Fuh!
This is beyond crazy.
And utterly ridiculous.
Macam mana orang ramai tadi sanggup berhimpit dan berasak hanya kerana ingin melihat seorang manusia berjalan keluar masih diluar kefahaman dia.
Dalam keadaan termangu lagikan tercengangnya, Arona terduduk di bangku berdekatan kawasan lapangan terbang. Kesan dari pergelutan beberapa minit yang lepas jelas berbekas pada tubuh genit milik gadis berusia 25 tahun itu.
Jaket melurut turun dari bahu. Rambut berselerakkan, mask muka sudah terputus sebelah tali dan ia masih tergantung disebelah telinga. Ada kesan merah di pipi sebelah kanan. Beg yang dibawa sudah tergeletak atas lantai di bawah kaki.
"Kenapa aku ikut ke sini?"rengeknya perlahan begitu devastated. Arona perhatikan orang yang lalu lalang di hadapannya dengan mamai. Rasa macam nak menangis pun ada. Dia dah agak dari awal keadaan akan jadi begini. Kalau la dia tidak ikut kata Cik Song Ji-An tadi. Mungkin sekarang dia berada di dalam bengkel berpenghawa dingin dan minum slurpy kesukaannya. Bukan dalam keadaan sakit seluruh badan dan penat begini.
Brit!
Brit!
Brit!
Samsung flip yang dipegang sejak tadi bergetar-getar dalam tangan.
Tersentak kerananya lemah longlai Arona pun tunduk memandang telefon itu. Ada nama Ji-An di skrin kecil telefonnya.
Ugh!
Bengkak hati rasanya...
Ini semua kerana Kim Ha-Joon!
"Hello?"sapa Arona sambil membetulkan jaket dibadan. Mata terarah ke depan tiada ekspresi. Dia masih belum sober dari rasa terkejutnya. Sudahlah mengheret dia ke sini, boleh pula mereka tinggalkan dia di sini. Sampai hati betul.
"Sweetie...kau tak apa-apa ke?Kau di mana sekarang?"suara gemersik milik Ha-joon menyapa gegendang telinga Arona. Langsung tidak menjangka akan panggilan itu. Membuatkan rasa sebak yang dia rasakan tadi terus memanaskan mata.
"Neraka."jawab Arona dengan jengkel. Ditanya lagi dia di mana.
"Aku tanya..kau di mana sekarang?"
"Tak dengar ke aku cakap tadi. Aku dekat neraka."
"Aku dapatkan kau sekarang. Beritahu aku dekat mana..."
Yeah....dia ingat lagi, sewaktu mereka sekolah.Kalau bukan dia yang mencari Ha-Joon, lelaki itu yang mencari dirinya. Dan masa tu takkan ada isu jika mereka berdua saling bertemu. Namun sekarang berbeza kisahnya. Hendak berjumpa pun susah apalagi bertemu secara terbuka.
"Aku tak tahu."
"Han Ji Eun!"
"Arona...okay. Arona....Berapa kali aku nak beritahu berhenti panggil nama government aku tu."
"Jangan nak cari pasal boleh tak?"
"Kenapa kau marah aku pulak?"
"Okay...okay. Sorry. Aku tak tahu keadaan akan jadi kelam kabut sampaikan Cik Ji-An terlepas pandang. Sekarang beritahu aku, kau ada di mana?"
Well obviously. Jelas sangat la dirinya ini bukan sesiapa. Jadi apapun yang berlaku pada dia takkan ada yang kisah. Mereka yang lain hanya pergunakan dirinya untuk mendapatkan kerjasama Ha-Joon semata. Kalau macam ni la setiap kali hendak temui Ha-joon. Rabak dia jawabnya.
Arona bersandar letih ke belakang sebelum melepaskan hela panjang."Next time...kau jangan ajak aku ikut jemput kau balik. Aku tak sanggup bersesak seperti tadi lagi.."
"Kau di mana?Aku suruh orang jemput kau sekarang."
"Tak perlu. Aku dah balik pun."Arona mengerling ke jambangan bunga yang sudah lunyai dan hancur miliknya di sebelah bangku. Sehancur perasaannya sekarang ini. Gara-gara asakan tadi habis kasihan bunga tak bersalah yang dibawanya ini. "Dah. Aku off call."beritahunya sebelum memutuskan panggilan. Tidak mahu bercakap lama khuatir dirinya akan memarahi Ha-Joon lebih teruk.
Mati saja panggilan itu. Skrin telefon dengan wallpaper pasangan pelajar graduasi pegang bunga di wajah dipandang Arona dengan renungan kesal. Ingatan dia di sekolah menengah tinggi menerjah fikiran tidak semena. Kalau la dia boleh putar balik masa. Pasti kehidupan mereka lebih normal.
Tidak berniat untuk bangun dari situ, Arona kembali menyandar ke belakang. Mata dipejam rapat buat seketika.
Hmmm~~
Jatuh cinta pada artis ni bukan mudah ya guys! Ianya ibarat mendaki Gunung Everest dan Himalaya. Semakin di daki semakin mencabar perjalananya.
Like hell she gonna keep doing this!
Tak sanggup dia berebutkan Kim Ha Joon dengan berpuluh ribu peminat setia lelaki itu. Sesayang macam mana sekalipun dia pada Ha-Joon dia tak kuat nak hadap semua after effect dari menjadi kekasih lelaki tu nanti.
Maybe dah sampai masa dia kena give up dari terus menyukai Kim Ha Joon.
Eloknya dia jauhkan diri. Dari seksa jiwa dan raga begini kan?
BRIT!
BRIT!
BRIT!
Sekali lagi telefon Arona berdering. Namun dia tidak menjawab panggilan tersebut. Hanya dibiarkan sepi tidak berbalas.
Share this novel