat.
"Hey....cuba ikhlas sikit kalau nak puji aku tu. Kau ingat senang ke jadi model ni.."
"Ya...ya..Kau Kim Ha Joon yang handsome lagikan segak. Prince of Hallyu Star. Puas hati sekarang?"dengan menyampah Arona beritahu.
" Hahaha...lagi tak ikhlas adalah... "
Enggan memberi komen mengenainya, Arona capai tin minima.
Bila Ha-joon nampak Arona meneguk lagi bir dari tin, matanya terkunci pada sepasang bibir milik gadis itu. Dan tanpa sedar dia mengecap bibir sendiri sebelum menelan liur.
"Aku minta maaf tau Sweetie..."
"Kenapa?"
"Yalah...sepatutnya kau sambut tahun baru dengan family kau...sebaliknya kau bersama dengan aku."senyum Ha-joon dengan manis selepas itu.
Terkedip sekali mata Arona sebaik bertentang mata dengan Ha-joon.
"Aku harap kau tak kisah..." Hajoon beritahu lagi.
"It's okay... Bukan hal serius pun." Arona menelan liur. Kenapa lelaki ini kelihatan begitu menawan malam ni? Buat dia jantungan aje la setiap kali memandang. "Family aku tak buat apa-apa pun. Dari aku baring dekat katil, elok jugak ambik udara segar malam-malam macam ni..."tiba-tiba aje dia berdebar. Perutnya juga memulas aneh.
"Kalau aku boleh keluar dah lama aku keluar. Tapi agensi aku beritahu trainee junior macam aku ni kena duduk dekat asrama. Lepas debut nanti baru boleh keluar. Mujur la aku dapat mintak kebenaran dari manager untuk bawa kau ke sini...kalau tidak kebosanan la jawabnya aku malam tahun baru ni."
"Itu la kau...mengada-ngada sangat nak jadi idol kan?"
"Kan kau yang nak tengok aku jadi idol..."
"Bila masanya?Aku tak cakap pun..aku tanya aje kan..."
"Sama aje la.."Ha-joon tunduk ke bawah sewaktu tangan dia mengocek keluar sesuatu dari poket padding jaketnya.
Arona menarik muncung rajuknya sambil mencarik-carik kertas pembalut coklat yang dimakan tadi. Tak habis-habis nak mengungkit. Geram betul.
Sekali tu tergantungnya seutas rantai di hadapan muka Arona Membuatkan mata dia terus naik memandang rantai itu.
"Huh?"kedip Arona tidak percaya setelah melihat rantai lalu mengerling ke Ha-joon. "Apa ni?"
"Hadiah tahun baru..aku belikannya guna duit gig modeling aku.."dengan bangga Ha-joon tersenyum. "Macam kau cakap dekat aku hari tu, kalau aku nak sesuatu aku kena dapatkan sendiri dengan hasil titik peluh aku bukan berharap pada wang ibu ayah aku semata...."
"Serius?"Arona tersenyum lebar tidak dapat membendung rasa gembiranya ketika itu. Macam tak percaya aje. Dadanya berasa begitu hangat sampaikan telinga dia juga terasa berbahang. "Kau belikannya untuk aku?"
"Ya."Mata Ha-joon tidak putus memandang setiap pergerakkan Arona. Hingga dia tidak sedar betapa kemerahannya kedua belah cuping telinga Ha-joon ketika melihat reaksi gembira Arona. Buatkan dia berasa bangga.
"Hahaha...so sweet. Thank you..."Arona pun capai rantai tu lalu dibelek dengan minat.
"Kau sukakannya?"
"Hm..hm...aku sukakannya."angguk Arona.
"Kalau macam tu, hadiah aku pulak."
Jatuh terus senyuman Arona sebaik tersentak. Untuk beberapa saat dia terkebil sendiri kerana menyedari bahawa dia tidak menyediakan sebarang hadiah. Sebabnya dia ke situ pun tanpa dirancang. Mana la sempat hendak sediakan hadiah bagai.
"Mm?Hadiah?"soalnya semula sewaktu memandang Ha-joon.
"Yalah. Hadiah. Kan tahun baru. Mesti la ada hadiah. Jangan cakap yang kau tak sediakan hadiah aku?"Ha-joon tercengang.
Tersengih-sengih tidak bersalah Arona dibuatnya.
"Seriously?"
"Heheheh....sowwy. Aku lupa. Next time ya. Sebab sekarang aku tak ada hadiah.."
"Apa ni...tak adil betul. Takkan aku aje yang beria sediakan hadiah untuk sambutan tahun baru kita?"
"Mana la aku terfikir...dah kau yang ajak aku ke sini secara mendadak. Kalau kau beritahu awal kita nak sambut bersama, sempat la aku sediakan."
Lantas Ha-joon terdiam.
"Next time okay?" senyum Arona mahu memujuk. "Kau nak hadiah apa...ke nak suprise gift?"
Kepala Ha-joon terlentok sedikit menilik wajah comel Arona ketika gadis bercakap. Ya tak ya kan. Selama ini dia langsung tidak terfikir, tapi entah kenapa lately dia merasakan perasaan aneh ni. "Aku rasa aku tahu aku nak hadiah apa."
"Hah... beritahu la. Nanti aku belikan untuk kau..."kata Arona yang memakaikan rantai pemberian Ha-joon tadi ke lehernya sendiri.
Pada masa inilah, Ha-joon menolak ketepi bekas makanan yang berada di tengah kedudukan mereka agar tidak menghadang. Dia merapat ke Arona. "Kau tak perlu belikan apa-apa...kau cuma perlu berikan aje."
"Apa maksud kau-"soalan Arona tidak habis apabila dia terdiam dek kedudukan rapat Ha-joon dengannya di bangku itu. Dia terkedu menatap mata di depan mukanya tanpa bergerak.
"Kau tahu...kita berdua dah lama berkawan. Dan apa saja yang kita buat, kita buat bersama. Kongsi bersama. Kan?"beritahu Ha-joon di hadapan wajah Arona.
Dengan gugup Arona menelan liur. "Jadi?"
Ha-joon menarik sengih penuh maksudnya.
Share this novel