Bab 40

Romance Series 35976

"Kenapa pergi rumah nenek tanpa beritahu ibu ayah dulu?" marah ayah tapi dengan nada slow.

"Zaria ingat nenek dah boleh terima Zaria." kata Zaria sedih.

"Lain kali bagitahu ibu ayah dulu, kalau jadi apa2 kan susah." kata ibu pula sambil peluk bahu Zaria.

"Maaf ibu ayah." kata Zaria sambil memandabg ke arah ibu dan ayah.

"Ayah tak nak anak ayah nie kena pukul atau apa2 yang buruk belaku, selamat ada Mika sekali tadi kalau tak, tak tahu la apa yang nenek kamu buat pada kamu.." kata ayah dengan nada sedih, dia teringat kejadian yang Zaria teruk kena pukul dengan nenek.

"Baik ayah, Zaria minta maaf." kata Zaria bangun dan duduk dekat kaki ayah sambil pegang tangan ayah.

Mika hanya diam bila dengar ayah Zaria tegur anaknya dalam tegas ada kelembutannya bila menegur.

"Awak terima kasih sebab dah hantar saya balik sini." kata Zaria kepada Mika yang tengah siap2 masukkan barang ke dalam keretanya.

"Sama2...apa2 nanti awak call." kata Mika.

"Hati2 drive kalau mengantuk berhenti dulu tidur sekejap." kata Zaria lagi.

"Okay." jawab Mika.

"Mika nie ibu bekalkan buah2 dan lauk yang Mika suka tue." ibu hulurkan plastik berisi buah dan lauk.

"Terima kasih ibu." kata Mika dengan senyuman manis.

"Sepatutnya ibu yang patut ucap terima kasih sebab sudi hantar Zaria nie balik sini." kata ibu tersenyum.

"Sama2 ibu, saya balik dulu ye." Mika salam ayah dan ibu.

"Baiklah..hati2 ye." kata ayah pula.

"Assalamualaikum." Mika beri salam.

"Waalaikuumussalam." mereka bertiga serentak jawab salam dari Mika.

Mereka bertiga melihat Mika bergerak meninggalkan mereka, belum sempat Zaria masuk ke dalam rumah Zaquan kawan lama Zaria memberi salam.

"Assalamualaikum." Zaquan beri salam.

"Waalaikumussalam.. La Zaquan, kenapa datang rumah aku?" kata Zaria sambil berjalan ke arah Zaquan.

"Saja aku rindu dekat kau, tadi tue siapa? boyfriend kau ke?" tanya Zaquan saja mahu tanya.

"Dia bakal suami aku, lagi 3minggu aku nak langsungkan perkahwinan nanti aku bagi kau kad ye." Kata Zaria dengan selamba.

"Kau nak kahwin dah ke?ala melepaslah aku." kata Zaquan melawak tapi sebenarnya memang dia melepas lambat untuk ucap cinta dekat Zaria.

"Ahh..kau ada je nk usik aku, nie kau tak kerja ke?" tanya Zaria.

"Tak aku cuti 3 hari tengok mak aku tak berapa sihat." kata Zaquan.

"La yeke...nanti petang kang aku datang tengok mak kau." kata Zaria.

"Okaylah Zaquan aku masuk dulu nak solat." kata Zaria.

"Okay2. bye Zaria." kata Zaquan.

Zaquan pon berjalan pulang ke rumahnya dengan hati sedih, bila tahu yang Zaria akan berkahwin tak lama lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience