Bab 14

Fantasy Completed 7318

"Assalamualaikum" ucap Raisha sebaik sahaja pintu rumah dibuka oleh Rafiqi. Mereka empat beradik baru sahaja pulang dari Surau Al-Rahman selepas menunaikan solat terawih yang pertama.

Kaki Raisha terus melangkah menuju ke bilik tidurnya manakala Rafiqi juga turut berbuat perkara yang sama. Dia tidak sabar untuk masuk ke biliknya dan merehatkan badan setelah seharian penat bekerja.

"Ngah, nanti kau kunci pintu. Kunci rumah ada dekat situ" jari telunjuk Rafiqi menunjukkan segugus kunci yang diletak olehnya di atas meja kemudian berlalu pergi.

Semasa Ridwan sedang mengunci pintu rumah, di belakangnya ada Raihana yang sedang berbelah bahagi sama ada ingin bertanya Ridwan tentang sesuatu perkara yang bersarang di hatinya atau tidak.

Jikalau dia bertanya, pasti abangnya yang seorang itu akan mula mengusik ataupun bertanya tentang soalannya.

Tetapi sekiranya Raihana tidak bertanya, hatinya tidak akan senang sepanjang malam itu selagi dia tidak mendapat jawapan.

Ridwan yang sudah selesai mengunci pintu rumah menyangkut gugusan kunci itu di sebelah pintu rumah dan berura-ura untuk masuk ke bilik tidurnya.

Walau bagaimanapun apabila dia melihat yang Raihana masih ada di situ dan tidak masuk ke bilik membuatkan dia berasa pelik.

"Yang kau tercegat dekat sini kenapa?" tanya Ridwan kepada Raihana.

Pertanyaan Ridwan itu menyedarkan Raihana. Dia memandang wajah abangnya yang sedang memandangnya.

Sesaat kemudian Raihana menarik dalam nafasnya sebelum dia bertanyakan soalan yang ingin ditanyakan kepada abangnya dalam satu nafas.

"Abang Ngah, nampak tak muka orang yang baca selawat sebelum solat terawih tadi?" tanya Raihana dengan perasaan malu yang ditahan.

Sepanjang 17 tahun dia menjadi adik kepada Ridwan, ini adalah kali pertama dia bertanyakan tentang seorang lelaki kepada abangnya.

Manakan tidak, sebelum ini dia tidak pernah berminat pun dengan mana-mana lelaki.

Ridwan terkebil-kebil mendengar soalan rawak adik perempuannya itu. Apa kena dengan adiknya tiba-tiba sahaja bertanya tentang orang yang membaca selawat sebelum solat terawih?

Ridwan menggeleng perlahan kepalanya sebelum menjawab.

"Tak ada. Abang Ngah tak nampak muka orang yang baca tu. Kenapa?"

Melihat wajah adiknya seperti berharap, Ridwan terfikir suatu perkara.

"Jangan cakap yang adik jatuh hati dengan orang yang baca selawat tu" Ridwan menguntum senyuman nakal.

Raihana yang sudah mengagak apa yang dikatakan oleh Abang Ngah nya itu cuba untuk melarikan matanya daripada memandang Ridwan.

"Apa Abang Ngah mengarut ni? Hana tanya je lah. Dah lah, Hana nak tidur" kata Raihana sebelum dia menuju ke bilik tidurnya.

Lebih baik dia melarikan diri sebelum abangnya itu mempunyai idea yang lain untuk mengusiknya.

"Sebenarnya Abang Ngah nampak lah muka dia" ujar Ridwan tiba-tiba yang menyebabkan langkah Raihana terhenti secara mendadak.

Badan Raihana dipusingkan dengan segera menghadap ke arah Ridwan.

"Ye ke?!" tanya Raihana, tidak percaya.

Wajah Raihana jelas menunjukkan yang dia teruja mendengar kata kata abangnya itu.

"Tak lah. Abang Ngah gurau je. Abang Ngah tak nampak pun dia sebab Abang Ngah dengan Abang Long duduk dekat saf belakang. Tapi bila difikir fikirkan balik, Hana ni macam sesuatu je. Mesti ada benda ni. Bagilah tahu, Abang Ngah" jawab Ridwan dengan selamba.

Terus berubah riak wajah Raihana saat mengetahui yang abangnya hanya bergurau.

Berialah dia ingatkan Ridwan benar-benar nampak wajah lelaki yang membaca selawat sebelum solat terawih sebentar tadi.

Raihana menghadiahkan sebuah jelingan maut kepada Ridwan tanpa berkata apa apa dan kemudian dia berlalu menuju ke bilik tidurnya.

Malas dia ingin melayan Abang Ngah nya itu. Hanya sekadar membuatkan hatinya sakit sahaja.

Ridwan yang memanggilnya tidak dihiraukan.
'Tote bag' yang berisi telekung dan sejadah miliknya diletakkan di bawah sisi katilnya.

Tudung yang menutupi aurat kepalanya dibuka dan digantungkan di belakang pintu.Tidak lama selepas itu, badannya yang mula terasa letih dihempas di atas katil.

Siling biliknya yang berwarna putih dan kosong ditenung lama. Hatinya pada malam itu terasa sangat lain.

Hatinya meronta ronta ingin melihat wajah si pembaca selawat itu. Dia tidak dapat menafikan lagi apa yang dirasakan di lubuk hatinya.

Benar kata Abang Ngah. Untuk kali pertama dalam hidupnya, dia... Nurul Raihana, jatuh cinta.

Tidak pernah dia merasakan jantungnya berdebar debar sama seperti yang dia rasakan saat mendengar suara si pembaca selawat itu.

Ya. Dia jatuh cinta pada seorang lelaki hanya dengan mendengar kemerduan suaranya mengalunkan alunan selawat sebelum solat terawih sahaja. Tanpa dia perlu melihat wajahnya terlebih dahulu.

Tanpa Raihana sedar, dia tertidur sambil tersenyum kecil mengenangkan tentang kejadian di surau sebentar tadi.

Tingkah laku Raihana pada keesokan harinya diperhatikan dengan teliti oleh Syed Haq. Ada yang aneh dan pelik dalam tingkah laku gadis itu.

Sepanjang dua bulan Syed Haq ‘menetap’ bersebelahan dengan Raihana, tidak pernah sekalipun dia melihat Raihana termenung kosong.

Raihana yang dia kenal selama dua bulan ini tidak pernah membuang masa dengan perkara yang sia-sia.

Sekiranya terdapat masa senggang sebelum cikgu subjek seterusnya masuk ke dalam kelas, pasti Raihana akan menyiapkan Latihan ataupun menelaah buku teksnya. Paling tidak pun Raihana akan tidur.

Haq tidak dapat menafikan bahawa Raihana merupakan seorang murid yang berwawasan.

Tetapi, situasi Raihana pada hari itu berbeza. Hari pertama umat Islam menjalani menjalani rukun Islam yang ketiga.

Raihana termenung kosong memandang ke hadapan kelas semasa sedang menunggu Cikgu Zuriha untuk masuk ke dalam kelas bagi subjek Prinsip Perakaunan.

Haq yang masih lagi memerhatikan Raihana berasa pelik.

“Apa kena dengan dia ni? Tak kan baru first day puasa dah pancit” bisik hati Haq.

Lantas, jari kirinya dibawa ke hadapan muka Raihana dan dipetik supaya Raihana tersedar daripada lamunannya.

Kepala Raihana automatik ke belakang sedikit akibat terkejut dengan tindakan Haq itu. Lalu, wajah Haq di sebelah dipandangnya dengan perasaaan tidak puas hati.

“Kau nak apa?” soal Raihana.

“Kau tu yang dah kenapa? Aku tengok sejak tadi termenung je. Jam belum pukul 1 lagi. Tak kan kau dah fikir-fikir nak makan apa untuk berbuka kot?” balas Haq.

Jikalau orang sedang berpuasa, apa lagi yang akan difikirkan selain daripada makanan untuk berbuka?

“Bukan lah! Memandai je kau. Kau ingat aku budak darjah 2 yang baru nak belajar puasa ke?” Raihana menjawab sebelum pandangannya dialihkan semula ke hadapan kelas.

“And then? Kalau bukan pasal makanan, kau fikir apa?”

Entah kenapa hatinya begitu berminat pula untuk mengetahui tentang isi fikiran Raihana itu walaupun dia sedia maklum yang perkara tersebut pasti tidak akan perkaitan langsung dengan dirinya.

Lama Raihana mendiamkan diri selepas mendengar pertanyaan Haq itu. Pelik pula dia apabila melihat Haq seolah-olah berminat dengan apa yang sedang bermain di fikirannya.

Tetapi Raihana tidak menyoal tentang perkara itu.

Raihana mula berkira-kira sama ada ingin berkongsi cerita dengan Haq ataupun hanya menyimpan cerita itu seorang diri.

Manakan dia tidak berkira-kira, cerita tersebut adalah tentang si pembaca selawat solat tarawih semalam!

Boleh jatuh air mukanya apabila berkongsi cerita tentang lelaki dengan Syed Haq. Silap haribulan, cerita tersebut akan dijadikan bahan usikan ataupun ejekan Haq.

“Woi! Are you sleeping? I’m talking to you right now, not with the tunggul” kata Haq apabila melihat Raihana hanya diam tanpa memberikan apa-apa respon terhadap pertanyaannya sebentar tadi.

Raihana mendengus. Bising betul mamat ni.

“Betul kau nak tahu?” tanya Raihana sambil memandang Haq.

“Alahai kau ni. Kalau aku tak nak tahu, daripada tadi aku tak tanya kau lah. Tak apa lah, aku faham. Puasa-puasa ni otak jadi slow kan?” Sempat lagi Haq memerli Raihana.

Raihana menjeling tajam Haq sebelum berkata lagi.

“Tapi kalau lepas aku cerita dekat kau, kau berani nak ejek-ejek aku memang hidup kau tak lama, Haq” ugut Raihana.

“Okay, fine. I’ll keep my mouth shut. Go ahead” Haq memberi ruang untuk Raihana bercerita.

Walaupun Raihana sedikit teragak-agak untuk bercerita tetapi dia tetap menceritakan tentang si pembaca selawat sebelum solat tarawih yang masih kekal misteri.

Memang agak kekok bagi Raihana untuk bercerita kerana sebelum ini dia tidak punya teman untuk berkongsi cerita.

Tetapi melihatkan Haq mendengar ceritanya dengan penuh perhatian membuatkan Raihana berasa selesa.

Sebaik sahaja Raihana menamatkan ceritanya, riak wajah Haq langsung bertukar. Riak wajahnya selepas mendengar cerita Raihana berbeza dengan sebelum mendengar cerita Raihana.

Mungkin Raihana tidak perasan akan perubahan itu tetapi terpampang di wajah Haq rasa tidak senang hati. Wajahnya menjadi masam mencuka.

“So, you’re telling me that you’ve fallen with someone just by hearing his voice without knowing his face or whatever?” tanya Haq, sedikit meluat.

Dia tidak sangka pula rupanya punca Raihana termenung hampir seharian itu hanya disebabkan seorang lelaki yang Raihana tidak kenal.

Dia juga tidak sangka yang dia akan mendengar tentang kisah cinta pertama Raihana.

Melihatkan Raihana mengangguk tanda mengiyakan apa yang dikatakan olehnya membuatkan hati Haq sedikit kecewa dan sebal.

Mengetahui hakikat yang ada lelaki lain yang dia tidak kenal berjaya menarik perhatian seorang Nurul Raihana menimbulkan rasa sakit jauh di lubuk hati lelaki Syed Haq.

“Kalau kau nak cakap yang suara mamat entah siapa-siapa tu sedap masa baca selawat sebelum solat tarawih, suara aku pun sedap jugak. Nak dengar?” Haq cuba untuk menaikkan dirinya juga.

Raihana dengan pantas menggeleng kepalanya sebaik mendengar kata-kata Haq.

“Tak payah kau. Aku nak telinga aku dengar suara dia je baca selawat tu. Kau tak payah nak sibuk” Raihana menolak mentah-mentah pelawaan Haq itu.

Tidak perlu rasanya dia mendengar suara Haq.

Belum pun sempat Haq ingin membalas kata-kata Raihana itu, kedengaran suara Affiq memberi salam kepada Cikgu Zuriha yang baru masuk ke kelas mereka.

Disebabkan Raihana dan Haq rancak berbual, mereka tidak sedar yang cikgu sudah sampai.

Dengan hati yang terpaksa, Haq membatalkan hasratnya untuk membalas kata-kata Raihana.

Hatinya membara ingin mengetahui siapakah gerangan lelaki yang dimaksudkan oleh Raihana itu.

maaf atas kekurangan dan terima kasih kerana sudi baca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience