Bab 39

Romance Series 35976

Zaria pergi jumpa nenek dan pak long nya tanpa beritahu kepada ibu dan ayahnya. Dia tahu kalau beritahu ibu dan ayahnya memang tak setuju.

Masa kecil Zaria selalu di pukul dengan neneknya.

"Sakit nenek." jerit Zaria bila kena pukul dengan rotan oleh neneknya.

"Kau nie kan memang nakal aku dah cakap jangan main lari2 dalam rumah." marah nenek sambil pukul.

"Bukan saya buat nek, Julia yang bagi jatuh dia yang main lari2." Zaria cuba bela dirinya tapi nenek tak nak dengar.

"Ahhh..suka hati kau je nak tuduh cucu kesayangan aku nie." makin marah nenek bila cucu kesayangannya di tuduh.

"Berambuslah kau dari rumah aku nie." kata nenek sambil tarik tangan Zaria keluar dari rumah.

"Nek maafkan saya nek." kata Zaria sambil menangis.

"Pergilah kau balik ke rumah ayah ibu su kau, duduk sini habis barang dalam rumah nie." herdik nenek.

Zaria teringat zaman dia masa kecil masa tue cuti sekolah ibu ayah hantar dia balik kampung rumah nenek, di kampung ada sepupu yang boleh bermain dengan dia. Tapi benda lain pula jadi.

"Awak nanti awak berenti dekat kedai buah depan tue, saya nak bawa buah untuk nenek saya." kata Zaria.

"Okay." jawab Mika.

Selepas Zaria beli beberapa buah untuk dibawa ke rumah nenek, mereka meneruskan perjalanan. Sampai saja depan rumah nenek Zaria beri salam.

"Assalamualaikum... Assalamualaikum." Zaria beri salam.

"Waalaikumussalam..Hahhh kau nak apa datang sini?" jawab neneknya sambil buka pintu grill.

"Nenek saya datang nak melawat nenek, nenek sihat?" Zaria hulur tangan untuk bersalam tapi tak disambut.

"Aku berdiri depan kau nie, kompom lah aku nie sihatkan. Dah pergi balik nanti kau masuk ke rumah aku nie banyak pula barang yang pecah." kata nenek lagi sambil buat tangan menghalau Zaria.

"Nenek benda dah lepas kenapa nak ungkit lagi, saya datang nak kenalkan bakal suami saya dengan nenek." kata Zaria dengan sopan.

"Tak payahlah..kau kahwin pon aku tak datang, anak aku nak bawa aku pergi bercuti nanti." dengan bongkaknya nenek bercakap.

"Nenek datang la sebelum ke selepas pon tak apa nek." pujuk Zaria lagi.

"Dah aku cakapkan aku takkan datang. Dah pergi lah kau balik aku banyak kerja nak buat nie." kata nenek dengan kasarnya.

"Baiklah nenek nanti kalau nenek free datang lah ye." kata Zaria.

"Hemmm... Tengoklah nanti." nenek jawab dengan nada malas.

"Tak apa lah nenek, saya balik dulu ye." kata Zaria sambil hulur tangan untuk salam tapi tak dibalas oleh neneknya.

"Nie ambil balik buah murah kau nie, aku tak makan buah2 murah nie." kata nenek sambil campak buah tue ke tanah.

Nenek campak buah yang Zaria letak dekat atas meja. Zaria kutip sambil menangis dia tak sangka neneknya buat dia macam tue.

"Maaf ye.. kalau saya kurang ajar, benda boleh bagi elok kan kenapa nak kena campak macam tue." kata Mika, dia geram bila orang cakap baik2 di balas dengan kasar.

"Ahh..kau jangan banyak cakap, jangan nanti kau kahwin dengan dia dapat bala dari dia nie. Kalau kau nak tahu dia nie pembawa malang dalam keluarga aku." marah nenek kepada Mika.

"Nek tak baik cakap macam tue dekat cucu sendiri, dari mana datangnya malang kalau bukan dari nenek jugakan?."kata Mika.

"Kau tak tahu jangan banyak cakap, baik kau bawa si malang nie berambus dari sini sakit mata sakit hati aku tengok dia dekat sini." marah nenek sambil berjalan masuk ke dalam rumah.

"Dah lah awak jom balik." Mika ambil plastik buah dari tangan Zaria.

"Zaria balik dulu nenek, Assalamualaikum." kata Zaria sambil lap airmatanya.

"Berambuslah kau jangan datang kata rumah aku lagi." jerit nenek.

Dalam kereta Zaria hanya berdiam memandang ke arah luar tingkap. Airmatanya tak berhenti mengalir, Mika pon diam dia mahu beri Zaria masa untuk bertenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience