Bab 1

Fantasy Completed 7327

Tangan kiri Raihana memegang pemegang basikalnya manakala tangannya lagi sebelah yang mempunyai jam tangan dilihatnya.

Apabila melihatkan masa di jam tangan, lagi bertambah laju kayuhan basikalnya.

"Aduh, dah pukul 7:10!" bisik Raihana.

Disebabkan dia memakai baju kurung sekolah, kayuhan basikalnya menjadi terbatas jika dibandingkan dia memakai baju sukan sekolah.

"Abang Ngah la ni tak gerak aku. Kan aku dah terlajak tidur" Sempat lagi mulutnya membebelkan tentang abang keduanya itu.

Terbit perasaan menyesal dalam hatinya kerana menonton drama malam semalam sehingga pukul 3 pagi. Salah dia juga kerana tidak beringat untuk tidur.

Raihana ialah seorang anak yatim piatu. Dia kehilangan ibu dan ayahnya semasa dia berada di tingkatan satu.

Kini dia hidup bersama dengan dua orang abangnya dan seorang adik perempuan. Itulah sahaja keluarganya yang ada.

Dalam hatinya dia sangat berharap yang perhimpunan rasmi pagi Isnin itu masih belum bermula.

Sekiranya sudah bermula, nampaknya perlulah dia berbaris untuk sekali lagi di barisan murid yang datang ke sekolah lebih daripada pukul 7:20 pagi.

Apabila bangunan sekolah sudah mula kelihatan di matanya, hati Raihana mulai lega. Kayuhan basikalnya yang laju tadi diperlahankan sedikit.

Disebabkan malam semalam hujan lebat, jadi terdapat beberapa lopak air yang bertakung dalam lubang jalan.

Raihana cuba untuk mengelak lopak itu kerana memikirkan dia memakai baju kurung sekolah berwarna putih.

Semuanya berjalan dengan lancar sahaja sehinggalah ada sebuah motosikal yang dianggap oleh Raihana tiada adab meluncur laju di sebelahnya sehingga air lopak hujan terpercik ke arahnya. Atau lebih tepat baju sekolahnya.

"Woi! Adab mana?!" Raihana serta merta memberhentikan basikalnya untuk melihat baju dan tudungnya yang terkena air itu.

Punyalah dia berhati-hati sepanjang perjalanan tadi, senang-senang sahaja 'lelaki tak guna' tersebut mengotorkan bajunya.

Lelaki yang menunggang motosikal tersebut juga turut memberhentikan motosikalnya dari jauh dan memandang ke belakang.

Wajahnya tidak ditutup dengan cermin topi keledar dan menyebabkan Raihana nampak wajah lelaki itu.

"Sorry! Nak cepat!" Jerit lelaki itu dari jauh dan terus berlalu pergi menuju ke sekolah.

Dalam hati Raihana, dia menyumpah seranah lelaki tersebut.

"Kalau setakat cakap sorry dari jauh, baik tak payah. Ingat kau je ke nak cepat? Habistu aku ni nak pergi bersiar-siar ke? Dasar beban" omel Raihana, seorang diri.

Hidup bersama dengan dua orang abang menyebabkan Raihana sudah terbiasa berkata kesat. Dia bukanlah seperti perempuan lain yang lemah gemalai.

Walaupun namanya seperti nama perempuan yang ayu, tetapi dirinya tidak. Kehidupannya mengajar dia untuk tidak menjadi lemah.

Selepas menghilangkan sedikit kotoran di bajunya menggunakan air minuman yang dibawanya, Raihana naik semula ke atas basikalnya dan menuju ke sekolah.

Seperti yang dia sudah jangkakan. Dia terpaksa beratur di barisan murid yang hadir lewat buat sekali lagi.

Dia juga sudah jemu melihat muka pengawas yang bertugas menjaga pelajar lewat.

"Aku duduk sini lagi sekali sebab mangkuk hayun tadi. Kalau aku jumpa kau, memang bernanah telinga kau dengar aku maki" bisik Raihana dalam hati sambil melipat lengan baju kurungnya.

Dia tidak mendengar ucapan yang sedang disampaikan oleh pengetua yang berada di atas pentas.

•

Semasa Raihana memasuki kelasnya 5 Putra, ada beberapa pasang mata yang melihat-lihat dia seperti ada sesuatu yang pelik padanya.

Bukan dia tidak tahu apa yang mereka pandangkan. Semuanya kerana kotoran yang ada pada baju dan tudungnya.

Raihana hanya memandang mereka semua dengan pandangan tajam kerana malas ingin mengambil tahu dan terus berjalan ke arah mejanya.

Tempat duduknya terletak di belakang kelas dan berdekatan dengan pintu belakang.

Meja di dalam kelas itu disusun secara berdua dua. Raihana memilih untuk duduk seorang diri dan kerana itu dia duduk di belakang kelas.

Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah ada seseorang yang dia boleh gelar kawan, teman ataupun sahabat.

Tiada sesiapa yang ingin berkawan dengannya. Tetapi lama-kelamaan dia tidak mahu ambil peduli dengan semua itu. Kalau tiada kawan sekalipun, dia masih boleh terus hidup.

Mata Raihana terasa berat sekali dek kerana tidur lewat malam semalam.

Sebaik sahaja punggungnya mencecah ke atas kerusi, dia terus meletakkan kepala di atas meja. Sementara cikgu tiada, baiklah dia lelapkan mata sebentar.

"Tolonglah matematik tak ada. Aku mengantuk gila ni" bisiknya dalam hati.

Setelah lima minit diulit mimpi, Raihana dikejutkan dengan bunyi kerusi yang ditolak ke belakang. Ia menandakan cikgu sudah masuk.

Dengan rasa malas yang menguasai diri, Raihana bangun dan berdiri walaupun hatinya tidak rela.

"Assalamualaikum Cikgu Norizah" ucap ketua kelas, Affiq kemudian diikuti oleh satu kelas.

"Waalaikumussalam. Dah siap ke latihan yang cikgu bagi semalam?" tanya Cikgu Norizah kepada semua anak muridnya.

Melihatkan sebahagian besar daripada mereka seperti masih tidak menyiapkan latihan lagi, Cikgu Norizah memberi mereka masa untuk menyiapkan latihan tersebut sebelum meneruskan pembelajaran pada hari itu.

"Nasib baik aku dah siapkan. Dapat tidur" Raihana meletakkan semula kepalanya di atas meja.

Tidak sempat Raihana ingin melelapkan matanya, telinganya mendengar seperti ada cikgu yang masuk ke dalam kelas itu.

Kemudian dia mendengar pula suara murid kelas itu seperti berbisik-bisik sesama sendiri.

"Assalamualaikum"

Mendengar sahaja suara itu, Raihana sudah tahu suara itu ialah kepunyaan guru kelas mereka, Cikgu Zuliana.

Dia malas ingin mengambil tahu apa yang terjadi dan terus menutup matanya.

"Hari ni awak semua ada kawan baru. Ini dia. Dia dari Sekolah Alam Shah. Haq, kenalkan diri" kata Cikgu Zuliana.

Ada sesekali Raihana mendengar rakan sekelas perempuannya mengatakan murid baharu itu kacak dan ada murid lelaki kelasnya mengatakan murid baharu itu popular tetapi itu tidak membuatkan Raihana peduli akan murid itu.

"Tak habis-habis dengan budak baru. Menyemak je dalam kelas ni. Yang dah ada pun dah cukup semak, nak tambah pulak lagi. Kelas ni rumah kebajikan masyarakat ke apa asyik nak mengutip budak baru" bebel Raihana dalam hati.

Kepalanya masih lagi di atas meja dan menghadap ke arah tingkap.

"Assalamualaikum semua, nama aku Syed Haq bin Syed Qaid. You guys can call me Haq" kata murid baharu yang bernama Haq itu memperkenalkan dirinya secara ringkas.

"Anak mat saleh mana pulak masuk kelas ni?" bisik Raihana setelah mendengar Haq memperkenalkan diri.

"Okey, Haq. Awak boleh duduk sebelah Raihana dekat belakang sekali tu. Awak tak kisah kan kalau duduk belakang?" Cikgu Zuliana menunjukkan tempat duduk sebelah kanan Raihana yang tiada empunya.

Automatik mata Raihana terbuka kedua-dua belah apabila mendengar kata-kata Cikgu Zuliana.

Mamat acah speaking tu duduk sebelah aku? Raihana mengangkat kepalanya dan memandang ke hadapan.

"Saya okey je mana-mana cikgu. Thank you" Haq menundukkan sedikit kepalanya kepada Cikgu Zuliana dan berjalan menuju ke meja Raihana.

Semasa Haq berjalan menuju ke meja, semua mata-mata milik gadis 5 Putra itu memandang ke arahnya.

"Handsome gila!"

"Tak pernah ada budak baru yang masuk kelas kita yang handsome macam ni"

"Agak-agak dia ada makwe tak?"

"Confirm! Dia 'crush' aku mula daripada hari ni"

Semua kata-kata gadis 5 Putra yang Haq dengar tidak diendahkannya. Maklumlah, dia sudah terbiasa mendengar kata-kata seperti itu. Orang rupa elok lah katakan.

Tetapi lain pula kisahnya dengan Raihana. Semasa Haq berjalan ke mejanya, Raihana cuba mengamati wajah Haq.

Entah mengapa dia rasa seperti dia pernah melihat wajah itu tetapi tidak tahu di mana.

"Apahal muka mamat ni macam familiar? Aku pernah tengok dekat mana?" bisik hati Raihana.

Seolah ada panahan petir yang laju menyambar fikirannya. Dia sudah ingat! Itulah dia lelaki yang menyebabkan baju sekolah kotor!

"Kau!" kata Raihana sambil menuding jarinya kepada Haq.

Haq yang berjalan di sebelah meja Raihana untuk ke meja dia terhenti langkahnya saat Raihana menegurnya.

"Do you know me?" tanya Haq dengan kening yang berkerut memandang Raihana. Siapa pulak perempuan ni?

Melihatkan semua yang berada di kelas itu sedang memandang ke arah dia menyebabkan Raihana cuba untuk berlagak biasa.

Dia menggeleng kepalanya menandakan yang dia tidak kenal dengan Haq dan memandang ke hadapan.

Haq yang masih samar-samar itu terus berjalan dan duduk di sebelah Raihana.

"Kau sabar mat. Memang bertubi-tubi kau kena dengan aku lepas ni" Raihana berpura-pura melihat-lihat buku latihan matematiknya selepas Cikgu Zuliana keluar dari kelas itu.

novel teman tapi tak mesra ni bertema light light je sebab dina agak stuck dekat bukan cerita cinta 2. itu yang dina tulis cerita ni. harap korng suka. and thankyou sebab sudi bace dan maaf atas kekurangan.

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience