27. Dance Practice

Fantasy Completed 7232

Bilik latihan XOS dipenuhi dengan keriuhan yang bergegar dari muzik keras yang mengalun dari pembesar suara di penjuru bilik latihan pada petang itu.

Seperti biasa, pada waktu petang selepas menghadiri schedule masing-masing, Taehyun, Kim Hajoon, Jiho, Seojoon, dan Daehyun berkumpul untuk menjalani practice dance mereka.

Lampu bilik berwarna putih terang atas siling bilik latihan memantulkan bayang-bayang mereka di cermin dinding yang membentang dari lantai hingga ke siling.

Lima susuk lampai berkumpul di sekitar masing-masing sambil mendengar briefing yang disampaikan oleh ketua kumpulan itu.

"Okay, semua. Kita perlu memastikan yang setiap langkah dan gerakan dalam rutin ini tepat." kata Taehyun, ketua kumpulan yang sentiasa serius tetapi penyabar. "Lagu ini memerlukan ketepatan dan emosi yang mendalam."

Hajoon, dengan energinya yang tak pernah pudar, memeriksa penampilannya di cermin. "Saya rasa kita boleh memulakan dari bahagian chorus dulu. Saya mahu pastikan kita menguasai bahagian yang paling kompleks ni."

Jiho, yang lebih gemar memikirkan setiap pergerakan secara mendalam, mengangguk setuju. "Betul. Kita perlu fokus pada keselarasan dan sinkronisasi. Terutama pada bahagian peralihan, kerana itu penting untuk keseluruhan persembahan."

Seojoon, dengan kreativitinya yang tinggi, sudah sedia dengan beberapa idea tambahan. "Saya ada cadangan untuk menambah sedikit variasi pada gerakan akhir chorus. Mungkin kita boleh mencuba langkah baru yang lebih dinamik semasa bahagian bridge sekali."

Daehyun, yang selalu menjadi sumber motivasi dan ketenangan, memandang ke arah rakan-rakannya dengan senyuman. "Mari kita lakukannya. Kita dah berlatih banyak kali, jadi malam ini kita hanya perlu memberi yang terbaik."

Muzik dimulakan, dan lima anggota kumpulan itu bergerak dalam harmoni. Setiap langkah dan gerakan mereka selari dengan rentak muzik, menunjukkan kemahiran yang memukau. Mereka melalui bahagian chorus dengan lancar, gerakan mereka penuh dengan tenaga dan kepercayaan diri dan sebagai tambahan mereka masing-masing menyanyi secara langsung.

Namun, apabila mereka sampai ke bahagian peralihan yang kompleks, beberapa masalah mula timbul. Seojoon kelihatan sedikit goyang dengan langkah barunya, dan Jiho terpaksa memberhentikan muzik beberapa kali untuk membetulkan posisi.

"Time!Time!"

Dengan serentak semua orang berhenti. Mereka pandang ke pantualn cermin hadapan dimana Jiho sedang berdiri.

"Kita berhenti sekejap." kata Jiho sambil melambai tangan. "Ada yang tidak kena pada bahagian ini. Mari kita periksa semula."

Taehyun menarik nafas dalam-dalam dan mengumpulkan semua orang.

Lantas Manager Gyu yang merakam latihan mereka tadi menyua iPad kepada Taehyun. Lalu mereka semua monitor semula rakaman tadi.

Selepas mengenalpasti apa kesilapan yang mereka buat, Taehyun menyerahkan semula iPad kepada Manager Gyu.

"Kita akan buat semula dari awal bahagian peralihan."beritahu Taehyun.

"Hajoon, nanti gerak ke kanan sikit."beritahu Jiho.

Tidak mengatakan apa-apa Hajoon mengangguk patuh.

"Jangan risau, kita boleh lakukannya!" langkah Daehyun memberi semangat kepada para hyung di situ.

Mereka memulakan semula dari bahagian tersebut. Kali ini, mereka memberi perhatian lebih pada keselarasan dan kerjasama. Taehyun memimpin dengan yakin, sementara Hajoon dan Seojoon berusaha keras untuk menyesuaikan langkah mereka. Daehyun terus memberi dorongan kepada rakan-rakannya dengan senyuman dan kata-kata semangat.

Setelah beberapa percubaan, mereka akhirnya berjaya menyelesaikan bahagian tersebut dengan baik. Ketika muzik berakhir, mereka berhenti dan bertukar senyuman puas.

"Bagus! Kita telah memperbaiki bahagian yang sukar tu." kata Taehyun dengan penuh kepuasan. "Sekarang mari kita ulang semua dari awal untuk memastikan kita tak boleh kesilapan atas pentas nanti."

Mereka meneruskan latihan dengan semangat baru, dan suasana di bilik latihan semakin ceria. Setiap gerakan mereka semakin mantap dan selari, dengan setiap anggota menunjukkan peningkatan yang ketara.

Apabila latihan berakhir, mereka semua terengah-engah tetapi berasa puas. "Kita telah melakukan kerja yang hebat malam ini," kata Daehyun sambil mengemas barang-barangnya. "Jangan lupa, kita perlu teruskan dengan latihan ini agar semua berjalan lancar untuk persembahan nanti."

Hajoon mengangguk dengan penuh semangat. "Terima kasih untuk kerja keras pada hari ni..."ucapnya kepada rakan kumpulannya.

Walaupun penat dan lelah, dengan perasaan puas hati dan gembira mereka meninggalkan bilik latihan, tahu bahawa setiap malam yang mereka habiskan di situ menjadikan mereka lebih dekat dengan impian mereka.

Sewaktu Hajoon membuka pintu lokar, muncul Jiho di sebelah. Tanpa mengatakan apa-apa, Jiho bersandar pada tepi lokar memerhatikan Hajoon mengeluarkan barang dari situ. Sekali tu matanya terarah pada gambar polaroid yang melekat di bahagian dalam pintu lokar itu. Iaitu gambar Hajoon menyambut ulang tahun kelahiran Hajoon. Tetapi dalam gambar itu hanya ada Hajoon dan seorang gadis yang tidak dikenali di dalam gambar itu.

"Hei, keluar minum dengan aku jom. Esok kita tiada schedule."ajak Jiho.

"Busy."jawab Hajoon menyimpan telefon, kunci kereta, pass masuk pagar kawasan apartment dan baju kotor ke dalam beg duffle.

"Kau sibukkan apa?"

"Misi berat."jawab Hajoon menyandang tali beg duffle ke bahunya. "Aku gerak dulu. Jumpa lagi."pamitnya sewaktu menutup pintu lokar sebelum berpaling dari situ.

Ketika itu jugalah muncul Daehyun yang baru keluar dari tandas. "Macam mana?Jadi tak nak keluar minum?"soalnya sewaktu mendekati Jiho. "Hajoon ikut sekali?"

Jiho menggeleng kepala. "Dia busy katanya."

"Hahaha...jawapan tipikal Kim Hajoon." ketawa Daehyun sudah terbiasa dengan situasi itu. Bukannya sekali dua Hajoon menolak pelawaan mereka untuk makan bersama, jadi tiada apa yang perlu di hairankan. "Kalau macam tu kita minum dengan yang lain aje la."

Jiho mengangguk bersetuju setelah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience