Raihana mengetuk jarinya di atas meja. Dia melihat seperti keadaan membolehkan dia 'bertemu ramah' dengan jiran mejanya yang baru itu. Semua di dalam kelas itu masih menyiapkan latihan.
"Oi" panggil Raihana sambil memandang sekilas ke arah Haq.
Haq terkejut mendengar panggilan yang dipanggil oleh Raihana. Oi? Biadab.
Tanpa menunggu Haq berkata apa-apa, Raihana terus mengatakan apa yang ingin dia sampaikan.
"Kau tahu tak kau punca baju dengan tudung aku kotor? Kau mintak maaf elok-elok dengan aku sekarang"
Terkebil-kebil Haq mendengar kata-kata Raihana. Dia kenal pun tidak dengan perempuan itu tiba-tiba sahaja kena mintak maaf.
"Sorry, but-" Belumpun sempat Haq ingin menghabiskan kata-katanya Raihana menyampuk.
"Tolong jangan speaking dengan aku. Geli telinga aku dengar. Cakap melayu je sudah"
Haq mengetap kuat giginya.
Tahap kesabarannya sudah merendah. Dah lah mulut kurang ajar, suka-suka pulak nak mengarah dia untuk bercakap dalam bahasa apa.
"Sekarang ni apa masalah engkau. Aku tak kenal pun kau tiba-tiba aku jadi punca apa lah semua dan kena mintak maaf? Apa yang aku buat?" Kali ini Haq menggunakan 100 peratus bahasa Melayu.
"Kau lupa ke pagi tadi kau bawak motor laju sampai air lopak dekat jalan tu terpercik dekat baju aku?" Raihana cuba untuk tidak meninggikan suaranya kerana memikirkan ada cikgu di hadapan.
Haq terdiam seketika untuk mengingati kembali situasi yang berlaku pagi tadi. Selepas memikir-mikir buat sejenak, dia baru teringat tentang seorang perempuan yang menunggang basikal.
"Itu kau ke?" tanya Haq dengan bersahaja.
"Ye lah! Disebabkan kau bawak motor tu tak tengok orang, baju aku kotor kau tahu tak gila" Raihana mengeraskan suaranya.
Geram pula dia melihat wajah Haq yang tidak bersalah itu.
"I've already apologized, right? What else you want me to do?" Sengaja Haq berbahasa Inggeris kerana ingin menyakitkan hati Raihana.
Raihana menahan sabar apabila mendengar Haq bercakap dalam bahasa Inggeris.
"Cara kau mintak maaf tu macam tak ikhlas. Daripada jauh pulak tu. Aku nak kau mintak maaf betul-betul"
"For what? Bukannya kalau aku mintak maaf lagi sekali baju kau akan bersih"
Raihana mengepalkan kedua-dua tangannya di hadapan muka Haq.
"Susah sangat ke nak mintak maaf?" tanya Raihana
"Masalahnya, aku tengok tak ada beza pun kalau baju kau tak kotor. Selekeh jugak" kata Haq dengan pedas.
Bagaimana Raihana melayannya, begitulah juga dia melayan Raihana. Bak kata orang putih, what you give you get back.
Belumpun sempat Raihana ingin meluku kepala Haq, kedengaran suara Cikgu Norizah memanggil nama Raihana.
"Raihana, sudah-sudah lah tu berkenalan dengan kawan baru. Awak dah siap ke latihan?" tanya Cikgu Norizah dari meja guru di hadapan kelas.
Raihana terus menoleh memandang Cikgu Norizah dan mengangguk kepalanya.
"Dah cikgu" jawab Raihana.
Haq di sebelahnya tersenyum nakal kerana Raihana tidak sempat ingin membalas kata-katanya.
Walaupun tidak sampai 30 minit dia kenal dengan Raihana, dia seperti tahu Raihana orang yang macam mana.
"Jawab soalan 1 dekat depan" arah Cikgu Norizah.
Tanpa berlengah, Raihana mengambil buku latihannya dan sebelum melangkah ke papan putih di hadapan kelas dia sempat menghadiahkan Haq satu jelingan tajam.
"Dasar 'Haqtui' betul" bisik Raihana dalam hati.
Semasa Raihana sedang menulis jawapan dan jalan kira di papan putih, Haq melihatnya dari belakang.
"Macam tak kena je nama Raihana dengan orangnya. Selalunya yang nama Hana ni lembut, sopan santun. Dia ni macam dari planet lain. Bertabahlah Haq dapat member sebelah yang kepala angin macam tu" kata Haq dalam hati.
•
"Raihana" panggil Haq dengan suara yang perlahan kerana bimbang didengari oleh cikgu Sejarah mereka iaitu Cikgu Hidayah yang berada tidak jauh dari meja mereka.
"Hmm" Raihana tidak menjawab dan tidak memandang Haq. Malas dia ingin melayan lelaki itu.
Selama sebulan dia duduk di sebelah Haq, selama sebulan itu jugalah dia merasakan hidupnya tidak seperti dulu.
Ada sahaja benda yang Haq lakukan untuk merimaskan dia.
"Share buku teks wei. Aku tak bawak lah" Haq masih memandang Raihana yang kekal membaca buku teks Sejarah Tingkatan 5 itu.
Cikgu Hidayah meminta mereka untuk membaca satu subtopik dan mereka akan berdiri untuk menjawab soalan.
Sekiranya dapat menjawab soalan dengan betul, baru boleh duduk.
Memang nasibnya tidak baik kerana dia tidak membawa buku teksnya pada hari itu. Tambah pula apabila ada kawan sebelah meja yang agak tidak membantu.
"Siapa suruh tak bawak" balas Raihana dengan bersahaja dan masih tidak memandang Haq.
Haq cuba menahan sabar kerana mengenangkan dia ingin berkongsi buku dengan Raihana.
"Kalau kau bagi aku share buku kau, aku bagi kau dua ringgit. Cepatlah, nanti cikgu nak tanya soalan. Aku tak baca apa-apa lagi ni"
Haq pasti Raihana pasti akan berubah saat mendengar perkara berkaitan duit. Bukan dia tidak pernah buat sedemikian.
Sudah banyak kali dia memberi upah kepada Raihana. Kalau tidak diberi upah memang tidak jalan.
Mendengar sahaja Haq ingin memberi duit, Raihana terus menolak sedikit buku teksnya ke arah Haq.
"Bagi aku waktu rehat" kata Raihana.
"Ye lah" jawab Haq.
"Dasar perempuan gila duit" kata Haq perlahan tetapi masih boleh didengar oleh Raihana.
"Kau tak bawak buku, kau diam" kata Raihana sambil memijak kasut Haq.
"Aduh! Kau kan memang-"
"Diam. Baca buku" Raihana memotong kata-kata Haq.
Sedang mereka berdua membaca buku, selang beberapa meja ada dua pasang mata yang tidak senang melihat mereka berkongsi buku teks yang sama.
terima sebab sudi baca dan maaf atas kekurangan.
Share this novel