38. Kenyataan Awam

Fantasy Completed 7232

Hari-hari berikutnya semakin mencabar bagi Arona dan Kim Ha Joon. Media terus mengintai kehidupan mereka, dan berita mengenai hubungan mereka terus menjadi tajuk utama. Para peminat mulai menghantar trak protes dan kalungan bunga kematian di hadapan agensi Kim Ha Joon. Semata mahu mendapatkan penjelasan rasmi mengenai isu itu. Arona merasa tertekan tetapi tekad untuk mencari jalan keluar tanpa merosakkan hubungan mereka semakin menguat.

In the end, di balik kemelut yang semakin memuncak ini,

Kim Ha Joon memutuskan untuk membuat kenyataan rasmi melalui laman Instagramnya. Dia ingin menguruskan keadaan ini dengan cara yang lebih peribadi dan langsung, dan berharap ini akan membantu menenangkan spekulasi media.

Pada suatu petang, Kim Ha Joon memuat naik satu pos panjang di Instagramnya. Gambar profilnya tidak berubah, tetapi kapsyen yang panjang dan penuh emosi telah menarik perhatian ribuan pengikutnya.

"Selamat petang, semua. Saya, Kim Ha Joon dari XOS ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan sesuatu yang penting. Dalam beberapa hari ini, banyak spekulasi dan berita mengenai hubungan saya telah tersebar. Saya tahu para peminat diluar sana pasti tertanya-tanya kerana tiada kenyataan rasmi diberikan oleh pihak agensi mahupun dari saya. Maka kerana itu saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berkongsi perkara yang sebenar kepada public mengenai status relationship saya."

Kim Ha Joon meneruskan, "Saya ingin memberitahu anda semua bahawa saya memang sedang menjalin hubungan dengan seseorang yang bukan seorang selebriti. Yang sudah saya kenali sejak lama dulu lagi sebelum saya menjadi Kim Ha Joon yang sekarang.  Ini adalah keputusan peribadi saya, dan saya percaya bahawa privasi dan kehidupan peribadi saya adalah sesuatu yang perlu dihormati."

Hajoon juga menambah, "Saya faham bahawa ini mungkin mengejutkan sesetengah orang, terutama sekali peminat-peminat di luar sana, tetapi saya minta agar anda semua memberi sokongan dan memahami keputusan saya ini. Hubungan ini adalah sesuatu yang penting bagi saya serta pasangan saya dan saya ingin melindunginya daripada gangguan luar agar dapat berkekalan."

Dia menutup kenyataannya dengan, "Saya menghargai setiap sokongan dan kasih sayang yang anda berikan selama ini. Saya berharap anda semua dapat terus menyokong saya dalam perjalanan ini. Terima kasih kerana memahami dan menghormati pilihan saya. Semoga kita semua dapat melalui masa ini dengan penuh hormat dan kasih sayang."

Pos itu disertai dengan beberapa gambar yang tidak memaparkan wajah Arona tetapi menunjukkan detik-detik mereka bersama yang penuh makna. Kim Ha Joon berharap bahawa dengan kenyataan ini, dia dapat memberikan penjelasan yang jelas kepada para peminat sambil melindungi privasi hubungan mereka.

Selang beberapa jam selepas posting itu dibuat, Hajoon dihujani dengan notification tanpa henti semenjak itu.

Reaksi dari para peminat bercampur baur. Ada yang menunjukkan sokongan dan pemahaman, manakala yang lain kelihatan terkejut. Namun, media tetap melaporkan kenyataan tersebut dengan pelbagai spekulasi, walaupun jumlah berita mengenai hubungan mereka mula mereda.

Sementara itu....

Arona menggenggam telefon pintarnya, terpaku di hadapan paparan Instagram Kim Ha Joon. Kenyataan rasmi yang baru sahaja dimuat naik oleh selebriti terkenal itu mengenai hubungan percintaan rahsia mereka menyentap hatinya. Dengan rasa terkejut yang mendalam, Arona merasa seakan dunia sekelilingnya berhenti berputar.

Setiap perkataan dalam kenyataan itu diserapnya dengan perlahan, cuba memahami maksud di sebalik kata-kata tersebut. Satu sisi hatinya berasa hancur kerana segala yang selama ini mereka simpan sebagai rahsia kini terbuka kepada umum. Namun, di sebalik rasa terkejut dan kesedihan itu, Arona tidak dapat menahan rasa tersentuh dengan kesungguhan Kim Ha Joon.

Kim Ha Joon telah menjelaskan dengan penuh hormat dan keikhlasan tentang hubungan mereka, mengungkapkan betapa pentingnya Arona dalam hidupnya dan betapa Hajoon menghargai setiap detik yang mereka kongsi bersama. Kenyataan itu bukan sahaja memberi penjelasan kepada peminat tetapi juga menggambarkan betapa dalamnya perasaan Ha Joon terhadap Arona.

Arona mengingat kembali detik-detik indah yang mereka lalui bersama. Walaupun pengumuman ini terasa seperti satu pelanggaran privasi, dia tidak dapat menafikan bahawa ada keikhlasan dan pengorbanan dalam setiap perkataan yang ditulis oleh Ha Joon. Kesungguhan Kim Ha Joon untuk memperjelas hubungan mereka dengan cara yang penuh hormat membuatkan hati Arona berasa berbaur antara kesedihan dan kebanggaan.

Dia sedar bahawa keputusan Kim Ha Joon untuk mendedahkan hubungan ini mungkin dibuat dengan niat yang baik. Dalam satu sisi, ia menunjukkan komitmen Ha Joon untuk menghadapi segala risiko dan cabaran demi hubungan mereka. Ini adalah langkah besar yang menunjukkan betapa serius dan tulusnya perasaan Ha Joon terhadapnya.

Arona merasakan bahawa dalam segala keterkejutan ini, ada juga sesuatu yang indah. Kewujudan komitmen dan keikhlasan dalam pengumuman Ha Joon memberi satu perspektif baru mengenai hubungan mereka. Ia menegaskan bahawa walaupun mereka telah menghadapi pelbagai cabaran untuk menjaga hubungan ini, ia tetap berharga dan penting.

Dengan nafas yang dalam, Arona meletakkan telefon pintarnya di atas meja dan memandang ke luar tingkap. Walaupun perasaan dalam dirinya bercampur baur, dia tahu bahawa ini adalah satu langkah penting dalam hubungan mereka. Arona bertekad untuk menghadapi cabaran ini dengan ketabahan dan keikhlasan, sambil menghargai setiap usaha dan kesungguhan Kim Ha Joon. 

Dalam hati, dia berharap bahawa apa yang dimulakan ini akan membawa kepada sesuatu yang lebih baik, bukan sahaja untuk mereka berdua tetapi juga untuk masa depan hubungan mereka.
Arona merasakan kelegaan ketika membaca pos Kim Ha Joon. Walaupun tidak sepenuhnya menyelesaikan masalah, dia percaya bahawa langkah ini adalah permulaan yang baik untuk menguruskan situasi. Dengan kenyataan itu, dia berharap mereka dapat kembali fokus pada kehidupan mereka dan meneruskan hubungan mereka dengan lebih tenang dan terjaga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience