Minggu Peperiksaan CSAT, 2011.
Disebabkan Arona sudah tinggal ditempat sendiri sementara Hajoon tinggal di hostel trainee, mereka pelan untuk buat makan-makan bagi meraikan hari terakhir peperiksaan kemasukan kolej itu. Walaupun Hajoon merancang untuk menjadi idol, dia telah ambil keputusan untuk belajar sambil bekerja. Jadi dia telahpun siap-siap apply universiti yang dikehendaki.
Selepas menghadiri kertas terakhir CSAT pada sebelah petang, Arona dan Hajoon terus ke Namdaemun Market di Distrik Jung, Seoul sepulang mereka dari pusat peperiksaan. Dipandu oleh pemandu keluarga Hajoon sendiri.
Sedondon dengan pakaian serba putih, Hajoon kekal bertopeng mulut sewaktu Arona di belakang mengekori langkahnya membelek bakul-bakul yang berisi dengan bungkusan Tteokbokki.
"Kau nak makan tteok ke Sweetie?Rasanya kita masak tteobokki kan...tapi kau tak makan pedas...so?Nak ke?"soal Hajoon sewaktu berpaling ke sisi memandang Arona.
Sambil membelek tteok yang terhidang atas pinggan sebagai tester Arona capai satu lalu disuap ke mulut. "Boleh jugak. Beli lebih sikit, boleh simpan dekat rumah."beritahunya apabila makcik penjual yang bertopi mendekati tepi mereka.
"Ya...nak beli tteok yang mana?"tegur makcik itu dengan bersemangat.
"Berikan kami tteok biasa ni 1kg,jeolpyeon 1kg..."beritahu Hajoon.Ā
"Baik..tunggu sekejap ya.."dengan cekap makcik tteok mengeluarkan plastik dari poket apron lalu mula membungkus rice cake yang dipesan ke dalamnya.
"Banyaknya..siapa nak habiskan?"soal Arona mencuba tteok biasa dari pinggan yang disediakan sebelah rice cake lain. Dia kelaparan sebab belum menjamah apa-apa sejak malam tadi kerana enggan sakit perut atau mengantuk semasa ambil exam tadi.
"Kau la..siapa lagi.."jawab Hajoon mengeluarkan dompet dari poket. "Berapa semuanya makcik?"
"Semuanya 6,046.58000 won."
Dua keping not wang diserangkan kepada makcik itu. "Simpan bakinya ya."mesra Hajoon beritahu.
Makcik Tteok itupun tersenyum senang semasa menerima wang tersebut. "Terima kasih..."
Arona kemudiannya ekori langkah Hajoon dari belakang sambil memandang penuh minat makanan dan barangan masak yang berbaris sepanjang lorong itu. Rambang mata. Rasa macam nak beli semua, tapi itu la. Dia memasak ni malas, biasanya dia order aje.Ā
Selepas membeli semua barang yang diperlukan, mereka bergerak balik ke apartment Arona tidak lama kemudian. Memang sarat barang yang dibawa Hajoon ketika itu. Kiri dan kanan penuh dengan beg plastik.
Namun Arona tidak susahkan diri untuk tawarkan diri membantu Hajoon kerana dia tahu Hajoon tidak akan benarkan dia lakukannya. Jadi apa yang dia buat sepanjang perjalanan itu adalah berjalan paling hadapan sekali dan buka pintu apartment untuk Hajoon masuk.Ā
Memandangkan Arona tidak pandai memasak, maka tugas memasak digalas oleh Hajoon sendiri. Arona hanya menyediakan meja untuk makan aje.
Bau aroma masakan menerawang di udara apabila meja makan Arona dipenuhi dengan empat jenis hidangan hasil air tangan Hajoon sendiri. Menelan air liur jugak la Arona melihatkan setiap hidangan di situ.
"Wahh...sedapnya bau. Kau selalu masak dekat dorm ke?"Arona tanya ketika Hajoon menanggalkan apron yang dipakai lalu digantung pada belakang kerusi.
"Jarang. Kalau aku rasa rajin, aku masak la..."beritahu Hajoon sambil menyerahkan chopstick kepada Arona.
"Uuu....seronoknya siapa jadi roommate kau.."sengih Arona mulai menikmati makanan yang terhidang. "Terima kasih untuk makanannya...saya makan dulu."
Seronok melihat Arona makan, Hajoon mengeluarkan telefon dari poket lalu mengambil beberapa gambar tanpa pengetahuan Arona.
"Sekarang aje la aku dapat masakkan untuk kau. Nanti aku dah busy, tak ada masa lagi dah."beritahu Hajoon duduk merehatkan kedua belah tangan di atas meja sambil menyondong sedikit ke depan.
"Kenapa?"
Untuk seketika Hajoon hanya tersenyum.Ā
Arona pula terkebil-kebil memandang Hajoon. Tersenyum-senyum kenapa?
"Aku terpilih untuk debut....6 bulan dari sekarang."
"Hah?"nganga Arona. Dia berhenti mengunyah sewaktu pandang Ha-joon di hadapan. Lelaki itu tersenyum tapi renungan mata itu jelas kelihatan gusar.
"Really? Taniah Kalau macam tu. Buat yang terbaik." senyum Arona selepas itu.
"Tapi... Aku akan mula sibuk sepanjang masa tu... Kau akan okay kan?"
"Of course."
"Bagus la kalau macam tu."
"Habis tu kau takkan sambung pengajian kau?"
"Kalau aku diterima masuk, aku akan ambil part time dalam major Business Administration sampai graduate."beritahu Hajoon meletakkan makanan ke dalam mangkuk Arona.
" Oh. Okay. "Arona agak terkesan dengan makluman Hajoon sebenarnya. Yalah Hajoon yang pelan untuk mereka belajar sama di Seoul Universiti. Sedangkan pelan asal Arona adalah sambung belajar di Amerika mengikut abangnya.Ā Jadi dia ikutkan saja la pelan Hajoon memikirkan dia akan bersama dengan Hajoon sekali tu plan mereka backfire kerana debut Hajoon pula.
"Kau akan tunggu aku kan?"
"Maksudnya apa?"
"Yalah...dalam tempoh tu nanti aku akan sibuk. Jadi mungkin takkan ada masa untuk luangkan masa macam ni.."
Tunggu?Untuk berapa lama? "Okay.."angguk Arona.
END OF FLASHBACK
Ding!
Dong!
Bunyi loceng apartment mewah memenuhi ruangan kediaman Kim Ha Joon.
Ding!
Dong!
Untuk seketika pintu itu tidak disambut apabila bunyi loceng pintu berkumandang.
Beep!
Beep!
Beep....beep!
Click.
Pintu terbuka ke dalam.
Dan pada masa itu la baru Kim Ha Joon muncul dengan tuala tergantung di rambutnya yang basah. Lelaki itu kejung seketika di hadapan laluan pintu masuk apabila melihat orang yang berjalan masuk ke situ.
"Kenapa lama sangat kau nak buka pintu?"omel Arona semasa menyarung selipar di kaki.
Masih kebingungan Hajoon menjawab. "Aku dalam shower tadi. Tapi apa kau buat dekat sini?"
"Nah.."satu beg kertas berisi side dish disuakan kepada Hajoon. "Ibu suruh aku berikannya pada kau.."kata Arona semasa masuk ke dalam.
Hajoon tunduk memandang beg tersebut. Terdapat beberapa bekas tupperware tersusun kemas di dalamnya. Lantas baru la dia kembali memandang Arona. "Bukan ke kau kata kau keluar makan tadi?Kenapa boleh ada dekat sini?"
Sambil mengikat rambut satu ke belakang, Arona berdiri memandang isi dalam peti sejuk Hajoon. "Aku keluar awal la..."
"Tak lama lepas aku call?"Hajoon meletakkan beg berisi side dish ke atas kaunter dapur sambil memerhatikan Arona ke hulu dan hilir dapur melakukan sesuatu.
"Mhm...kenapa?"terus Arona berpaling. "Patut ke aku balik?"kedipnya semasa memandang Hajoon. Tuala masih tergantung di atas kepala Hajoon.
"Tak ada la...aku cuma hairan jer. Tak apa ke kau keluar awal macam tu aje?Senior kau macam mana?"
Arona menjungkit bahu. "Taktahu. Lepas aku cakap ada hal, aku terus pergi tak sempat pula nak tengok reaksi dia macam mana."tenungnya tepat ke wajah bingung Hajoon. "So...kau nak makan apa?Aku masak."
Tersengih Hajoon dengar jawapan tu. Dia tidak menyangka yang Arona sanggup tinggalkan urusan Arona demi dia macam tu aje seakan ianya bukan apa-apa. "Biar aku yang masak. Aku ada beli daging stik tadi.."
"Really?Elok sangat la tu. Aku memang craving nak makan daging stik kebelakangan ni...kalau macam tu kau pergi keringkan rambut tu dulu sementara aku tolong sediakan bahan-bahannya."beritahu Arona.
" Okay. tunggu sekejap. "
Hajoon pun berpaling hendak ke bilik tidur. Namun sebelum dia beredar, sempat Hajoon mengerling belakang Arona untuk seketika bersama senyuman senang di bibir. Terpujuk sedikit perasaan merajuknya tadi. Dia gembira kerana Arona masih memilih dirinya tidak kira apa sekalipun situasinya.
Pada masa Arona selesaikan menyediakan bahan memasak, pada masa itu juga Hajoon muncul dalam keadaan terurus. Rambut yang basah tadi telah di sisir kering, baju juga telah di sarung ke badan.
Setelah itu Hajoon mulakan sesi memasaknya sambil dibantu oleh Arona.
Share this novel