Sepanjang dalam mall Mika hanya mengikut saja kemana mommy dan Zaria pergi. Dia tolong pegangkan barang yang mommynya beli. Ada lah 2, 3 orang lelaki memandang ke arah Zaria.
Semasa Zaria menunggu Puan Sri Soraya Di depan kedai buku, ada 2 orang lelaki datang ke arah Zaria Dan menegurnya.
"Hai awak, sorang je ke nie? Boleh abang berdua temankan." Kata salah seorang lelaki tue.
"Amboi sombongnya." Kata seorang lagi lelaki tadi, Zaria tak menjawab pertanyaan lelaki tue.
Mika ternampak ada lelaki yang cuba kacau Zaria, dia pon pergi ke arah Zaria.
"La sayang buat apa dekat sini, mommy cari sayang tadi." Kata Mika.
"Maaf ye nie isteri saya." Kata Mika kepada 2 lelaki tue.
"Ohh..Maaf ye." Kata lelaki tue.
"Hahhhh..tak ada saja nak tengok keadaan sekeliling nie." Zaria terkejut bila dengar Mika panggilnya sayang.
"Dah jom mommy mesti tengah cari sayang tue." Kata Mika.
"Okay jom." Zaria pon ikut Mika.
Setelah jauh dari lelaki tadi Mika pon berkata.
"Jangan salah sangka ye. I cuma nak selamatkan awak dari mereka tue." Kata Mika dia takut Zaria salah faham.
"Tak apa terima kasih Tuan Mika." Kata Zaria,
"Sama2. Jom lah mesti mommy I tengah cari awak sekarang." Kata Mika berjalan laju.
Mereka pon berjalan ke arah kedai buku popular. Tanpa Mika sedar ada yang sedang perhatikan mereka berdua.
"Dina tue bukan kekasih kau ke Mika?" Kata Sara kawan baik Dina.
"Hemm...betullah tapi dia cakap dengan aku yang dia keluar dengan mommy dia." Kata Dina dia pon terkejut nampak Mika berjalan dengan perempuan lain.
"Takkan dia tipu kau kot, jom pergi dekat dia." Kata Sara.
"Tak yah lah..aku percaya dengan Mika, dia Takkan menduakan aku punya." Kata Dina cuba sedaplan hatinya.
"Kau tue percaya je semua yang Mika cakap." Marah Sara,
"Dah jom lah pergi tengok wayang." Kata Dina sambil tarik tangan Sara,
Mereka berdua pon berjalan menuju ke panggung wayang.
Share this novel