Series
38487
Selepas sarapan pagi Sabtu tue, mereka semua berkumpul di padang yang ada di resort tersebut. MC yang di lantik sedang menerangkan aktiviti yang akan dijalankan.
Semua staff diarahkan untuk masuk ke semua sukan yang akan dijalankan. Aktiviti sukan pertama jalan ikat kaki. Setiap kumpulan punyai 8 orang ahli kumpulan, Zaria dan Maria mulakan aktiviti itu, persaing mereka berdua Lily dan Lyn. Semasa acara sedang berlangsung Lily saja rapat ke Zaria dan dia tolak Zaria sampai jatuh.
"Oiii....mana aci main tolak2 macam nie." Jerit Maria.
"Tak apa lah, tolong aku Maria" Kata Zaria sambil cuba nak bangun.
"Kau okay tak nie?" tanya Maria bila tengok muka Zaria berkerut tahan sakit.
"Okay2 jom." Kata Zaria selepas Maria tolong dia bangun.
Zaria cuba bangun, Walaupon kaki dia sakit..dia gagahkan juga Zaria peluk bahu Maria, mereka bergerak laju untuk sampai ke pasukan mereka yang lain, Zaria duduk di belakang dia selak kaki seluar dan kakinya merah.
"Zaria kaki kau merah nie." Kata Maria dengan muka cemas.
"Tak apa Maria sikit je nie." kata Zaria tahan sakit.
"Jap aku amik minyak angin." Maria lari ke arah khemah urusetia untuk amik minyak angin.
"Ada minyak panas tak?'' Tanya Maria kebetulan Mika ada disitu.
"Nak buat apa minyak panas?" Tanya Puan Sri Soraya.
"Kaki Zaria merah bengkak lepas jatuh tadi." Kata Maria dengan nada penat sebab dia lari.
"Dekat mana dia." Kata Mika. Dalam tak suka tue ada sikit rasa risau.
"Tue dia ada dekat khemah belakang sana." Kata Maria setelah ubat bertukar tangan.
Mika dan mommynya berjalan laju ke arah khemah tue.
"Sakit ke? tue baru sikit." kata Lily
"Kak Lily kenapa buat macam tue apa salah saya kt akak?" tanya Zaria.
"Kau buat tanya salah kau kat aku, Kau ingat balik apa kau dah buat sampai aku kena tukar ke Melaka." Marah Lily dengan nada kuat.
"Itu kan memang salah akak." Kata Zaria sambil tahan sakit kakinya.
"Eeee...sakit hati aku dengan kau nie. kau tunggu apa yang akan aku buat lagi dekat kau." Kata Lily lagi sambil sepak perlahan kaki Zaria yang sakit tue.
"Oiitt..apa kau buat haaa." Tegur Maria yang sampai dulu dari Mika dan mommynya.
"Aku tak buat apa2 pon, aku cuma tengok je kaki kawan baik kau nie, kot2 patah ke?" kata Lily sambil ketawa.
"Kalau patah semua salah kau tau." Marah Maria.
"Nie apa gaduh2 nie?'' Mika berkata dengan tegas.
"Pompan nie tolak Zaria sampai jatuh tengok kaki Zaria dah bengkak dah." dengan nada marah Maria ngadu dengan Mika.
"Saya bukan sengaja nak tolak saya nak terjatuh tadi, tue yang tertolak Zaria." kata Lily dengan nada takut, bila nampak Mika.
Mommy Mika selak kaki seluar Zaria, kaki Zaria dah bengkak dan merah.
"Ya Allah teruk bengkak nie, Mika cepat angkat Zaria nie." kata Puan Sri Soraya.
Mika cangkung dan dia tengok kaki Zaria. Dan dia minta urusetia untuk cari ganti tempat Zaria untuk kumpulan A.
"Lan kau cari sorang lagi untuk ganti tempat Zaria, saya rasa dia tak yah masuk acara dah." arah Mika.
"Okay bos." kata Lan.
"Ala saya nak main lagi, Saya boleh diri lagi nie." kata Zaria.
"Boleh diri konon, dah jangan ngada2 nanti melarat lagi susah, jom saya bawa gi klinik." kata Mika.
"Baiklah." Zaria akur bila Mika kata begitu.
"Boleh jalan tak nie?" tanya Mika kesian dia tengok Zaria susah nak bangun.
"Jap bagi saya diri dulu, Maria tolong aku." kata Zaria sambil hulur tangan kepada Maria.
"Lambat la awak nie." Mika terus dukung Zaria.
"Awak malu lah, semua orang tengok nie." kata Zaria muka dia dah merah tahan malu.
"Lantaklah die orang pon tahu dah yang awak tu isteri saya.'' kata Mika dengan selamba.
Mika letak Zaria di tempat duduk belakang kereta vellfire, Mika duduk di sebelah Zaria.
"Bob cari klinik yang terdekat ada x-ray." Kata Mika.
"Baik en Mika." jawab Bob.
Share this novel