30. Udon Date

Fantasy Completed 7232

Click!

Tersentak Hajoon. Dia angkat kepala memandang Arona di hadapannya. "Apa kau buat?"

Sambil tersengih Arona ambil beberapa lagi gambar Hajoon. "Kenapa?"

"Jangan ambil gambar aku sekarang! Muka aku hodoh sekarang!" tunduk Hajoon ke bawah.

"Mana ada hodoh, handsome macam biasa aje. Lagipun aku hanya ambik untuk simpanan aku aje pun. Bukan ke selama ni kau tak kisah kalau aku ambil gambar kau?"

"Memang la. Masalahnya sekarang muka aku, muka penat. Malu la kalau kau tengok gambar tu nanti. Aku hanya nak kau lihat aku dalam keadaan yang smart dan kacak aje..."

Arona tertawa kecil kerana kenyataan Hajoon itu, masakan tidak bagi dia Hajoon itu tetap Hajoon tiada yang berbeza pun sekiranya Hajoon kelihatan segak ataupun selekeh. Dia kemudiannya meletakkan telefon ke meja. Hendak fokus pada makanannya. Iaitu mee udon. Makanan kegemaran nya tapi bukan Hajoon. Tapi hairannya Hajoon akan makan makanan yang sama walaupun Hajoon tidak menyukainya.What a man..

"Kenapa kau bawa aku ke sini sedangkan kau tak makan?"

"Sebab ianya kegemaran kau..."

Arona hampir hendak tersengih. "Kalau macam kenapa kau tak pergi ke tempat kegemaran kau?"

"Ni... Depan aku ni la kegemaran aku. Nak ke mana lagi."

Tsk! Tak habis-habis tau Hajoon ni. "Terima kasih untuk makanannya."ucap Arona sebelum mencapai chopstick dan sudu mahu mula makan. Borak lama dengan Hajoon ni tiada hasilnya.

"Makan yang banyak Sweetie... "balas Hajoon meletakkan sedikit kicap ke dalam mangkuk, cara kesukaan Arona setiap kali hendak makan.

Seusai dia menghirup mee udon, Arona memerhatikan Hajoon makan pula. Berselera sungguh. Penat sangat agaknya menari sampai gelojoh cara makan Hajoon itu." Bila konsert kau nanti? "

" Ahad ni aku akan flight ke Brazil. Lepas tu gerak terus ke New York sebelum berhenti dekat  Jepun." beritahu Hajoon sambil mengunyah. Dia tidak suka mee udon, namun lapar punya pasal ditelankan jua.

Arona mengangguk kepala. Dia sedia maklum akan jadual Hajoon. Cuma belum tahu aje bila Hajoon akan bertolak. "Konsert dekat Korea tak buat?" sehelai tisu di sua ke Hajoon

"Bulan depan untuk next tour. Bulan ni cuma tiga negara ni je." memikirkan Arona hendak mengesat mulutnya, Hajoon malahan menyondong ke depan bukannya ambil tisu itu dari Arona.

Hendak tak hendak, Arona kesatkan juga  comot dari tepi bibir Hajoon sedangkan dia maksudkan tadi Hajoon yang lapkan sendiri mulut itu bukan dia." Sebab itu agensi kau suruh aku sediakan empat costume aje?"

"Ha'ah..." Hajoon kembali tunduk menghirup mee udonnya. Hilang penat dia selepas makan bersama Arona begini.

"Makan perlahan-lahan Hajoon, tersedak nanti. Udon tu pedas..."

"Sorry... Aku lapar sangat sebab satu hari ni aku tak makan apa-apa."

Tak makan apa-apa? Arona menjungkit sebelah. Takkan la dengan rejim rutin yang berat Hajoon tak jamah makanan langsung. "Kenapa kau tak makan?"hatinya sakit untuk Hajoon.

"Tak sempat. Jadual aku padat sepanjang hari ni. Awal 6 pagi aku kena gerak untuk ke salun, habis salun terus aku jumpa kau, balik dari hantar kau, aku ke stesen radio untuk recording, lepas tu naik ke Music Core Untuk shoot dry rehearsal, Sambil tunggu aku buat wawancara backstage dengan idols lain, habis je buat live performance dekat Music Core, Aku ada fan meeting sampai tengah hari. Lepas tengah hari aku shoot untuk drama aku, lepas tu balik ke agensi untuk practice concert. Ini pun baru sempat aku nak makan... "

Ih.... Padat betul jadual Hajoon. Dia yang dengar aje pun dah rasa letih. Inikan lagi yang menghadap pekerjaan tu."Kau tak apa-apa ke dengan semua jadual tu?"

"Nak buat macam mana, nama pun kerja kan... Aku kena cari duit."

"Perlu ke kau bekerja sebagai idol hanya untuk mencari duit. Tak penat ke?"

"Apa-apa jenis kerja semuanya penat Sweetie. Pekerjaan apa aje yang tak meletihkan. Semua jenis pekerjaan memenatkan. Bezanya hanya la sama ada pekerjaan itu memenatkan secara fizikal atau mental aje." jelas Hajoon sambil tersenyum.

Kalau dia minta Hajoon berhenti menjadi idol, tamak sangat ke dirinya ini." Kau suka lakukan semua ni? "Kalau Hajoon memilih untuk hidup menjadi orang biasa dan meninggalkan dunia selebritinya mungkin dia akan mengatakan 'Ya' untuk menjadi kekasih Hajoon begitu saja. Tapi Arona sedar, dia tidak boleh buat keputusan sebelah pihak saja. Dia pun memerlukan keputusan dari Hajoon sendiri.

"Hanya bila aku fikir yang aku lakukan semua ni demi kau, aku happy. Tapi kalau tiada kau, rasanya aku buat semua ni hanya untuk hiburan semata."jujur Hajoon beritahu." Kenapa?"

Pantas Arona menggeleng kepala. Mana mungkin la dia nak beritahu. Kalau dia beritahu, Hajoon akan mengetahui perasaan sebenar dia. Dan Arona tahu apa yang Hajoon akan lakukan sekiranya lelaki itu tahu hal sebenar!

"Kau risaukan aku ke, Sweetie?"

"Tak patut ke aku risaukan kau kalau macam tu?"

"Hahaha....kalau kau risaukan aku, jadi teman wanita aku. Mungkin aku takkan sepenat ni."

"Itu lagi..itu lagi.."kelat riak wajah Arona memikirkan permintaan Hajoon itu. Dia mahu bersama Hajoon selamanya. Tapi dia khuatir hubungan mereka tidak akan berlangsung lama sekiranya mereka mula bercinta. Dia terlalu cintakan Hajoon hingga tidak mahu menjadi pasangan lelaki ini. Apa patut dia lakukan?

Sedang Hajoon mahu menyuap udang goreng ke mulut, dia terkesan sesuatu dari air muka Arona ketika itu juga. Terus tidak jadi dia hendak makan. Chopsticks di letakkan ke bawah sebelum lengannya direhatkan pada meja.

"Wait a minute... Sweetie. Pandang aku sekejap."

"Buat apa?" Arona tidak mahu memandang.

"Pandang aje aku sekejap..."

"Taknak aku...." geleng Arona cuba berdalih dengan tunduk menghirup sup.

"Pandang aku sekarang, Han Ji Eun."

Bila dengar nada itu dan nama  dia disebut penuh. Arona tahu yang dia memang sudah ketahuan.

Dengan terpaksa, Arona pun perlahan-lahan mengangkat mata ke Hajoon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience