"Hana, pergi dulu Abang Long!" Jerit Raihana dari depan pintu rumah selepas dia selesai memakai kasut sekolahnya.
"Okey" jawab Rafiqi, abang sulung Raihana dari tingkat atas.
"Kakak pergi dulu tau, Sha. Bye" Raihana melambai tangan kepada adik perempuannya, Raisha yang sedang menonton televisyen sambil menunggu Rafiqi untuk menghantarnya ke sekolah.
"Bye" Raisha membalas lambaian Raihana.
Raihana menutup pintu rumah dan menuju ke arah basikalnya yang terletak di hadapan rumah.
Dia melompat naik ke atas tempat duduk basikal itu dan ingin mula mengayuh basikalnya tetapi tayar basikal itu tidak bergerak walaupun sedikit.
Raihana segera turun dari basikalnya dan mendapati rantai basikalnya itu terputus.
"Aduhai. Putuslah pulak rantai basikal ni. Kena pergi dengan Abang Long lah macam ni"
Raihana berjalan semula menuju ke pintu utama apabila Rafiqi dan Raisha sudah keluar dari rumah.
"Tak pergi sekolah lagi?" tanya Rafiqi sambil menutup pintu rumah dan menguncinya.
"Rantai basikal tu putus la Abang Long. Boleh tak Abang Long tolong hantar Hana pergi sekolah?" tanya Raihana.
"Boleh je tapi Abang Long hantar Sha dulu lah eh lepas tu baru hantar Hana?" Rafiqi memakai topi keledar di kepalanya dan juga di kepala Raisha.
"Boleh je" kata Raihana.
ā¢
Syed Haq memasuki kawasan tempat letak motosikal di sekolahnya dan memarkir motosikalnya di satu tempat.
Enjin motosikal dimatikan dan topi keledarnya dicabut.
Semasa dia masih berada di atas motosikal, dia mendengar bunyi enjin motosikal yang datang dari arah tepi.
Haq melihat seorang murid perempuan yang membonceng motosikal tersebut turun dari motosikal itu dan bersalaman dengan lelaki yang membawa motosikal tersebut.
Setelah perempuan tersebut memusingkan badannya untuk masuk ke kawasan sekolah, Haq melihat perempuan itu ialah Raihana.
Dengan pantas Haq turun dari motosikalnya dan mengambil kunci motosikalnya. Dia berjalan menuju ke arah Raihana.
"Boyfriend ke tadi?" tanya Haq dari belakang Raihana.
Raihana yang terkejut ditegur sebegitu menoleh ke arah belakang dan melihat Haq yang menegurnya.
Dia melihat ke hadapan semula kerana malas ingin melayan Haq.
"Tengkorak kau boyfriend. Abang aku lah" kata Raihana sambil berjalan.
Pagi-pagi lagi dia sudah bertembung dengan mamat ni. Malas betul.
"Oh, abang. Ingatkan boyfriend kau" kata Haq, sedikit lega.
"Kalau boyfriend aku sekalipun kau sibuk kenapa?" balas Raihana.
Haq berlari sedikit mendahului Raihana dan menghadap ke arah Raihana yang menyebabkan Raihana terhenti sejenak.
"Do you have a boyfriend? Serius lah ada lelaki yang berkenan dengan kau?" tanya Haq dengan nada yang tidak percaya.
Raihana memandang tajam ke arah Haq yang berada di hadapannya.
"Kalau kau tak ada benda nak cakap, baik diam" Raihana tidak menjawab soalan Haq itu sebaliknya dia berjalan meninggalkan Haq di situ.
"Aik, terasa ke?" kata Haq, seorang diri sebelum menyambung semula perjalanannya menuju ke kelas.
ā¢
Raihana sedang khusyuk menyiapkan latihan Prinsip Perakaunan manakala Haq yang berada di sebelahnya juga sedang fokus membuat latihan Ekonomi.
Atau sebetulnya Haq sedang menyiapkan kerja sekolah Ekonomi yang dia masih belum siap kerana subjek selepas itu adalah subjek Ekonomi.
Ketika itu tiada cikgu yang berada di kelas 5 Putra kerana cikgu subjek waktu itu iaitu subjek Sains, Cikgu Najwa tidak hadir ke sekolah kerana ada hal keluarga.
Jadi kebanyakan pelajar membuat kerja mereka sendiri.
Sedang Raihana sibuk menekan kalkulator untuk mengira jumlah penerimaan di buku tunainya, dia perasan seperti ada seorang murid perempuan yang datang dan berdiri di hadapan meja Haq.
Haq mengangkat kepalanya untuk melihat gerangan tersebut dan begitu juga dengan Raihana.
Rupanya perempuan tersebut ialah Zahra.
Disebabkan malas ingin masuk campur masalah Zahra, Raihana kembali menyambung mengira pengiraannya.
Dia tahu Zahra datang ke situ disebabkan Haq jadi dia tidak perlu menyibuk.
"Haq, kau tak pernah cakap pun sebab kau pindah dekat sekolah ni" Zahra memulakan bicara. Dia hanya melihat Haq sahaja tanpa menghiraukan Raihana di sebelah seolah-olah Raihana itu tidak wujud.
Haq ketawa yang dibuat-buat selepas mendengar soalan Zahra yang dirasakan agak tiba-tiba itu.
"Dah kenapa pulak perempuan ni?" bisik hati Haq.
"Aku pindah sini sebab ikut ayah aku kerja. So, yeah. That's the reason" Haq berharap Zahra akan berhenti bertanya soalan kepada dia kerana dia perlu menyiapkan latihan Ekonominya itu sebelum cikgu masuk.
"Tapi dulu kau sekolah dekat Sekolah Alam Shah kan? Sekolah tu top jugak tak silap aku. Tak rasa menyesal ke masuk sini?" Zahra bertanya lagi.
Hah sudah. Dah dia jadi wartawan tak berbayar pulak dekat sini.
Haq menjeling sekilas ke arah Raihana dan dia melihat Raihana tidak mengendahkan langsung mereka berdua.
"Menyesal tu tak ada lah pulak sebab kita boleh belajar dekat mana-mana kan? Asalkan kita dapat belajar" jawab Haq dengan teragak-agak.
Dia rasa seperti jawapan itu bukan betul-betul dari dirinya. Dengan Raihana sahaja yang dia boleh bercakap sesuka hatinya tanpa perlu memberi jawapan 'plastik'.
Raihana seperti tercekik air liur sendiri apabila mendengar jawapan Haq. Geli pula telinganya mendengar kata-kata Haq.
Lama kelamaan dia rasa serabut pula dengan kehadiran Zahra di situ. Dia memerlukan suasana yang diam untuk dia membuat latihan akaun.
Dengan suara Zahra yang tidak habis-habis bertanya Haq soalan menyebabkan dia menjadi rimas.
"Kalau korang berdua nak borak-borak pergi keluar kelas boleh? Tak nampak ke aku tengah buat kerja ni? Bising tahu tak" Akhirnya Raihana bersuara.
Haq berasa sangat lega apabila mendengar kata-kata Raihana. Sebolehnya dia ingin Zahra kembali ke tempatnya dan dia boleh sambung membuat latihan Ekonomi.
"Yang kau nak angin apahal? Kalau kau rasa bising, kau bangun lah pergi tempat lain. Kau yang nak buat kerja, bukan aku" jawab Zahra dengan pedas.
Perbualan antara dia dan Haq terhenti disebabkan Raihana.
"Kau bodoh ke ape? Ini tempat aku lah gila. Kau yang sepatutnya pergi balik dekat tempat kau. Kalau kau nak borak sangat dengan Haq ni, bawak dia pergi duduk sebelah kau. Hah, kalau dah duduk sebelah sebelah layan lah dia ni sampai ke sudah" Raihana membalas semula kata-kata Zahra.
Kalau nak sangat Haq ni, ambik! Baru senang hidup aku.
Zahra tidak membalas kata-kata Raihana tetapi dia memandang Raihana dengan pandangan yang tajam sebelum meninggalkan mereka berdua.
Raihana menjeling Zahra yang sudah berlalu pergi dan sambung membuat latihannya.
"Kau memang hati tisu kan? Cakap ikut suka hati kau je. Gila lah" kata Haq.
Raihana menarik nafas panjang dan menghembuskannya.
"Sekarang ni kalau kau nak duduk sebelah perempuan tu, pergi lah. Tenang sikit hidup aku" Raihana memandang Haq.
"Marah pulak dia" kata Haq dengan perlahan.
"Are you jealous?" tanya Haq sambil mendekatkan sedikit mukanya ke arah Raihana.
Raihana merasakan seperti nafasnya tersekat di kerongkongnya apabila Haq berbuat sedemikian. Tetapi dia cuba untuk berlagak biasa.
"Kau buat macam tu sekali lagi, aku tumbuk muka kau yang orang ramai cakap handsome sangat ni. Kau jangan ingat aku tak berani" Raihana membelakangkan sedikit tubuhnya ke belakang untuk menjauhkan wajahnya daripada Haq dan menunjukkan penumbuknya.
Haq tergelak kecil. Dia menjauhkan semula mukanya daripada Raihana. Dia perasan wajah Raihana mula kelihatan kemerahan.
"Fine. I'll not do it again. Nanti tak pasal-pasal muka aku dah tak handsome sebab kena tumbuk" kata Haq sambil memandang Raihana.
"Memang tak pernah handsome pun masalahnya" kata Raihana dengan perlahan tetapi Haq sempat mendengarnya.
"Betul ke tak handsome?" Untuk sekali lagi Haq bertanya sambil mendekatkan wajahnya ke arah Raihana.
"Syed Haq!" marah Raihana. Baru tadi janji tidak akan buat lagi. Tidak sampai seminit dia sudah mungkir janji.
Tidak pasal-pasal dia susah untuk bernafas disebabkan oleh perbuatan Haq.
"Okey okey. Sorry. Aku bergurau je" Haq menjauhkan semula wajahnya daripada Raihana. Seronok sesekali dapat menyakat Raihana seperti itu.
Iyalah, selalunya Raihana asyik membuat halnya sendiri.
"Dah, jangan cakap dengan aku" Raihana memandang kertas di atas mejanya dan cuba menghiraukan Haq yang tidak habis-habis mengusiknya.
Syazwan yang duduk selang beberapa meja daripada mereka melihat Raihana dan Haq daripada awal sejak Zahra meninggalkan meja mereka berasa sakit hati.
Sepanjang dia sekelas dengan Raihana, tidak pernah ada seorang lelaki pun yang rapat dengan Raihana selain daripada dia.
Haq ialah lelaki pertama selepas diri dia yang berkawan dengan Raihana. Dia mengetap kuat giginya.
"Tak guna kau Haq. Berani kau berkawan dengan Raihana aku?" bisik hati Syazwan sambil matanya masih tidak lepas daripada melihat Haq dan Raihana.
terima kasih sebab sudi baca dan maaf atas kekurangan.
Share this novel