Series
38487
"Nie siap nie nak kemana?" tanya Mika.
"Saya nak keluar pergi pasar malam depan sana tue." Jawab Zaria sambil betulkan tudung.
"Bahayalah, awak bukan tahu pon tempat nie macam mana?" Kata Mika sambil ambil tuala.
"Saya bukan pergi sorang saya pergi dengan adik, Maria." kata Zaria pandang ke arah Mika.
"Tunggu jap saya siap, dah lah keluar tak minta izin suami dulu." Kata Mika dengan nada sindir.
"Nak minta izin macam mana? saya wasap pon awak tak reply." Geram je Zaria dia pon menjawab.
"Tunggu saya, jangan pergi lagi." Kata Mika sambil masuk ke dalam bilik air.
"Baik lah bos." Kata Zaria sambil betulkan tudungnya.
'Adik abang Mika nak ikut sekali la, dia tak bagi kita pergi bertiga je' - Zaria
'Ala yeke...Baru nak jalan gegel2 je sibuk la abang nie.' - Adik
'Tapi akak rasa bagus juga abang ikut if nothing happen abang Mika ada.' - Zaria
'Okay la gitu.. akak dah siap ke?'- adik
'Dah..nie tengah tunggu abang Mika pakai baju jap.'- Zaria
'Okay2 adik tunggu kata lobi.'- adik
'Okay."- Zaria
Mereka pergi jalan kaki, pasar malam tue tak jauh dari resort mereka. Sambil jalan Maria tarik tangan Zaria.
"Zaria kenapa tak cakap yang suami kau pon ikut sekali." kata Maria perlahan.
"Ala sorry aku lupa nak mesej kau." kata Zaria dia lupa nak mesej Maria.
"Hemmm..segan lak aku nak kuar dengan bos kita." Kata Maria.
"Aku pon tak nak dia ikut, tapi kalau dia tak ikut dia tak bagi aku pergi." Kata Zaria.
"Sayang juga dia dengan kau.'' Gelak Maria.
"Nie bukan sayang tapi takut kena marah dengan mommy dia, if jadi apa2 dekat aku." kata Zaria geram.
"Hahahaha..." gelak besar Maria, sampai Mika dan adiknya pusing ke belakang.
Mereka berempat berjalan ke pasar malam, seronok Zaria dapat pergi macam2 makanan dia beli, tak lupa dia juga belikan makanan yang mommy pesan.
Adik Mika dan Maria berjalan berdua, Zaria dan Mika dibelakang mereka. Sepanjang jalan ada 2, 3 orang lelaki tegur Zaria. Bila Mika dengar dia terus letak tangan atas bahu Zaria dan panggil Zaria dengan panggilan 'Sayang'.
Mula Zaria kekok lama dia biarkan, dia pon tak suka bila orang tak kenal nak tegur2 dia.
Setelah selesai membeli mereka pon gerak balik ke resort, masa balik tue bertembung dengan staff lain yang baru pergi dan ada yang sudah mahu balik ke resort.
Share this novel