Series
38487
"Daddy Mika rasa nak buat family Day untuk syarikat kita la, gabung dengan cawangan di Melaka tue." Mika beri cadangan kepada daddynya.
"Bagus juga cadangan Mika tue, daddy rasa dah 2 tahun kita tak buat family Day kan?" kata daddy
"Haah, Mika ada tengok satu resort nie kat Mersing Johor." jawab Mika.
"Okay juga tue, dah lama kita tak pergi bercutikan." kata daddynya lagi.
"Kalau daddy okay, Mika minta Sarah untuk servey tempat tue, kalau tak salah Mika nama dia Felda Residences Resort Tanjung Leman Mersing." Kata Mika.
"Oo..Felda punya resort, cantik ke tempat dia?" tanya daddy.
"Nanti Mika bagi proposal untuk family day tue." kata Mika terus dia dail no Sarah.
"Okay." kata daddynya.
Mika menelifon Sarah minta dia servey Felda Residences Resort Tanjung Leman dan siapkan kertas proposal tue dalam masa terdekat, Dia nak berikan kepada daddynya. Walaupun dia dah jadi CEO syarikat tue, apa2 keputusan mesti dia akan tanya kepada daddynya.
Selepas 2 hari Sarah siapkan proposal dia pon berikan kepada Mika. Mika puas hati dan selepas makan malam dia pon tunjuk proposal tue kepada Daddynya.
"Daddy nie proposalnya." Mika pon hulur proposal kepada daddynya.
"Okay, good..boleh la kita proceed buat dekat sini."kata daddy,
"Okay daddy esok Mika minta Sarah untuk email semua staff Kuala Lumpur dan Melaka untuk tahu berapa ramai yang nak join." kata Mika.
"Untuk yang bawa family kita kena cas, kita hanya tanggung staff saja." kata daddy.
"Okay daddy."jawab Mika.
"Amboi rancak nya bual, bual tentang apa nie?" tegur mommy.
"Nie anak u nie nak buat family Day untuk staff syarikat kita dekat Mersing." kata daddy sambil tunjuk proposal kepada isterinya.
"Baguslah tue, kita pon dah lama tak buat family day kan." kata mommy sambil belek helaian proposal tersebut.
"Itu lah yang Mika bincangkan dengan daddy." kata Mika.
"Dah habis bincang nie makan kek batik nie Zaria buat sedap lembut." kata mommy sambil ambil sepotong kek batik.
"Pandainya isteri Mika nie mommy." kata Mika.
"Ye...masak pon pandai buat dessert pon pandai, buat kek pon pandai. Untung Mika dapat Zaria nie." puji mommynya.
"Mommy tak yah lah puji Zaria sampai macam tue sekali." kata Zaria dia malu bila ada orang puji dia.
"Tak apa lah memang patut pon Zaria nie mommy puji." kata mommy.
"Betul la u sedapnya, boleh jual nie." kata daddy sambil mengambil lagi kek batik yang di letakkan dalam pinggan.
"Mika mommy nak tanya Zaria nie sampai bila nak kena kerja di syarikat tue, Bagi la dia berehat pula." kata Mommy.
"Mika tak kisah pon dia nak berenti kerja mommy, Mika lagi suka dia duduk rumah je. Lagi pon rumah kondo Mika dah nak siap renovation lepas nie kami boleh lah pindah." Kata Mika.
"La cepatnya Mika nak pindah, mommy tak puas lagi nak borak2 nak belajar buat kek dengan Zaria." kata mommynya sambil buat muka sedih.
"Nanti Mika hantar la Zaria ke sini tiap2 hari." kata Mika.
"Ye lah kamu tue, kamu tu kemain payah nak datang rumah mommy nie kan pula nak hantar menantu mommy ke sini." sindir mommynya.
"Tak apa lah mommy Zaria kan ada kereta sendiri nanti Zaria datang sendiri kalau Mika tak dapat hantar Zaria." kata Zaria.
"Hai dah 3 minggu kahwin masih panggil Mika ke?" Daddy tegur.
"Zaria tak biasa lagi nak panggil abang, kadang tue panggil kadang tue lupa." kata Zaria, sedangkan Mika dah pesan awal2 jangan panggil dia abang atau apa2 panggilan.
"Haah betul tue daddy." jawab Mika.
"Kenalah biasa2 kan, jangan jadi macam daddy mommy nie, I u..I u." kata daddy lagi.
"U la bila I panggil abang u tak bagi, nak panggil Baby pon tak bagi, Last I u ..I u juga yang lekat." kata mommy.
"Hehehehe..tak apa lah i u.. i u pon okay janji dah ada anak 4 orang kan?" Daddy tersenyum.
"Yelah." kata mommy.
Selesai je makan Mika minta diri masuk ke dalam bilik, katanya ada kerja yang nak kena buat. Zaria masih berbual dengan daddy dan mommy.
Share this novel