01. Rahsia Arona

Fantasy Completed 7232

"OH MY GOSHHHHHHH!!!!!"

Melompat Arona di tempat duduk apabila lima orang rakan sekelasnya bersorak dengan serentak di hadapan meja kerja dia sedang duduk.

"WEIIIIII......kau dah tengok IG story Ha-joon belum?"

"Aku baru tengok...."

"Handsome betul suami aku niii!!!"

"CEPAT!Cari brand apa baju dia pakai tu?!"

"Screenshot cepat...kita kena cari baju dan segala benda yang dia pakai sebelum sold out!"

Suara pekikan kumpulan fangirl selebriti terkenal Kim Ha Joon di situ membuatkan bengkel kerja pelajar jurusan fesyen designer pada tengah hari itu riuh seperti kebiasaannya. Disebabkan sekarang gelombang hallyu selebriti itu semakin meluas, maka para peminat juga semakin fanatik. Hinggakan hal-hal kecil pun hendak di hebohkan.

Semasa mereka sibuk mencari tahu stoking apa yang dikenakan oleh idola mereka ini

Lain kisahnya dengan yang seorang ini.

Taktala orang lain berebut ingin mendapatkan informasi dan segala perkembangan mengenai idola kegemaran mereka,

Arona sekadar menggeleng kepala sebelum kembali menyambung kerja melakarnya. Dia langsung tidak kelihatan teruja atau berminat untuk mengambil tahu apa yang berlaku.

Mana taknya....kalau dah hari-hari menghadap perkara sama, cacing sendiri pun boleh kering sebab terlalu banyak sangat dengar nama tu di sebut.

Kim Ha-joon itu.

Kim Ha-joon ini.

Kim Ha-joon sana.

Kim Ha-joon situ.

Lelaki kacak dan terkenal itu berada di mana-mana tidak kira dimana Arona bertapak.  Seakan bayang-bayang pun ada.

Brit!

Brit!

Brit!

Skrin bercahaya apabila telefon di atas timbunan lipatan kain perca mula bergetar.

Arona yang sedang tunduk melukis atas buku sketch menjeling sekejap ke skrin. Ingin memastikan siapa yang menghubungi ketika tangan masih bergerak mewarna lakaran tadi. Sekali selepas di pandang, terteranya nama panggilan yang hanya berlambangkan emoji purple heart di skrin sentuh itu.

Gulp!Arona mengetap bibir saat hela nafas ditarik dalam. Dia cuba nak cari kekuatan sebelum jawab panggilan yang masuk tu. 

Kenapa?

Well....sebenarnya kan dia ada simpan satu rahsia besar. Rahsia yang tiada sesiapa boleh tahu mengenainya. Dan kalau rahsia ni terbongkar,bukan setakat hidup dia akan tungang terbalik. Tapi seluruh dunia Kelab Purple Heart senasional nanti akan ikut.

Apa rahsia tu sampai boleh tunggang terbalikkan kehidupan dia?

"Hello?"Arona mengerling ke rakan-rakan sekuliah yang masih sibuk berborak dan stalk Instagram idola kegemaran mereka di hadapan bengkel. Risau jugak kalau ada yang dengar perbualannya ini.

"Sweetie buat apa?"manja aje pemanggil dalam panggilan tu.

Cepat-cepat Arona menggigit bawah bibir hendak tersengih setelah mendengar suara yang dirindui selama seminggu ini.  "Kenapa?Kau perlukan apa-apa lagi?"

"Hey. Apa ni....tegur-tegur terus marah. Tak rindu aku ke?"

Arona buat muka menyampah. Pensel lakaran dalam tangan digenggam erat.

Rindu?Hah!Berangan. Kalau sibuk post dekat Instagram, dengan caption 'sayang,cinta' bagai siapa aje yang nak rindu.

"Kau nak apa sebenarnya ni?"soal Arona sedaya upaya tidak kedengaran seperti teruja atau gembira dengan panggilannya itu.

"Tak ada la. Aku post semua baju yang kau design dekat story IG aku...tapi satupun kau tak like. Ke kau tak tengok langsung?"

Kenyataan bahawa Arona adalah student dalam jurusan fashion designer membuatkan dia juga sebagai pereka fesyen khusus untuk kesayangan yang satu ini.

Alasan kenapa dirinya dipilih menjadi pereka fesyen peribadi pun sebab rahsia mereka jugak. Tapi selain tu,  apa saja jenis pakaian yang direka Arona nanti hanya mempunyai satu saja di dunia dan takkan dapat dimiliki oleh sesiapa walaupun rekaannya adalah brandless.  Jadi tiada siapa boleh mengenakan fesyen yang sama.

"Pasal itu aje kau call aku?"seperti biasa Arona akan bersikap dingin kepada si pemanggilnya ini. Bukan kerana tak suka, tapi kerana dia cinta la Arona beri layanan begini. Kerana Arona mahu melindungi hati kecil dia yang satu ini dari lelaki yang menjadi cinta buat ribuan wanita diluar sana.

"Sweetie...kenapa kau selalu layan aku macam ni tak kesian ke dekat aku ni?At least buat-buat la macam kau happy setiap kali aku call ke apa ke. Tak ada la aku down sangat dekat sini..."

HMPH!Yalah down. Entah-entah tengah happy photoshoot dengan model cantik dekat Pantai Jeju sana. Konon je cakap sunyi dekat situ. Sambil menarik muncung rajuknya, Arona menguntil hujung kain yang terbiar di atas meja kerjanya.

"Kalau boleh aku flight balik ke sana sekarang jugak..."

Benci betul!"Jangan nak mengada-ngada. Kalau kerja tu buat cara kerja. Jangan mentang-mentang famous, kau nak buat perangai ikut suka kau."Arona mencemik menyampah.

"Aku tak tipu Sweetie bila aku cakap aku rasa down dekat sini sebab nak jumpa kau...hari ni aje photoshoot kena postpone sebab aku tak boleh bawak watak..."

"Dah la. Kalau kau nak merepek aku matikan call."

"Tunggu...tunggu!Jangan letak call dulu."

"Ada apa lagi?"

"Beritahu aku, kau rindu aku tak?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience