"Kenapa kau pandang aku macam tu?"
Hajoon sekadar tersenyum manis.
Kenapa pandang macam tu? "Apa ?Apa dia tu?"Arona jadi resah gelisah kerana senyuman itu.
"Apa kata kau jadi first kiss aku, dan aku jadi first kiss kau?"aju Ha-joon sambil meletakkan tangan di belakang bahu Arona, menarik tubuh Arona ke dalam pelukan.
Heh?Arona mengundurkan kepalanya sedikit ke belakang kekeluan. "A-apa dia?"
"Tak ada la. Kau dan aku dah selesa bersama. Kalau kiss aje pun takkan apa--apa. Betul tak?"semakin lama semakin rapat Hajoon kepada Arona.
"Kau dah hilang akal ke?"pandang Arona atas bawah akan Hajoon disebelahnya itu. "Kiss tu kan untuk pasangan kekasih. Pernah dengar ke kawan kiss kawan?"
"Tak semestinya...."Ha-joon angkat tangan sebelah lagi lalu memegang kanan wajah Arona supaya gadis itu menghadapnya. "Macam mana?Boleh kan?"
Gulp!Tergugat dengan ajakan itu, Arona menundukkan matanya ke bibir Hajoon. Dan bila dia pandang semula ke mata itu, nafasnya sudah tersekat di kerongkong. Dah hilang akal agaknya dia sekarang ni sebab tempted dengan ajakan Hajoon.
"Macam mana kau tahu ini first kiss aku?"ujar Arona cuba untuk menghilangkan gugupnya. "Apa kau tahu aku belum kiss orang lain?"
"For sure...obviously. "
"Apa yang buatkan kau pasti sangat?"
"Sebab semua orang dalam sekolah tahu, you are my sweetie."Hajoon mencubit pipi mungil Arona dengan perlahan."Yang mana beritahu kau tu tak boleh didekati oleh sesiapa."
Ish!Arona menggigit geram bawah bibir kerana hilang kata-kata. Ya. Memang benar kata Ha-joon. Yang selama ini, dia tidak berkawan dengan mana-mana pelajar lelaki kerana Hajoon. Dan lelaki ini tahu jelas bagaimana hendak gunakan pengaruhnya terhadap dia.
"Let's kiss,okay?"
"Tapi tak apa ke?"bisik Arona dengan gugup.
"Tak apa..."kini tangan Ha-joon sudah berada di belakang kepala Arona pula.
"Tapi aku tak tahu-"
"Tak tahu apa?"
Malu kerananya, Arona pukul perlahan dada Ha-joon. Itupun nak tanya ke! Dah jelas-jelas la pasal ni. "Aku tak tahu kiss..."jawabnya begitu malu.
"Aku pun. Sebab tu aku kata tak apa. Sebab yang tahu cuma kita berdua aje."
Untuk seketika, Arona diam kerana teragak-agak. Pada masa yang sama dia teruja kerana cinta pertama dia mahu berikan first kiss lelaki itu kepadanya. Yalah... Selama ni dia berangan aje. Siapa sangka angannya menjadi kenyataan.
"Fine. Tapi janji dengan aku, kau tak ejek aku kalau aku tak pandai kiss."rengek Arona perlahan semasa dalam pelukan Ha-joon itu.
Dengan tawa kecil, Ha-joon mendongakkan sedikit kepala Arona. Memaksa gadis itu memandangnya. "Aku janji."ucapnya.
Ditambah dengan suhu sejuk, wajah Arona memerah dek begitu malu pada masa yang sama gembira ketika dia bertentang mata dengan Ha-joon.Ā
Lantas dengan perlahan-lahan Ha-joon pun memagut lembut bibir Arona sambil merenung ke mata Arona.
Serta merta Arona terus erat memejamkan mata dan mencengkam kolar padding jaket Hajoon dengan nafas tertahan-tahan. Betapa gemuruhnya dia waktu itu. Jantung di dalam dada berdegup laju bagai hendak meledak.
Dan ketika Ha-joon mendalamkan kucupan dan mengeratkan pelukannya pada Arona, ketika itulah letusan bunga api berlangsung dari jarak jauh di langit. Walaupun ianya jauh, cahaya ledakan itu masih cukup terang untuk menerangi kawasan atas bumbung tempat mereka berdua berada ketika itu.
END OF FLASHBACK
"Hahaha..first kiss saya ya?"Ha-joon menggosok bawah dagu dengan sengih segan silunya.
"Pasti Encik Ha-joon mempunyai kenangan mengenainya. Kalau tidak kisah, ceritakan la pada kami."
"Rasanya sewaktu saya di sekolah menengah tinggi. Sewaktu hari sambutan tahun baru..."ceritanya. "Waktu itu saya dan rakan perempuan saya habiskan masa bersama memandangkan kami berdua sama-sama tiada rancangan lain."
"teman wanita?"
Masa ini la Hajoon ketawa. Dia tiada kata untuk soalan itu.
"Bila masa tu?"tanya Dj Shinyoung lagi.
"8 tahun yang lepas...hahaha."
DJ Shinyoung di booth mengagah selepas mendengar jawapan Ha-joon itu. "Wooo...Encik Hajoon kita ini sudah ada pengalaman tersendiri. Pasti ianya memori yang memberi kesan pada kamu. Dan pendengar di luar terutama sekali peminat Purple Heart pasti teruja mendengar kisah ini..."
Senyuman di bibir Ha-joon tidak lekang kerananya. Malah wajahnya berona merah. Bahang seluruh leher dia. Bukan malu kerana menceritakan kisah lama, tapi blushing sendiri bila teringat tindakan sewaktu remaja dulu. Berani betul kan dia sampai boleh cadangkan idea begitu. Mujur Arona tidak menolak dirinya.
SELESAI saja schedule dia di stesen radio, Kim Ha-joon bergambar bersama dj Shinyoung dan staf sebelum memberikan album kumpulan dia sebagai hadiah perpisahan.
"Terima kasih untuk semua kerja keras pada hari ini."tunduk Hajoon beberapa kali kepada ke semua krew cameramen,staf stesen radio dan peminat yang menonton diluar booth itu.
"Terima kasih jugak untuk siaran yang menarik pada hari ini. Saya dapat laporan mengatakan jumlah pendengar di segmen kita tadi tiga kaki ganda lebih tinggi dari kebiasaannya. Semuanya kerana Encik Hajoon sendiri."
"Oh tidak. Semuanya kerana Dj Shinyoung yang menarik perhatian para pendengar."balas Ha-joon.
"Hahahah...yalah. Kalau begitu kita berjumpa di lain masa. Selamat jalan."
"Ya."Hajoon beri tundukkan lagi sebelum diiring keluar dari booth radio bersama Manager Gyu.
Di dalam kereta, perkara pertama Ha-joon lakukan adalah mencari telefon dan menghantar pesanan dengan gambar selfie yang di ambil dari bilik studio tadi.
"Selepas ni kita akan ke studio untuk skrip reading bersama barisan pelakon drama kamu. Kemudian fitting baju untuk shooting Dior. "Manager Gyu di seat pemandu bersuara.
"Baik."balas Hajoon laju menaip di skrin telefon.
"Kamu dah review buku skrip yang saya berikan?"
"Sudah."
"Kemudian kamu ada recording bersama Tae-hyun untuk beside track new comeback bersama PD Teddy."
Kaotalk!
Kaotalk!
Bunyi notification mesej masuk kedengaran.
"Noted." Hajoon menerima balasan chat dari Arona. Gadis itu memberi pesan mengenai segmen radio pada hari ini . Yang mana memeranjatkan Hajoon sebab dia faham sangat perangai Arona. Gadis itu tidak suka melihat atau menonton mana-mana program yang ada dia di dalamnya. Jadi bila Arona beritahu yang gadis itu melihat siaran radio ya, Hajoon agak bangga kerananya.
"Kemudian jadual kamu berakhir selepas photoshoot kamu untuk Bazaar magazine..."sambung Manager Gyu lagi sambil mengerling ke cermin pandang belakang sewaktu memandu.
"Baik. Saya faham." angguk Hajoon sambil tersengih selepas membaca pesanan dimana Arona merungut mengenai dia menceritakan hal sebenar tentang first kiss mereka. Walaupun dimarahi...sekurang kurangnya dia berjaya menarik perhatian Arona. Lagipun kisah meraka itu tak ada la memalukan manapun. Dia suka apa...
First kiss mereka.
Hajoon tersengih lagi sambil bermain dengan bibir sendiri sewaktu membaca balasan chat dari Arona. Gadis itu benar-benar meleterinya. Tapi Hajoon tahu, dari jauh di sudut hati Arona, gadis itu gembira.
"Adakah kamu mahu makan apa-apa?"
"Tak perlu. Saya mungkin akan makan dengan Sweetie lepas jadual selesai nanti."
Manager Gyu tidak mengatakan apa-apa lagi selepas itu. Dia sekadar menggeleng kepala dengan tingkah Ha-joon itu. Selama dia bekerja dengan selebriti yang seorang ini, hanya satu itu sajalah yang dihadapkan. Iaitu Cik Arona Sweet.
Nak kata pasangan kekasih Ha-joon dan Arona menafikannya, nak dikatakan teman tapi mesra dah terlebih mesra pula. Nak dikatakan kawan semata, gaya sudah seperti pasangan sudah lama bercinta. Manager Gyu sendiri tidak faham.
Apa yang Manager Gyu faham, kalau tiada Arona Sweet, habis berantakan semua urusan yang melibatkan Hajoon. Kerana hal tersebut, agensi pengurusan terpaksa membiarkan Hajoon terus berhubung dengan Arona walaupun mereka mempunyai larangan untuk setiap artis mereka dalam perhubungan percintaan. Bagi pihak agensi, Arona ini ibarat lucky charms buat Hajoon. Jadi bila Hajoon buat hal ke atau enggan beri kerjasama, mereka akan gunakan Arona Sweet untuk mendapatkan kerjasama HaJoon semula. Dan sekelip mata itu Hajoon akan menurut.
Tambah-tambah pula Hajoon adalah punca pendapatan utama Agensi Diamond mereka.
Lagi la mereka akan menurut segala perintah dan KEINGINAN Hajoon.
Nak taknak agensi dan Manager Gyu akan sentiasa menurut permintaan Ha-joon sekiranya artis mereka ini ingin menemui Arona.
Share this novel