Bab 4

Fantasy Completed 7327

Suasana kelas yang hingar-bingar tidak sedikit pun mengganggu Raihana yang sedang lena diulit mimpi di mejanya.

Dengan hanya berbantalkan lengan, Raihana tidur dengan nyenyak seperti sedang tidur di rumah.

Haq yang baru sahaja selesai menyiapkan latihan Bahasa Melayu menutup buku latihannya.

Disebabkan kelas itu agak bising dengan suara pelajar-pelajarnya, Haq tidak pasti dengan apa yang didengarnya.

Dia mendengar seperti ada bunyi dengkuran tetapi tidak pasti sama ada apa yang didengarnya betul atau tidak.

Dia melihat Raihana sedang lena tidur di sebelahnya. Haq mendekatkan telinganya ke arah Raihana untuk memastikan apa yang didengarnya.

Benarlah apa yang didengar oleh dia. Dengkuran yang didengarnya datang daripada Raihana.

"Ya Allah teruk betul dia ni tidur sampai berdengkur. Tak tidur ke apa dekat rumah?" kata Haq, perlahan.

Tiba-tiba mendapat idea nakal. Dia tahu nasib yang akan menimpa dia sekiranya dia melakukan perkara tersebut tetapi dia tidak kisah.

Selepas mengira sehingga angka tiga, Haq menepuk kuat meja Raihana sehingga menyebabkan Raihana terus bangun daripada tidur.

"Astaghfirullahalazim" ucap Raihana dalam keadaan mamai. Dia melihat ke hadapan sama ada cikgu sudah sampai atau belum tetapi tiada cikgu.

Kemudian dia melihat Haq yang di sebelahnya sedang ketawa dengan perlahan.

Saat itu dia sudah tahu yang Haq sengaja mengusiknya.

"Kau nak mati ke?" Raihana mengambil bekas pensilnya dan memukul bahu Haq.

Haq yang cuba untuk menghentikan ketawanya mengusap bahu yang dipukul oleh Raihana.

"Kau tidur sampai berdengkur. Itu yang aku kejut kau" kata Haq sambil tersenyum.

Dia tidak boleh lupa bagaimana terkejutnya Raihana apabila dia menepuk kuat mejanya.

"Dalam sehari kau jangan nak menyerabutkan kepala otak aku boleh tak? Serabut lah!" kata Raihana dengan nada marah. Tengah elok dia tidur boleh pula Haq mengusiknya.

"Ops, sorry but not sorry. That's your problem not mine" jawab Haq dengan senyuman nakal.

Melihat Haq tersenyum sebegitu membuatkan Raihana rasa seperti ingin menumbuk mukanya.

"Aku fikir kau ni anak orang je. Kalau tak memang, haih malas nak cakap. Dah! Jangan kacau aku tidur" Raihana menyambung kembali tidur.

Dia meletakkan kepalanya di atas meja dan kepalanya membelakangkan Haq.

"Wei, cikgu dah sampai" kata Haq.

"Diam lah. Kau ni tak faham-" Belum sempat Raihana ingin menghabiskan kata-katanya, dia melihat Cikgu Norizah sudah masuk ke dalam kelas.

Raihana terus bangun dan memandang Haq dengan tajam.

"Semua sebab kau lah ni. Aku nak tidur pun tak senang. Tengok cikgu dah masuk" kata Raihana.

"Tidur dekat rumah kak. This is school"

Raihana mengetap kuat giginya. Dia membuat aksi seperti ingin mencekik leher Haq.

"Eee, geramnya aku. Dalam banyak-banyak orang kenapalah kau mesti duduk sebelah aku jugak?" Raihana mengeluarkan buku latihan dan buku teks Matematik dari dalam beg sengaja dihempaskan di atas meja.

"Jangan persoalkan takdir Allah" jawab Haq dengan tenang.

Raihana hanya menjeling Haq sebelum mereka sekelas memberi salam kepada Cikgu Norizah.

•

"Terima kasih" ucap Haq kepada seorang murid perempuan yang bernama Zahra selepas dia mengedarkan helaian kertas latihan Prinsip Perakaunan.

Zahra tersipu-sipu malu apabila Haq mengucapkan terima kasih kepada dia.

Raihana yang melihat situasi itu menunjukkan reaksi jijik. Dia mengambil kertas yang diedarkan oleh Zahra itu dan mula membuat latihan tersebut.

Selepas 15 minit menyelesaikan latihan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi beserta dengan pelarasan, Raihana mula membuat tapak akaun tersebut di atas kertas.

"Aduh. Susah lah"

Raihana terdengar suara Haq mengeluh di sebelahnya. Dia melihat Haq seperti ada masalah membuat latihan tersebut.

"Kau tak faham ke?" tanya Raihana.

Haq melihat Raihana dengan pandangan yang terkejut. Jarang-jarang Raihana bertanya begitu.

"Haah. Soalan pasal pinjaman ni. Aku tak faham lah" Haq menunjukkan soalan tersebut kepada Raihana.

Belum sempat Raihana ingin menerangkan caranya kepada Haq, kedengaran satu suara lelaki memanggil Raihana.

"Hana" panggil lelaki tersebut.

Raihana memandang ke arah pemilik suara tersebut. Haq juga turut sama memandang.

"Yang nombor 2 ni macam mana eh? Boleh kau ajar aku?" tanya Syazwan.

"Jap" kata Raihana kepada Haq dan beralih kepada Syazwan.

Terlopong mulut Haq melihat situasi itu.

"Aku yang tanya dulu, mamat tu pulak yang dia ajar dulu. Pilih kasih betul" bisik Haq dalam hati.

Dia melihat sahaja Raihana mengajar Syazwan sehinggalah Syazwan beredar dari situ.

Cara Raihana bercakap dengan Syazwan sangat berbeza dengan cara Raihana bercakap dengan dia.

"Okey, kau tak faham yang mana tadi?" tanya Raihana sambil memandang Haq.

"Kenapa kau boleh cakap baik-baik dengan Syazwan tapi kau bercakap dengan aku macam nak bergaduh?"

Raihana mengeluh perlahan. Ke lain pula dia pergi.

"Aku kenal Wan tu dah lama dah. Sejak kitaorang darjah 4 lagi. Mesti lah beza dengan kau. Aku kenal kau baru 2 bulan" kata Raihana.

"Lagi satu, kenapa dia panggil kau Hana? Semua orang panggil kau Raihana tiba-tiba dia panggil kau Hana dah kenapa?" Haq sendiri tidak tahu mengapa dia bertanya soalan seperti itu.

"Alamak kau ni, banyak tanya lah pulak. Suka hati dia lah nak panggil aku apa. Raihana ke Hana ke. Ikut suka dia lah. Sekarang ni kau nak aku ajar kau ke tak? Daripada kau bazir masa aku dengan soalan-soalan kau baik aku buat kerja" kata Raihana.

"Okey, fine. Ajar aku soalan pinjaman ni" Haq menghulurkan kertasnya kepada Raihana.

Selepas 10 minit Raihana menerangkan tentang cara menyelesaikan soalan tersebut, akhirnya Haq faham.

"Oh, I get it now. Thank you" ucap Haq.

"Dah, pergi sana buat latihan. Jangan kacau aku" Raihana menyambung semula membuat latihannya yang tergendala.

"Aku dengar kau ni top student. Boleh lah kau ajar aku sikit-sikit" kata Haq sambil menggariskan garisan untuk membuat tapak akaun di atas kertas.

"Tengok lah dulu macam mana kalau aku tak sibuk" jawab Raihana.

"Haih, dah agak dah. What did I expect from you?" kata Haq sambil memandang Raihana kemudian menyambung membuat kerjanya.

terima kasih sebab sudi baca dan maaf atas kekurangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience