"Assalamualaikum" ucap Cikgu Zuriha saat melangkah masuk ke dalam kelas.
Raihana yang pada awalnya sedang menyiapkan latihan sains menyimpan buku sains ke bawah meja apabila mendengar suara cikgu.
Semasa dia sedang berdiri, dia ternampak segulung besar kertas mahjong putih di atas meja guru. Raihana mengeluh perlahan.
"Jangan cakap buat presentation" bisik hatinya. Dia tidak gemar langsung membuat kerja dalam kumpulan kerana dia tidak berapa rapat dengan rakan sekelasnya yang lain.
Tekaannya tepat. Cikgu Zuriha meminta mereka membuat pembentangan secara berpasangan untuk menerangkan tajuk yang agak banyak dalam bab 1 Ekonomi Tingkatan 5.
"Kau pergi ambil kertas mahjong" arah Haq secara tiba-tiba.
Raihana memandang Haq dengan pandangan tidak puas hati. Suka-suka mengarah orang dah kenapa?
"Siapa nak kumpulan dengan kau?" tanya Raihana dengan nada yang kedengaran tidak sudi untuk berkumpulan dengan Haq.
"Kau kumpulan dengan aku je lah. Senang aku nak mengarah kau. Lagipun ada orang lain ke yang nak kumpulan dengan kau?" Haq mengangkat sebelah keningnya sambil memandang Raihana yang sedang menunggu masa sahaja untuk mencekiknya.
"Kau tak buat kerja, kau siap" kata Raihana sebelum pergi ke meja guru untuk mengambil sehelai kertas mahjong putih.
"Cikgu cakap kita tajuk jenis pengangguran" Raihana meletakkan kertas mahjong itu di tengah-tengah di antara meja dia dan meja Haq.
"Okey" jawab Haq, ringkas.
Lima minit kemudian, Raihana kelihatan fokus menulis nota ringkas berkaitan jenis pengangguran di atas kertas mahjong.
Selepas menulis tentang jenis Pengangguran Geseran, Raihana melihat Haq sedang bersenang-lenang bermain dengan telefon pintarnya di bawah meja.
"Hei, Haqtui" panggil Raihana sambil mencampak sebatang pen marker ke arah Haq.
Berdesing telinga Haq mendengar Raihana memanggilnya begitu. Sudah banyak kali dia memberi amaran supaya tidak memanggil dia dengan nama itu tetapi biasalah.
Nurul Raihana mana mendengar kata orang. Keras kepala.
"Apa kau nak?" tanya Haq seolah-olah lupa akan tugas pembentangan itu.
"Kau ingat aku ni kuli kau ke? Buatlah kerja ni sekali! Nama pun kerja kumpulan kan" Nasib baik keadaan kelas ketika itu agak bising jadi jika Raihana meninggikan suara pun orang tidak perasan.
"Alah, sikit je pun isi dia. Aku tengok ada tiga jenis pengangguran je" kata Haq sengaja mengapi apikan Raihana.
"Baik kau tolong sebelum aku terbalikkan meja ni" Raihana mengeraskan suaranya menandakan kesabarannya sudah memuncak.
"Okey, fine! I'll do it. Apa aku kena buat?" Haq menyimpan telefon pintarnya di bawah meja sebelum Raihana betul-betul mengamuk.
"Kau bacakan isi dia, aku tulis" kata Raihana sambil memegang semula pen marker dan bersedia untuk menulis.
"Itu je? Baik tak payah" Haq mencapai buku teks Ekonomi dan menyelak ke muka surat yang sepatutnya.
"Tunjuk lah sikit kau tu berguna walaupun macam tak sangat. Cepatlah! Nanti kering pulak dakwat pen ni" arah Raihana.
"Sabar lah!" Haq menyelak satu persatu muka surat sehingga ke muka surat yang ingin dicarinya.
ā¢
"Exam pertengahan tahun bila wei?" Haq bertanya kepada Affiq, ketua kelas 5 Putra.
Mereka berdua baru sahaja pulang dari kantin dan sedang dalam perjalanan menuju ke kelas.
"Aku ada dengar cikgu cakap masa bulan puasa nanti. Jadi bulan 6 nanti lah kot" kata Affiq. Cawan plastik yang berada di tangannya dibuang ke dalam tong sampah berdekatan.
"Ooo. Dalam kelas tu siapa yang top? Macam yang selalu dapat top 3 masa exam" tanya Haq sambil mereka berdua menaiki tangga.
"Ujian diagnostik baru-baru ni yang dapat nombor 1, aku. Nombor 2 pulak Zahra and nombor 3 tak silap aku Raihana"
Langkah kaki Haq terus terhenti secara mengejut saat mendengar nama Raihana.
Nombor 3 dalam kelas daripada 30 orang? Biar betul?
"Kau biar betul Raihana nombor 3? Kau tersalah orang ni. Ke Raihana lain?" Haq tergelak kecil.
"Eh, betul lah. Dalam kelas tu seorang je lah Raihana yang ada. Kau tengok je Raihana tu macam tu tapi dia antara top student tau. Daripada tahun lepas dia selalu dapat top 3. Hari tu pernah jugak dia dapat nombor 2" kata Affiq.
Haq terkesima. Raihana yang kepala angin tu top student? Dah tak ada lawak lain ke yang dia perlu dengar?
Tetapi jika dilihat semula, Haq tidak pelik jika Raihana antara pelajar yang cemerlang dalam kelas.
Setiap kali ada masa terluang, Raihana pasti akan membuat latihan ataupun membaca buku. Paling tidak pun dia akan tidur.
Jarang dia melihat Raihana membuang masa berbual-bual kosong bersama dengan murid perempuan yang lain.
Kadang-kadang dia rasa seperti Raihana bukan murid perempuan yang biasa tetapi aneh.
"Raihana tu memang tak ada kawan ke? Ke dia memang jenis kera sumbang?" tanya Haq.
Affiq tergelak mendengar soalan Haq.
"Kenapa kau tak tanya je terus dia? Kau duduk sebelah dia je kot"
"Malas aku. Nanti dia ingat aku suka dia pulak" balas Haq. Hakikatnya dia tahu Raihana pasti tidak akan suka apabila Haq bertanya tentang soalan seperti itu.
"Kenapa? Kau suka Raihana ke?" Sengaja Affiq menduga Haq.
"Haish! Mintak simpang dan dijauhkan. Tak ada kerjanya aku nak suka perempuan yang baran macam tu" kata Haq dengan pantas.
"Ye la tu. Setahu aku la, dalam kelas tu yang paling rapat dengan Raihana pun, Syazwan"
"Syazwan?" tanya Haq.
"Iye, Syazwan. Wan ada cakap yang diaorang berdua dah kenal sejak daripada sekolah rendah lagi. Itu yang Raihana okey dengan dia tu. Sebab tu kadang-kadang kalau kau perasan lah Wan selalu tanya Raihana soalan kalau dia tak faham" kata Affiq.
Haq mengangguk perlahan kepala. Betul kata Affiq. Syazwan akan bertanya kepada Raihana soalan jika ada yang dia tidak faham.
"Function jugak eh kau jadi ketua kelas. Semua hal peribadi budak kelas tu kau tahu" kata Haq.
"Boleh lah sikit-sikit"
Mereka berdua sudah sampai di hadapan kelas 5 Putra dan melihat cikgu masih belum masuk.
Haq menuju ke tempatnya dan melihat Raihana sedang membuat latihan Pendidikan Islam.
"Kau SPM esok ke? Dah makan belum?" tanya Haq. Asyik-asyik buat latihan. Naik rimas pula dia melihat Raihana.
"Sibuk lah kau" jawab Raihana tanpa memandang Haq. Tangannya masih kekal menulis jawapan di buku latihan.
"Nak jadi prihatin pun salah. Lantak kau lah" Haq duduk di kerusinya dan bermain dengan telefon pintarnya sebelum cikgu subjek seterusnya masuk.
terima kasih sebab sudi baca dan maaf atas kekurangan.
Share this novel